Kepada kita yang suka melancong ke luar negara …satu peringatan. I
would like to relate to you all an incidence… quite recent, i.e. about
two weeks ago… After my daughter’s wedding in early February, I had gone
to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my
cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law..
Dia orang ni pun penat juga menolong
buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki
Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di
airport.
Mereka membeli chocolates untuk
cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu
bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga.
Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.
Waktu hendak membuat bayaran, mereka
ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang
diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah
membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan
ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok
yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak dijadikan cerita, isterinya
menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi
percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu
untuk ke dewan berlepas (departure hall).
Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah
didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my
cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan
chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi….. bersama
dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.
Sekuriti menuduhnya mencuri rokok
tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin
offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi
pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai
polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang.
Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras
untuk ikut sama ke balai polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan
lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi
sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan
sehingga wang tersebut dibayar.
Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang
sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping
ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya
menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok.
Bersama beliau di lock up itu ada
seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan
lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000
kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil
pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter
pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus
ditangkap dan didakwa mencuri!)
Sewaktu my cousin ditahan di balai polis
tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang
berlaku kepada abang iparnya. My cousin’s wife menghantar SMS kepada
adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana
adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi.
Setiba beliau di KL, beliau berpatah
balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga
my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan
beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan
semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun
pihak Kedutaan kita di Bangkok.
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my
cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke
lock up untuk melepaskan abang iparnya.
Dari RM30,000 telah diturunkan ke
RM20,000…. . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak
itu.Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang,
akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000.
Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini
telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya.
Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari
matawang asing… dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah
dengan rasuah yang diperolehi itu.
Keesokkan harinya my cousin telah dibawa
ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My
cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what
happened to the RM11,000? Tak disebut pun…).
Nasib baik my cousin teringat kisah
tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari
pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya
sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta mereka
mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau
dibenarkan pulang. Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang
(tiket ini diuruskan oleh pihak imigresen Bangkok) beliau telah
diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada
cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal.
Oleh kerana my cousin tidak punyai wang
yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS.
Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia,
tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia…(nampaknya
semua peringkat yang mengambil kesempatan) Pihak imigresen Bangkok
telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai ‘Thief’!
Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba
di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan
apabila sampai di KL pihak imigresen KL diminta mengiring my cousin ke
pejabat imigresen di Lapangan LCCT.
Waktu di pejabat tersebut my cousin
telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada
rakyat kita….tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan
dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama……
dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat
handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga
keadaan politik di negara tersebut kembali stabil. Sekiranya ini tidak
terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya.
….. macam cerita wayang saja……. tapi percayalah….. memang ini kisah
benar.
http://kisahbest.my/2013/12/kisah-benar-pelancong-malaysia-dizalimi-di-bangkok/
0 komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com