Pada suatu hari, Umar al-Khattab tiba di Himsa, sebuah kota di Syam. Di sana, dia mengumpulkan penduduk kota tersebut.
“Wahai penduduk Himsa, bagaimana kamu melihat Gabenor kamu ini?” tanya Umar bagi mendapatkan pandangan penduduk akan pemerintahan wakilnya, Gabenor Said bin Amir.
Mereka memberi jawapan yang mengejutkan Umar.
“Ada empat perkara pada dirinya yang menyebabkan kami merasa susah,” kata mereka.
“Apakah perkara itu?” tanya Umar.
“Pertama, dia mahu bertemu dengan kami pada waktu siang sahaja,” kata mereka.
“Ini berat,” kata Umar. “Apa pula yang kedua?” tanya Umar kembali.
“Kedua, dia tidak mahu melayani siapa pun yang datang pada waktu malam,”
“Ini juga masalah serius. Kemudian apa yang ketiga?”
“Ketiga, ada satu hari dalam satu bulan dimana dia tidak keluar sama sekali untuk menemui kami.”
“Ini tidak boleh dianggap mudah. Apa yang keempat?”
“Dia selalu pengsan ketika bersama kami.”
Mendengar aduan ini, Umar tidak dapat duduk diam. Dia merasa perlu untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul antara Gabenor dengan rakyatnya. Itulah ciri-ciri pemimpin mulia sedia mendengar masalah rakyatnya dan terus memberikan penyelesaian, bukan sekadar janji kosong. Lalu, Umar membuat pertemuan antara Said selaku Gabenor dan rakyatnya yang bersiap sedia mengadili Gabenor mereka.
“Ya Allah, jangan Engkau kecewakan prasangka baikku selama ini kepadanya,” kata Umar membuka bicara pertemuan hari itu. Kemudian, dia memandang kearah wakil penduduk.
“Baiklah, apa yang kamu semua keluhkan mengenai Said selama ini?” Umar bertanya.
“Pertama, Said tidak keluar menemui kami kecuali pada waktu siang sahaja,” kata wakil itu.
Said tenang memulakan bicara. “Demi Allah sesungguhnya aku tidak suka menjawab soalan ini. Aku tidak mempunyai pembantu, maka aku harus membuat roti sendiri. Kemudian aku perlu menunggu hingga adunan itu mengembang dan kemudian aku panggang hingga menjadi roti Selepas itu aku berwudhuk dan barulah keluar menemui penduduk,’ kata Said dengan tenang.
“Apa yang kedua?” soal Umar kepada wakil itu.
“Kedua, Said tidak mahu melayan sesiapa pun yang datang pada waktu malam.”
“Apa jawapanmu, Said?”
“Sesungguhnya aku tidak suka menjawab soalan ini. Aku memperuntukkan siang untuk mereka dan malam untuk Allah sahaja,” jawab Said.
“Kemudian apa lagi?” Umar bertanya lagi.
”Ada satu hari tertentu dalam satu bulan dimana dia tidak keluar sama sekali dari rumahnya untuk menemui kami,” kata wakil itu.
“Apa komenmu?”
“Aku tidak mempunyai pembantu bagi mencuci pakaianku. Tambahan pula, aku tidak memiliki pakaian yang lain. Inilah satu-satunya pakaian yang aku ada dan aku mencucinya sendiri. Selepas itu, aku perlu tunggu sampai kering. Aku keluar menemui mereka apabila siang, sesudah baju ini kering,” jawab Said.
“Selanjutnya apa lagi?”
“Said selalu pengsan,” kata wakil itu.
Bagi perkara keempat ini, Said berbicara dengan panjang lebar. “Aku pernah menyaksikan sendiri bagaimana Khubaib Al-Anshari meninggal di Mekah. Dia di siksa oleh orang-orang kafir Quraisy dan sangat tragis. Ketika itu aku belum memeluk Islam. Mereka menyayat dagingnya kemudian menyalibnya di pohon kurma. Orang Quraisy itu berkata, “Khubaib, apakah kamu rela jika Muhammad menggantikanmu sekarang untuk disiksa?” Khubaib menjawab, “Demi Allah, kalau saya berada dalam keadaan tenang dengan keluarga sekarang ini dan Muhammad tertusuk duri, aku sungguh tidak rela.” Aku tidak dapat menolong Khubaib. Setiap kali mengingati peristiwa itu, aku menjadi risau jika Allah tidak mengampuniku untuk selamanya. Jika aku mengingati peristiwa itu, aku pengsan.”
Umar ternyata lega dengan penerangan Said terhadap empat perkara yang menjadi kerisauan penduduk selama ini. Ternyata, Said seorang Gabenor yang adil dan zuhud.
“Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakan prasangka baikku kepadanya,” kata Umar. Tidak sia-sia dia memilih Said menjadi wakilnya di Syam.
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa menyalin semula ayat-ayat pada karya ini dengan apa cara dan untuk apa juga tujuan, melainkan dengan izin bertulis daripada pengarang - Norziati binti Mohd Rosman
Teladan 42 - Said bin Amir dilantik sebagai Gabenor Syam
Khalifah Umar al-Khattab mahu menggantikan Gabenor Syam yang sedia ada dan pengganti yang dipilihnya ialah Said bin Amir Al-Jumahi.
“Aku ingin melantikmu menjadi Gabenor,” kata Umar kepada Said pada suatu hari.
“Janganlah kau meletakkan aku ke dalam fitnah, wahai Amirul Mukminin. Kamu meletakkan amanah ini di leherku kemudian kamu meninggalkan aku seorang diri,” balas Said yang mahu menolak tawaran itu.
Terdetik dalam fikiran Umar bahawa Said memerlukan gaji diatas pelantikan itu.“Kalau begitu, aku beri gaji sebagai Gabenor apabila engkau dilantik,” kata Umar
“Allah telah memberiku rezeki yang cukup, bahkan lebih dari yang kuinginkan,” kata Said yang menunjukkan sikap zuhudnya dan menolak dari menerima gaji. Akhirnya dia menerima tawaran itu biarpun dia tahu itu adalah tugas yang berat.
Pada hari yang ditetapkan, Said dan isterinya berangkat ke Syam dari Mekah bagi memulakan tugasnya itu.
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa menyalin semula ayat-ayat pada karya ini dengan apa cara dan untuk apa juga tujuan, melainkan dengan izin bertulis daripada pengarang - Norziati binti Mohd Rosman
0 komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com