GOOGLE TRANSLATE

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARTIKEL PILIHAN

kisahteladan"Ikrimah bin Abu Jahal memeluk Islam

Written By Situs Baginda Ery (New) on Selasa, 03 Mei 2011 | 08.54

Sebaik sahaja Nabi Muhammad berjaya menakluki kota Mekah, Ikrimah bin Abu Jahal melarikan dirinya. Dia mengajak Ummu Hakim, isterinya tetapi dia enggan. Akhirnya Ikrimah pergi seorang diri. Ummu Hakim pergi menemui Nabi Muhammad ditapak perkhemahannya.

“Wahai Muhammad, Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana takut kalau-kalau kamu mahu membunuhnya. Oleh itu, aku memohon kepadamu supaya engkau menjamin keselamatannya,” katanya kepada Nabi Muhammad.

“Dia akan berada dalam keadaan selamat,” jawab Nabi Muhammad menjamin keselamatan Ikrimah.

Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon untuk mencari suaminya. Dia membawa pembantunya yang berketurunan Greek. Apabila mereka telah jauh berjalan, pembantunya cuba mekalukan perkara yang tidak disenanginya. Ummu Hakim berjaya melepaskan dirinya sehingga tiba di satu penempatan Arab. Dia memohon pertolongan mereka yang kemudian menangkap dan mengikat pembantunya itu.

Ummu Ahkim terus mencari Ikrimah. Akhirnya dia berjaya menemui Ikrimah di pantai berdekatan Laut Merah dalam wilayah Tihamah. Ikrimah ketika itu sedang berbincang menaiki kapal kepunyaan seorang pemuda. Pengemudi kapal tersebut berkata kepadanya, “Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah dirimu dan akan aku tumpangkan kamu!”

“Apakah yang harus aku ikhlaskan?” Ikrimah bertanya:

“Katakanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad itu adalah utusan Allah!” kata pengemudi kapal itu.

“Tidak sama sekali. Aku melarikan diri adalah kerana itu,” Ikrimah menjawab.

Ketika itu, Ummu Hakim datang mendekatinya. “Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu daripada Nabi Muhammad,” kata isterinya.

“Apakah engkau telah bercakap dengannya?” Ikrimah bertanya kepada isterinya.

“Ya, benar. Aku telah berbicara dengan beliau dan dia memberikan jaminan keselamatan atas dirimu,” Ummu Hakim menjawab.

Lalu Ikrimah setuju kembali bersama-sama isterinya. Ummu Hakim menceritakan tentang pembantu mereka yang cuba mencabul kehormatannya. Mendengarkan itu, Ikrimah segera menuju ke penempatan Arab tersebut. Dia mencari pembantunya lalu membunuhnya. Pada malam harinya, Ikrimah ketika mereka tidur, Ummu Hakim menolak hajatnya untuk bersama.

“Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim,” kata Ummu Hakim.

“Jika kau menolak keinginginanku, ini merupakan suatu masalah besar bagi diriku,” kata Ikrimah kepada isterinya.

Esoknya, mereka meneruskan perjalanan. Sebelum Ikrimah dan isterinya tiba di Mekah, Nabi Muhammad menyampaikan pesan kepada para sahabat. “Ikrimah bin Abu Jahal kembali kesini sebagai seorang Muslim dan muhajir. Jangan sesekali kamu semua mempersendakan bapanya. Itu akan mendatangkan kedukaan kepada mereka yang masih hidup,” pesannya.

Ikrimah dan Ummu Hakim tiba ditempat dimana Nabi Muhammad berada. Beliau menyambutnya dan mengajak Ikrimah duduk bersama-sama.

”Muhammad, Ummu Hakim mengatakan engkau memberikan pelindungan kepadaku,” Ikrimah memulakan bicara.

“Ya, benar,” kata Nabi Muhammad. “Kini kamu selamat,” sambungnya.

“Untuk apa perlindungan itu kau berikan?” dia bertanya lagi.

“Untuk mengajakmu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku ini adalah utusan Allah,” kata Nabi Muhammad.

"Demi Allah,” kata Ikrimah, “kamu mengajak kami melakukan perkara yang baik dan menyuruh kamu membuat perkara yang benar. Kamu tinggal bersama kami sebelum kamu menerima wahyu lagi dan kamu merupakan seorang yang paling kami percayai dalam percakapan dan yang paling baik antara kami,” dia menyambung

“Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad sebagai utusan Allah,” kata Nabi Muhammad.

Mendengar kalimah penyaksian itu diucapkan, Nabi Muhammad merasa sangat gembira. “Katakanlah kepada Tuhan dan mereka yang hadir hari ini bahawa kamu seorang Muslim yang Mujahid dan Mujahir,” Nabi Muhammad mengarahkan Ikrimah.

Ikrimah mengulanginya dan kemudian berkata, “Aku memohon kepadamu wahai Nabi Muhammad, supaya engkau memohon keampunanku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap apa yang aku guna untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu.”

Maka Nabi Muhammad pun berdoa, “Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak.”

Mendengar doa yang dimohon oleh Nabi Muhammad itu, Ikrimah merasa senang hati dan gembira

“Wahai Nabi Muhammad, demi Allah setiap dinar yang pernah aku gunakan untuk menentang Islam, akan aku gantikan berlipat kali ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk menentang Islam, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat kali ganda demi membela agama-Nya, Aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir,” kata Ikrimah dengan penuh semangat.

Selepas memeluk Islam, Ikrimah menjadi seorang yang komited dalam perjuangan. Dia dilihat sentiasa membaca al-Qur’an dimasjid dan meletakkannya diatas mukanya sambil berkata, “Inilah kitab Allah, mengandungi kata-kata Allah,” dan kemudiannya menangis kerana takutkan-Nya. Ikrimah sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya dia terbunuh sebagai seorang syahid.


Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa menyalin semula ayat-ayat pada karya ini dengan apa cara dan untuk apa juga tujuan, melainkan dengan izin bertulis daripada pengarang - Norziati binti Mohd Rosman

0 komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com

BACA JUGA

DAFTAR LENGKAP ARTIKEL BLOG BAGINDAERY

Ikuti situs Bagindaery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...