GOOGLE TRANSLATE

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARTIKEL PILIHAN

kisahteladan"Said bin Jubair tenang menentang Hajjaj yang zalim

Written By Situs Baginda Ery (New) on Selasa, 03 Mei 2011 | 08.55

Pada masa pemerintahan Bani Umayyah, Hajjaj bin Yusuf diamanahkan untuk menjadi Wakil Gabernor Baghdad. Walau bagaimanapun, Hajjaj memerintah secara zalim. Sesiapa yang membela kebenaran dianggap sebagai seorang yang engkar, yang mencegah kezaliman bererti pemberontak, dan yang lantang bersuara dianggap pengkhianat. Said bin Jubair, salah seorang ulama pada masa itu, dikategorikan sebagai seorang yang engkar, pemberontak dan pengkhianat.

Setelah beberapa hari Said dicari oleh pihak istana, akhirnya dia ditemui dan dibawa ke Baghdad untuk dihadapkan kepada Hajjaj. Sebaik tiba di istana, terjadilah dialog antara Said dan Hajjaj.

“Siapa nama kamu?” tanya Hajjaj. “Said bin Jubair (bermakna yang bahagia anak orang yang teguh),” jawab Said.

“Tidak, namamu yang layak adalah Syaqiy bin Kusair (bermakna si celaka anak si pecah),” herdik Hajjaj.

“Yang memberi nama adalah ibu dan bapaku, bukannya kamu. Kau tidak berhak mengubahnya,” Said berkata dengan tegas.

Belum lagi Said selesai bicara, tiba-tiba Hajjaj menyelanya. “Celakalah kamu dan ibu bapak kamu yang memberi nama seperti itu,” kata Hajjaj seolah-olah mahu menghina keluarga Said.

“Kamu tidak boleh menghina seperti itu. Hanya Allah Yang Maha Kuasa,” kata Said sambil cuba membela ibu bapanya.

“Diam! Jangan banyak cakap! Akan aku kirim kau ke neraka,” bentak Hajjaj dengan marah.

“Jika aku tahu kau boleh menentukan tempatku di akhirat nanti, maka sejak dari dulu aku menyembahmu,” jawab Said dengan tenang. Hajjaj terdiam.

“Bagaimana pendapatmu tentang Ali bin Abi Talib?” tanya Hajjaj, sambil cuba membuka topik lain.

“Kalau aku pernah masuk syurga atau neraka, tentu aku boleh beritahu sesiapa yang aku lihat berada di dalamnya,” jawab Said sambil menyindir.

“Bagaimana pendapatmu tentang khalifah-khalifah yang lain?” Hajjaj bertanya lagi.

“Bukan menjadi tugasku memeriksa amalan-amalan mereka,” balas Said.

“Siapakah di antara mereka yang kamu suka?”

“Sesiapa yang tunduk menyembah Allah.”

“Pada pendapat kamu, siapakah yang paling tunduk kepada Allah?”

“Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.”

“Mengapakah engkau tidak pernah ketawa?”

“Kerana hati kita tidak sama.”

Hajjaj seakan putus asa berbicara dengan Said. Lalu dia menyuruh salah seorang tenteranya mengeluarkan permata yang mahal-mahal, seperti nilam dan mutiara dan diletakkan di hadapan Said. Said menyedari sikap Hajjah yang mahu mengaburi matanya dengan harta yang dia ada, tetapi dia tidak langsung teruja.

“Tidak ada gunanya kamu membanggakan harta kerana harta itu tidak dapat menyelamatkan dirimu dari dahsyatnya hari kiamat,” Said berkata dengan nada sinis.

Hajjaj semakin gelisah dan marah. Dia memerintah beberapa orang bawahannya untuk membawa alat-alat muzik dan memainkannya di hadapan Said. Namun ia tetap tidak bergeming. Hajjaj menjadi semakin emosi dan dadanya membuak-buak marah.

“Said! Katakan kepadaku, bagaimana cara untuk aku membunuhmu?” Hajjaj berkata seolah-olah putus asa menentangnya.

Said kelihatan tenang sahaja. “Terserahlah kepada kau dengan apa cara saja. Apa yang pasti kau akan menerima balasan yang lebih pedih di akhirat nanti,” Said menjawab seolah-olah kematian itu tidak ada apa-apa baginya.

Hajjaj berfikir sejenak, kemudian dia berkata seolah-olah mahu memujuk Said. “Apakah kamu mahu meminta grasi? Aku sudi memberi keampunan kepadamu,” kata Hajjaj yang cuba berlembut.

“Aku hanya mahu memohon keampunan daripada Allah, bukan kepada engkau,” Said membalas dengan sopan sambil Hajjaj menjadi semakin marah. Oleh kerana dia tidak dapat memujuk Said, Hajjaj memanggil pengawalnya.

“Bawa dan bunuh dia!” tegas Hajjaj. Para pengawal segera datang bagi memenuhi permintaan Hajjaj. Said dibawa keluar, namun ketika mendekati pintu keluar istana, Said tersenyum. Seorang pengawal memberitahu hal itu kepada Hajjaj. Lalu Said dipanggil kembali.

“Mengapa kau tersenyum?” dia bertanya.

“Aku tersenyum kerana hairan melihat engkau berani melawan Allah,” balas Said. Said kemudian terus dibawa keluar.

Di sana, para tentera Hajjaj sibuk menghampar kulit kerbau yang biasa digunakan untuk menampung darah dan mayat orang yang dihukum pancung dihadapan khalayak ramai.

“Cepat bunuh dia!” kata Hajjah yang tidak sabar melihat gelagat Said. Ketika itu, Said dipegang kuat-kuat oleh tenteranya, namun dia tidak melawan sedikitpun. Malah dia dengan tenang menghadapkan wajahnya ke langit, manakala bibirnya tidak henti-hentinya menyebut nama Allah. Melihatkan demikian, Hajjaj semakin geram.

“Tundukkan dan tekan kepalanya kebawah!” dia mengarahkan tenteranya.

Said tidak peduli lagi dengan kata-kata Hajjaj. Dengan penuh kesungguhan ia berkata, “Aku hadapkan wajahku kepada pencipta langit dan bumi dengan penuh keikhlasan dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.”

kemudia, Said memalingkan wajahnya ke kiblat, tapi Hajjaj menyuruh para pengawal untuk memusingkan kepalanya membelakangi kiblat. Walaupun demikian, Said membaca ayat, ".... kemana saja kamu menghadap, di situlah wajah Allah....: (Al-Baqarah:115).

Hati Hajjaj semakin sakit atas perilaku Said yang dianggap menyiksa batinnya.

“Tekankan mukanya ke tanah!” katanya pula. Mendengar itu , Said kembali membaca ayat, “Darinya (tanah) Kami menciptakan kalian, dan padanya Kami mengembalikan kalian, dan daripadanya (pula) Kami mengeluarkan (membangkitkan) kamu sekalian.” (Toha:55)

Hajjaj bertambah gelisah. “Cepat potong lehernya!”dia memerintah. Seketika kemudian, leher Said ditekan kuat-kuat. Namun, doa sempat berdoa, “Ya Allah, aku menjadi manusia terakhir yang dianiaya Hajjaj. Selepa hari ini, janganlah Engkau beri kesempatan untuknya menganiaya hamba-hamba-Mu yang lain. Selepas itu dia mengucap dua kalimah shahadah.

Pedang itu pun dengan cepat memotong lehernya. Mereka yang hadir menyaksikan peristiwa ini terkejut melihat kepala Said yang terpisah dari badannya namun masih sempat menyebut nama Allah dengan senyuman yang mengejek dunia.

Beberapa hari kemudian Hajjaj semakin tersiksa batinnya hingga mengalami gila. Tidak berapa lama kemudian dia mati.


Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa menyalin semula ayat-ayat pada karya ini dengan apa cara dan untuk apa juga tujuan, melainkan dengan izin bertulis daripada pengarang - Norziati binti Mohd Rosman

0 komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com

BACA JUGA

DAFTAR LENGKAP ARTIKEL BLOG BAGINDAERY

Ikuti situs Bagindaery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...