Wahsyi merupakan hamba kepada Jubair bin Muthim. Bapa saudara Jubair, Thuaimah bin Adiy telah mati terbunuh di perang Badar. Ketika kaum Quraisy bersiap untuk berperang Uhud, Jubair menemuinya.
“Jika engkau dapat membunuh Hamzah, bapa saudara Muhammad, engkau akan aku merdekakan. Aku mahu menuntut balas kematian bapa saudaraku di Badar,” kata Jubair kepadanya.
Apabila tentera Quraisy keluar ke medan Uhud, Wahsyi turut pergi bersama-sama mereka. Wahsyi merupakan seorang Habsyi yang memang terkenal dengan kemahirannya untuk melempar pisau, dan jarang sekali sasarannya mereka tersasar.
Apabila kedua belah pihak bertempur di medan Uhud, Wahsyi keluar mencari-cari Hamzah untuk dijadikan sasaran. Dia bertemu Hamzah yang ketika itu sedang bertarung, seolah-olahnya seekor unta yang mengamuk. Hamzah menyerang setiap musuh dengan pedangnya tanpa seorang pun dapat melawan.
Wahsyi bersiap untuk menjadikan Hamzah sebagai sasaran. Lalu dia bersembunyi di balik batu berdekatan dengan pohon dimana sedang Hamzah bertarung. Pada fikiran Wahsyi, apabila Hamzah semakin hampir, akan mudahlah untuk dia melemparkan pisaunya itu.
Tatkala dia sedang merencanakan perancangannya, tiba-tiba Sibak bin Abdul Uzza datang menuju kearah Hamzah. Melihat Sibak datang kepadanya, Hamzah berteriak, “Ah! Kamu ke sini hanya mahu mencari mati!”
Dengan sekali hayunan, kepala Sibak berguling di tanah. Maka pada ketika itulah, Wahsyi terus mengacung-acungkan pisau bengkoknya itu, dan apabila merasa sasarannya tepat, dia pun melemparkannya ke Hamzah. Pisau itu tepat mengenai bawah perutnya terus menembusi bawah selangkangnya.
Hamzah cuba bangun menerkam Wahsyi, tetapi dia sudah tidak berdaya lagi. Wahsyi berlalu meninggalkan Hamzah di situ hingga dia mati. Kemudian dia kembali lagi untuk mengambil pisau bengkoknya itu, dan membawanya ke perkemahan. Dia duduk di situ dan menunggu. Oleh kerana dia tidak punya tujuan yang lain kecuali membunuh Hamzah, dia berharap agar dapat dimerdekakan oleh tuannya secepat mungkin seperti mana yang telah dijanjikan.
Apabila kembali ke Makkah, Wahsyi dimerdekakan oleh tuannya. Selepas itu, dia terus tinggal di Mekah. Apabila kota Mekah ditakluki oleh Nabi Muhammad, Wahsyi melarikan diri ke Thaif dan menetap di sana. Ketika rombongan orang-orang Thaif bersiap-siap hendak menemui Nabi Muhammad untuk memeluk Islam, dia merasa serba salah dan tidak tahu ke mana harus melarikan diri. Dia berfikir untuk melarikan diri ke Syam, atau ke Yaman, ataupun ke negeri-negeri lainnya dan keadaan ini menyebabkan dia seperti menjadi orang buruan sehingga merasakan dirinya susah sekali.
Tiba-tiba ada orang yang datang kepadanya memberi nasihat. “Apakah yang engkau takutkan? Muhammad tidak membunuh orang yang masuk ke dalam agamanya dan menyaksikan syahadat kebenaran!” katanya kepada Wahsyi.
Wahsyi tidak punya jalan lain kecuali menerima nasihat itu. Dia menuju ke Madinah untuk menemui Nabi Muhammad. Tanpa diduga tiba-tiba Nabi Muhammad melihat dia berdiri di hadapannya menyaksikan syahadat kebenaran itu. Nabi Muhammad menoleh kepadanya.
“Apakah engkau ini Wahsyi?” Nabi Muhammad bertanya.
“Saya, wahai Nabi Muhammad!” kata Wahsyi.
“Duduklah! Ceritakanlah bagaimana engkau membunuh Hamzah,” kata Nabi Muhammad.
Wahsyi kemudian menceritakan kepada Nabi Muhammad cara dia membunuh Hamzah dari awal hingga akhir. Setelah selesai bercerita, Nabi Muhammad berkata kepada Wahsyi, “Awas! Jangan lagi engkau datang menunjukkan wajahmu kepadaku!”
Selepas itu, Wahsyi terus menjauhkan diri dari Nabi Muhammad, sehinggalah Nabi Muhammad meninggal dunia. Apabila kaum Muslimin keluar untuk berperang menentang Musailimah Al-Kazzab, pemimpin kaum murtad di Yamamah, Wahsyi turut serta untuk melawannya.
Dia membawa bersama pisau bengkok yang telah membunuh Hamzah. Ketika orang-orang sedang bertempur, Wahsyi mencuri-curi masuk dan melihat Musailimah sedang berdiri pedang yang terhunus ditangannya. Dia pun membuat persiapan untuk melempar pisaunya. Di sebelahnya ada seorang dari kaum Ansar yang mempunyai tujuan yang sama, iaitu membunuh Musailamah.
Wahsyi terus mengacung-acungkan pisau itu ke Musailimah. Apabila dia merasakan bidikannya sudah cukup tepat, dia pun melempar dan mengenai sasaran. Orang Ansar itu kemudian menamatkan riwayat hidup Musailamah dengan pedangnya. Wahsyi tidak pasti siapakah sebenarnya yang membunuh Musailimah itu, apakah pisau bengkoknya itu, ataupun pedang orang Ansar tadi. Tetapi jika benarlah dia yang membunuhnya, maka dengan demikian, dia telah membunuh Hamzah, orang yang terbaik pada masa hidup Nabi Muhammad dan juga membunuh orang yang paling jahat sesudah Nabi Muhammad, iaitu Musailamah.
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa menyalin semula ayat-ayat pada karya ini dengan apa cara dan untuk apa juga tujuan, melainkan dengan izin bertulis daripada pengarang - Norziati binti Mohd Rosman
0 komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com