GOOGLE TRANSLATE

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARTIKEL PILIHAN

Misteri Vatican City

Written By Situs Baginda Ery (New) on Jumat, 22 April 2011 | 15.30

vatican city

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sudah lama ambe tidak menulis panjang lebar, tulisan kali ini agak panjang sedikit tetapi diharap agar anda sabar membacanya kerana isinya agak kritikal pentingnya. Terlebih dahulu ambe mohon maaf kepada sesiapa yang berkenaan kerana tulisan ini bukannya berniat untuk menyerang sesiapa , tetapi sekadar berkongsi maklumat berdasarkan fakta dan tiada istilah kutuk-mengutuk atau maki hamun. Maka jika ada yang tidak puas hati dengan tulisan ini, mari kita berdialog secara baik dan elakkan rusuhan :D

Pertamanya, timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy? Kenapa bukan di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris), atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)? Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana?

Jika pusatnya di negara lain tidak mengapa lagi, tetapi mengapa Italy atau dengan kata lainnya negara bangsa Roman itu juga yang menjadi pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang menyebarkan Kristian adalah lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan sebenarnya ada dalang di sebaliknya.

Yesus lahir di bawah pentadbiran kerajaan Rom

Lahirnya Yesus adalah di sebuah tempat bernama Bethlehem di Palestine. Waktu itu kerajaan yang menguasai tempat itu ialah kerajaan Rom. Dipendekkan cerita, selepas Yesus menyebarkan ajaran Tauhidnya, dia dituduh sebagai pembawa ajaran sesat oleh orang2 Yahudi. Maka Yahudi dan kerajaan Rom telah sepakat untuk mengenakan hukuman salib terhadap Yesus.

Tetapi tidak kah anda merasa pelik, mengapa akhirnya kerajaan Rom dan orang2 berketurunan Yahudi sendiri yang menyebarkan agama Kristian? Termasuklah Paulus kerana Paulus adalah keturunan Yahudi dari sebelah bapanya. Yesus dituduh membawa ajaran sesat, tetapi akhirnya mereka sendiri yang menganut dan menyebarkan ajaran itu. Pelik tetapi benar bukan? :)

Yang lagi peliknya, ketika pemerintahan raja Konstantin, persidangan Niceae telah diadakan pada 325 AD (iaitu 325 tahun selepas kelahiran Yesus) yang mana hasil dari persidangan tersebut telah sepakat mengatakan bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan ataupun penjelmaan Tuhan dalam bentuk manusia. Ini bermakna Yesus diangkat menjadi Tuhan hasil dari UNDIAN manusia. Yesus dianggap sebagai Tuhan selepas 300 tahun ketiadaannya. Begitu lama masa yang diambil untuk mengangkat Yesus sebagai Tuhan.

Yesus sendiri tidak pernah mengaku sebagai Tuhan atau anak Tuhan dan tiada bukti dalam Bible yang mengatakan dia adalah Tuhan. Sedangkan raja Konstantin yang bertanggung jawab dalam persidangan Nicaea itu sendiri diragui keimanannya dalam Kristian oleh orang2 Kristian sendiri. Ada pendapat dalam Kristian sendiri mengatakan bahawa raja Konstantin memeluk Kristian kerana menjaga keamanan di dalam empayarnya semata-mata kerana waktu itu terlalu banyak berlaku selisih faham dan pecah-belah. Maka siapakah dalang yang telah membonekakan raja Konstantin?

Vatican City menjadi pusat pentadbiran Kristian Katolik dan pelbagai misteri

ufo in vaticanZaman demi zaman berlalu, manusia pun sudah ramai yang lupa dan mengabaikan kisah2 lalu. Kini, Vatican City yang terletak di negara bangsa Rom iaitu Italy telah menjadi pusat pentadbiran bagi gereja2 Kristian Katolik iaitu mazhab Kristian yang paling ramai pengikutnya. Walaupun ia terletak dalam Rome, Italy, tetapi ia sebenarnya telah menjadi sebuah negara tersendiri sejak 1929 , secara ringkasnya negara kecil dalam sebuah negara besar.

Di sebalik itu, muncul banyak kisah misteri yang berkaitan dengan Vatican City. Antaranya ialah kemunculan UFO (Unidentified Flying Object) di sana dan desas-desus mengatakan Vatican City ada hubungan dengan makhluk yang menjadi misteri di dunia sekarang ini. Dan mengikut kajian, UFO itu sendiri sebenarnya adalah berkait rapat dengan Illuminati.

Vatican City dikaitkan dengan ‘Black Magic’ dan banyak simbol dan gambar di Vatican City yang berunsurkan sihir. Gambar2 dan patung manusia telanjang pun banyak. Sedangkan dalam 10 commandments, Tuhan telah melarang membuat patung apa saja. Tetapi di sini, gereja sendiri telah melakukan larangan dalam 10 Commandments itu. Jika Vatican sendiri tidak segan silu dengan patung dan gambar manusia2 telanjang, apa lagi orang awam?

Pembunuhan Pope-pope Vatican juga telah banyak berlaku, kononnya Pope-pope itu dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada pergerakan rahsia itu. Pope yang bersekongkol dengan mereka akan dapat bertahan lama biasanya.

Vatican City juga dikaitkan bersekongkol dengan Zionis. Mengapa Zionist yang juga satu pakatan dari Illuminati mahu berbaik dengan Vatican City? Kerana melalui Vatican City mereka boleh mempengaruhi amat ramai umat manusia dan menjalankan operasinya secara halus. Dari dahulu lagi mereka tahu bahawa Vatican City mempunyai pengaruh yang besar terhadap dunia, maka tiada lain melainkan cuba mempengaruhi Vatican City itu sendiri secara halus untuk melaksanakan impian mereka.

Vatican City merupakan salah satu dari 3 pusat pentadbiran besar Illuminati;

1 – Washington DC - Sebagai pusat pentadbiran ketenteraan

2 – London city – Sebagai pusat pentadbiran ekonomi dan kewangan

3 – Vatican City – Sebagai pusat pentadbiran keagamaan

Ketiga2 wilayah tersebut merupakan wilayah bebas ‘independant states’. Mereka menjadikannya sebagai Triniti yang tidak suci.

Dan yang menjadi kekeliruan yang amat ketara sekali ialah munculnya simbol2 Illuminati di dalam banyak gereja sedangkan Illuminati sendiri ialah satu pertubuhan Anti-Kristian yang mana umat Kristian sendiri mengetahui tentang akan munculnya golongan anti-Kristian tersebut, tetapi akibat tipu daya dan kelicikan Illuminati, maka masih ramai yang tidak menyedarinya dan buat2 tidak sedar. Saksikan video di bawah berkenaan dengan munculnya simbol2 Illuminati di dalam banyak gereja di seluruh dunia.

Obelisk di Vatican City

obelisk at vatican city

Di Vatican City juga terdapat sebuah ‘Obelisk’. Obelisk ialah satu menara yang tinggi di mana hujung di atas nya berupa sebuah piramid. Obelisk asalnya adalah senibina orang Mesir kuno dan banyak Obelisk telah dipindahkan dari Mesir dan diletakkan di negara2 lain contohnya di kota London. Adalah dipercayai Obelisk digunakan oleh Illuminati sebagai sebahagian mercu tanda mereka.

Obelisk merupakan simbol kepada tuhan matahari iaitu Amon Re / Ra. Maka mengapa di Vatican City pun ada didirikan simbol kepada tuhan matahari yang disembah oleh orang2 Mesir Kuno itu? Maka bukan sahaja Hari Ahad (SUN DAY) yang telah diputarbelitkan oleh Illuminati terhadap Kristian, agar menjadikan nya hari suci sedangkan Hari Ahad itu adalah hari suci orang2 menyembah tuhan matahari. Obelisk juga di antara satu tanda dan tipudaya mereka.

Pope benedict XVI dahulunya adalah seorang Nazi

ratzinger_young

Dari bekas seorang Nazi kini menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik. Dia dilahirkan pada 16 April 1927 di Marktl am Inn, Bavaria, Jerman. Nama sebenarnya ialah Joseph Alois Ratzinger. Sejak berusia 14 tahun, Ratzinger telah menyertai Hitler Youth kerana ia adalah satu kewajipan di sana untuk menyertainya apabila berumur 14 tahun, di bawah pemerintahan Nazi Adolf Hitler. Walaupun begitu, ayah Ratzinger merupakan seorang yang mempunyai fahaman yang bertentangan dengan Nazi kerana Nazi amat bertentangan dengan ajaran iman Katolik.

Walaubagaimana pun, selama bertahun2 juga Ratzinger terlibat dengan Nazi yang mana kemudiannya dia diserap terus ke dalam askar Nazi infantri Jerman. Dia pernah ditangkap oleh tentera Amerika dan menjadi tahanan perang.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Nazi juga telah dipengaruhi oleh gerakan illuminati. Tindak-tanduk Adolf Hitler di dalam Nazi adalah dibiayai oleh Zionist iaitu cabang dari Illuminati.

Bermula dari tahun 1959, beliau telah menjadi professor di Universiti Bonn, dan pelbagai lagi hingga lah sekarang ini beliau telah menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik dan bergelar Pope Benedict XVI.

pope-benedict-xvi

Walaubagaimana pun beliau pernah memberi syarahan yang menimbulkan kemarahan umat Islam suatu ketika dulu pada 12 September 2006 di Universiti Regensburg, Jerman. Antara kata2nya yang begitu sensitif berbunyi;

Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached.”

Yang bermaksud, “Tunjukkan padaku apa yang dibawa oleh Muhammad suatu yang baru, dan kamu akan dapati tiada apa2 melainkan kejahatan dan tidak perikemanusiaan, seperti menyuruh agar menyebarkan dengan pedang pegangan yang diajarnya“.

[Youtube=http://www.youtube.com/watch?v=bw9PJotFj7o]

Illuminati amat suka bermain dengan simbol2 dan mereka sememangnya amat bijak dalam permainan simbol. Mereka menggunakan simbol2 kerana pergerakan mereka adalah secara rahsia. Mereka menggunakan simbol2 agar ianya diketahui oleh golongan mereka sahaja. Tetapi niat dan perbuatan yang jahat akhirnya akan terbongkar jua.

Setakat ini sahaja dulu, insyaAllah masih banyak lagi yang akan dibongkarkan tentang kegiatan Illuminati (manusia2 penyembah Lucifer / Iblis) dan ingin menghapuskan hidup beragama. Yang telah banyak merosakkan agama yang asalnya suci tetapi telah dinodai oleh mereka sedikit demi sedikit dan secara halus. Anda juga digalakkan memberikan sumbangan pengetahuan2 anda berkenaan mereka. Sama2 kita berkongsi maklumat untuk kebaikan kita bersama. Semoga kita berhati2 dengan dunia sekarang, sayangi keluarga, anak cucu kita dan mereka2 yang tidak bersalah. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari bala, semoga Allah melindungi kita dari azab kubur dan api neraka, amiin.

hydrogen-bombIngatlah, Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk melaga2kan Anak Adam, menumpahkan darah sesama sendiri, menghasut agar saling benci-membenci, membuakkan rasa dendam hingga manusia berusaha membuat senjata2 , untuk menghancurkan sesama sendiri. Daripada zaman dahulu manusia hanya berperang dengan senjata pisau, kapak, pedang, sehinggalah ke zaman moden, manusia menghancurkan sesama sendiri dengan BOM. Lihatlah hasutan syaitan boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan hilang perikemanusiaan. Sudah tidak menghiraukan lagi nasib pihak yang diperangi, nasib anak dan keluarga mereka. Begitu tekadnya mahu hancurkan manusia yang lain, hasil dendam kesumat yang diapi-apikan oleh syaitan, na’uzubillah.

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” Surah Ali ‘Imran: 103

p/s: Kita masih mahu bertegang leher, berpuak2, berbalah sesama sendiri, sedangkan musuh utama dunia sedang rancak menjalankan operasi mereka. Ayuh wahai saudara2 ku, bersatulah kita semua di bawah Tauhid yang satu …….

0 komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com

BACA JUGA

DAFTAR LENGKAP ARTIKEL BLOG BAGINDAERY

Ikuti situs Bagindaery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...