Bumi Basrah sudah lama tidak dilimpahi hujan. Pancaran matahari semakin terik, manakala angin padang pasir berhembus kering. Musim kemarau kali ini memang begitu menduga para penduduk. Mereka mula merasa sukar mendapatkan bekalan air. Binatang peliharaan pula kelihatan kurus kering.
Pada hari itu penduduk Basrah bersepakat untuk mengadakan solat Istisqa’ bagi memohon hujan. Solat itu dihadiri oleh para ulama Basrah dan tokoh masyarakatnya dan dipimpin oleh salah seorang ulama pilihan di antara mereka. Antara para ulama yang hadir ialah Malik bin Dinar, Atho’ As-Sulaimi, Tsabit Al-Bunani, Yahya Al-Bakka, Muhammad bin Wasi’, Abu Muhammad As-Sikhtiyani, Habib Abu Muhammad Al-Farisi, Hasan bin Abi Sinan, Utbah bin Al-Ghulam, dan Sholeh Al-Murri.
Dengan kehadiran para alim ulama terkemuka ini, solat Istisqo’ ini dianggap sesuatu yang istimewa. Pada fikiran penduduk, pasti Allah mengkabulkan permintaan mereka. Mereka menjadi insaf akan dugaan ini kerana pada pendapat mereka, ini adalah balasan atas dosa yang mereka lakukan lalu Allah menahan hujan dari turun. Mereka datang dengan hanya satu harapan, agar hujan kembali turun.
Setelah selesai solat dua rakaat, Imam menyampaikan khutbah dan doa panjangnya, mengakui segala kelemahan dan kesalahan manusia yang menyebabkan murka Allah. Mereka amat berharap agar hujan.
Selesai solat, para penduduk pulang kerumah masing-masing. Hari terus berlalu namun tidak ada tanda-tanda akan turun hujan. Mendung tidak kunjung datang, langit masih kelihatan cerah manakala matahari semakin terasa terik. Para ulama tertanya dalam hati mengapa hujan tidak juga turun, walhal mereka sama-sama mengerjakan solat bersama penduduk Basrah.
Akhirnya mereka memutuskan untuk melakukan solat Istisqa’ kali kedua dan berharap agar Allah mengabulkan doa mereka. Selesai solat yang kedua, keadaanya masih sama. Belum ada tanda-tanda doa mereka dikabulkan. Langit masih cerah dengan terik matahari. Para ulama semakin tertanya tanya.
Solat ketiga pun segera menyusul. Harapan besar mereka agar Allah kabulkan permintaan kali ini. Walau bagaimanapun, hujan masih tidak turun. Tanda tanya di hati para ulama Basrah kian membesar. Seluruh penduduk dan ulamanya pulang ke rumah dan tidak tahu bila agaknya musim kering itu berlalu.
Selepas solat yang ketiga, Malik bin Dinar dan Tsabit Al-Bunani tidak terus pulang dan duduk dikawasan lapang itu bagi membincangkan perkara ini. Mereka seterusnya pergi kemasjid bagi melanjutkan perbincangan yang tidak jauh dari tempat itu. Pada waktu itu, malam telah larut dan tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seseorang. Orang itu berkulit gelap, wajah yang sederhana, dengan betis tersingkap yang terlihat kecil dan perut buncit. Dia memakai sarung dari kulit domba, juga kain yang dipakainya untuk atas badannya.
“Pada pendapatku, harga pakaiannya semua itu tidak melebihi dua dirham saja,” kata Malik bagi menunjukkan bahawa orang itu miskin dan tidak memiliki banyak harta.
Malik mengamati gerak-geriknya, ingin mengetahui apa yang akan dilakukan di larut malam seperti ini. Orang itu menuju tempat wuduk lau menuju ke mihrab. Dia langsung tidak mempedulikan Malik dan Tsabit yang mengamatinya dari tadi kemudian mengerjakan solat dua rakaat. Solatnya tidak terlalu lama, surah yang dibaca tidak terlalu panjang manakal rukuk dan sujudnya sama pendeknya dengan lama berdirinya.
Selesai solat, orang itu menadah tangannya ke langit sambil berdoa. Malik mendengar isi doa yang disampaikan dengan suara yang tidak terlalu tinggi tapi boleh didengarnya.
“Tuhanku, betapa banyak hamba-hamba-Mu yang berkali-kali datang kepada-Mu memohon sesuatu yang sebenarnya tidak mengurangi sedikitpun kekuasaan-Mu. Apakah ini kerana apa yang ada pada-Mu sudah habis? Ataukah perbendaharaan kekuasaan-Mu telah hilang? Tuhanku, aku bersumpah atas nama-Mu dengan kecintaan-Mu kepadaku agar Engkau berkenan memberi kami hujan secepatnya.”
Setelah mendengar doa tersebut, angin dingin bertiup.Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebatnya. Malik dan Tsabit tercengang melihatkan keadaan itu. Mereka berdua menunggu hingga orang itu selesai dari munajatnya lalu terus menghampirinya.
“Wahai pemuda, tidakkah kamu merasa malu terhadap kata-katamu dalam doa tadi?” Malik bertanya.
“Kata-kata yang mana?” pemuda itu pula bertanya,
“Apabila kau berkata, dengan kecintaan-Mu kepadaku,” kata Malik. “Apa yang membuatmu yakin bahawa Allah mencintaimu?” sambung Malik.
“Janganlah engkau sibuk atas perkara yang bukan menjadi urusanmu! Dimanakah tempatku ketika aku dapat mengkhususkan untuk beribadah hanya kepada-Nya dan ma’rifat kepada-Nya. Dapatkah aku melakukannya tanpa cinta-Nya kepadaku sesuai dengan kadar yang dikehendaki dan cintaku kepada-Nya sesuai dengan kadar kecintaanku,” jawab pemuda itu. Setelah itu, dia segera berlalu pergi. Malik cuba menahannya.
“Sebentar, semoga Allah merahmatimu. Aku memerlukan seduatu darimu,” Malik memohon ihsan pemuda itu.
“Aku adalah seorang pembantu yang mempunyai kewajiban untuk mentaati perintah tuanku,” jawabnya.
Akhirnya Malik dan Tsabit bersepakat untuk mengikutinya dari jauh. Pemuda itu memasuki rumah seorang yang sangat kaya di Basrah yang bernama Nakhos. Mereka berhajat untuk bertemu Nakhos bagi mendapatkan pemuda itu. Pagi esoknya, Malik yang memang mengenali Nakhos itu segera menuju rumahnya bertanyakan oemuda itu.
“Adakah engkau mahu menjual salah seorang pembantumu kepadaku” kata Malik tanpa menceritakan hal yang sebenarnya.
“Ya, saya mempunyai seratus orang pembantu. Kamu boleh pilih sesiapa sahaja,” Nakhos berkata. Dia memanggil mereka satu persatu untuk dilihat oleh Malik. Apabila semuanya keluar, Malik tidak bertemu dengan pemuda yang dilihatnya semalam.
“Ada lagikah yang tidak dipanggil?” tanya Malik.
“Ya, Masih ada seorang lagi,” jawab Nakhos.
Ketika itu sudah hampir waktu Zohor, iaitu waktu untuk para pembantu itu berehat. Malik berjalan ke belakang rumah menuju suatu bilik yang usang. Di situ, Malik melihat pemuda semalam sedang tidur dengan nyenyaknya.
“Nakhos, dia yang saya mahukan. Ya! Demi Allah dialah pemuda itu,” kata Malik dengan penuh semangat.
Nakhos menjadi hairan. “Wahai Abu Yahyan (Malik), itu budak tidaj berguna langsung. Malamnya dihabiskan untuk menangis dan siangnya pula untuk bersolat dan puasa,” kata Nakhos.
“Oh! Kerana itulah aku mahu membelinya,” kata Malik. Melihat kesungguhannya itu, Nakhos memanggil pemuda itu. Pemuda itu keluar dengan mata kuyu dan mengantuk.
“Ambillah budak in. Terserahlah berapa pun harganya agar aku dapat melepaskannya dengan segera,” kata Nakhos kepada Malik. Malik mengulurkan dua puluh dinar sebagai pembayaran atas pemuda itu.
“Siapa nama kau?” tanya Malik masih belum mengetahui namanya.
“Maimun,” jawab pemuda itu ringkas. Malik memimpin tangan Maimun dan dibawa ke rumahnya.
“Mengapakah engkau membeliku sedangkan aku tidak begitu bagus untuk menjadi pembantumu?” Maimun bertanya sambil mereka menuju kerumah.
“Aku membelimu kerana mahu membantumu,” kata Malik.
“Bagaimanakah caranya?” tanya Maimun kehairanan.
“Bukankah kamu yang berdoa di masjid itu semalam?” tanya Malik.
“Jadi, kamu tahu sayalah orangnya?” Maimun kembali bertanya.
“Ya! Dan akulah yang membantah cara kamu berdoamu semalam,” kata Malik.
Maimun meminta untuk dihantar ke masjid. Apabila sampai, dia membersihkan kakinya dan terus mengerjakan solat sunat dua rakaat. Malik hanya diam sambil mengamatinya. Dia ingin tahu apa yang ingin Maimun lakukan. Selesai solat, dia itu mengangkat berdoa seperti yang dilakukannya malam itu. Tetapi kali ini dengan doa yang berbeza.
“Tuhanku, rahsia antara aku dan Engkau telah Engkau buka di hadapan makhluk-makhluk-Mu. Engkau telah memberitahu semuanya. Bagaimana aku boleh hidup dengan tenang di dunia ini kerana telah ada orang ketiga menjadi penghalang antara aku dan diri-Mu. Aku bersumpah, agar Engkau mencabut nyawaku sekarang juga,” doanya.
Sebaik sahaj tangannya diturunkan, Maimun sujud. Malik mendekatinya, menunggu dia bangun dari sujudnya. Tetapi dia sujud agak lama dan tidak bangun-bangun. Malik menggerakkan badan Maimun, dan mendapati dia tidak bernyawa lagi.
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa menyalin semula ayat-ayat pada karya ini dengan apa cara dan untuk apa juga tujuan, melainkan dengan izin bertulis daripada pengarang - Norziati binti Mohd Rosman
0 komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com