GOOGLE TRANSLATE

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARTIKEL PILIHAN

kisahteladan"Said bin Amir, Gabenor Syam yang zuhud

Written By Situs Baginda Ery (New) on Selasa, 03 Mei 2011 | 08.56

Pada suatu hari, Khalifah Umar al-Khattab menerima utusan dari Syam di Madinah. Mereka datang untuk melaporkan beberapa perkara yang mereka perlukan dan melaporkan perkara yang berlaku disana.

“Senaraikan nama orang miskin di tempat kamu,” kata Umar yang mahu mengeluarkan wang bagi mereka yang miskin.

Utusan itu pun menulis nama-nama orang yang memerlukan bantuan. Umar meneliti senarai itu dan dia terkejut apabila mendapati nama Said tertulis didalamnya.

“Apakah Said ini Gabenor kamu?” Umar bertanya kehairanan.

“Ya, Said itu ialah Gabenor kami,” jawab utusan itu.

“Dia termasuk dalam senarai orang-orang miskin?” tanya Umar lagi dengan tegas. Rupa-rupanya Said telah kehabisan wang untuk kegunaannya sendiri.

“Ya,” jawab mereka bagi meyakinkan Umar.

Umar kemudian mengambil satu uncang dan menyerahkannya kepada utusan itu.

“Berikan ini kepada Gabenor kamu,” kata Umar.

Utusan itu kembali semula ke Syam. Setelah sampai, mereka menyampaikan amanah dari Umar itu kepada Said, Gabenor mereka.

Pada petang itu, Said pulang ke rumah. Dia membuka uncang tersebut tanpa pengetahuan isterinya, dan berisi wang seribu dinar. Pada Said, itu merupakan satu jumlah yang banyak. .

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun,” katanya sambil mengeluh. Kata-kata ini didengar oleh isterinya.

“Apakah Amirul Mukminin, Umar al-Khattab meninggal dunia?” tanya isterinya yang terkejut mendengarkan ucapan Said itu.

“Tidak, tetapi perkara yang lebih besar dari itu,” kata Said. “Bolehkah engkau membantuku?” sambungnya.

“Sudah tentu,” jawab isterinya.

“Ternyata dunia telah memasuki diriku untuk merosakkan akhiratku,” kata Said. Isterinya kehairanan mendengar kata-kata Said tetapi tidak bertanya apa-apa.

Pada pagi esoknya, Said memanggil orang kepercayaannya untuk membahagikan wang yang diterimanya itu kepada para janda, anak yatim dan orang miskin yang memerlukan bantuan. Dia mengarahkan semua wang itu diserahkan tanpa meninggalkan walau satu sen pun. Barulah isterinya memahami kata-kata Said semalam, bahawa wang yang diterimanya itu ibarat dunia yang didatangkan kepadanya untuk merosakkan akhiratnya.

Said memang selalu berusaha untuk menjadikan dunia yang dimilikinya untuk membeli akhirat agar dia mendapatkan bidadari syurga.

Pada suatu hari isterinya meminta sedikit wang diterminya dari Khalifah Umar. Dia tidak mengetahui yang wang itu telah habis disumbangkan kepada orang lain. Permintaan ini membuatkan Said merasa tersiksa. Dia berusaha mengelak dari menemui isterinya selama beberapa hari dengan selalu pulang malam supaya tidak mendengar lagi permintaan tersebut.

Akhirnya, isterinya dapat tahu bahawa bahwa hartanya telah habis dibahagikan lalu dia menangis. Said melihat isterinya menangis akan kehilangan harta itu berusaha menasihatinya.

“Sebenarnya, dahulu aku mempunyai teman-teman yang kini telah lebih dulu meninggalkanku. Aku tidak rela setelah mereka pergi aku pula dilimpahi harta. Bidadari syurga, jika muncul di langit ia akan menerangi seluruh bumi dan sinarnya itu memadamkan cahaya matahari dan bulan. Pakaian yang dia pakai lebih baik daripada penduduk dunia. Tetapi, aku memilih dirimu untuk menjadi bidadariku di surga nanti,” kata Said kepada isterinya. Ini membuatkan isterinya terdiam dan redha menerima apa sahaja keputusan Said.

Kehidupan Said sebagai seorang Gabenor amat bahagia biarpun tidak mempunyai harta yang melimpah ruah. Dia tidak memerlukan harta bagi membahagiakan hidupnya dan amat mustahil kalau dia memakan harta rakyatnya.


Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa menyalin semula ayat-ayat pada karya ini dengan apa cara dan untuk apa juga tujuan, melainkan dengan izin bertulis daripada pengarang - Norziati binti Mohd Rosman

0 komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com

BACA JUGA

DAFTAR LENGKAP ARTIKEL BLOG BAGINDAERY

Ikuti situs Bagindaery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...