Terserempak Makhluk Ghaib di Kampung Seri Bunian | Nama Kampung Seri
Bunian memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di sini, dan ia
sering mendapat perhatian apabila dikaitkan dengan pelbagai kejadian
aneh.
Ketua Kampung Seri Bunian, Husin Ahmad berkata, berdasarkan cerita
generasi terdahulu, peneroka yang membersihkan kawasan itu untuk
dijadikan perkampungan sekitar 1924 mendakwa pernah terserempak dengan
makhluk ghaib yang dikenali sebagai bunian.
Menurutnya, disebabkan peristiwa berkenaan, ramai penyelidik terdiri
daripada orang luar dan penuntut universiti datang untuk membuat kajian
mengenai asal-usul kampung itu.
Asal usul Kampung Seri Bunian
Menurut Husin, pada mulanya kampung berkenaan diteroka oleh golongan
petani yang dipercayai datang dari Indonesia, dan ketika itu nama
kampung berkenaan dikenali sebagai Kampung Sungai Bunyi Hulu.
“Tuan Haji Wahab merupakan orang yang bertanggungjawab meneroka kampung yang asalnya merupakan kawasan hutan belukar.
“Usaha membangunkan kampung diteruskan Haji Othman yang merupakan ketua kampung pertama di sini,” katanya.
Jelasnya, kejadian terserempak bunian berlaku ketika penduduk kampung
melakukan kerja membersih kawasan hutan untuk membina sekolah rendah.
“Penduduk bergotong-royong membina sekolah rendah bagi memudahkan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan tanpa pergi ke bandar.
“Bagaimanapun penduduk mendakwa kerap kali terserempak dengan makhluk
halus dipercayai bunian ketika gotong-royong itu diadakan,” katanya.
Justeru, penduduk meminta nama Kampung Sungai Bunyi Hulu ditukar kepada Kampung Seri Bunian.
Pernah mengalami kejadian pelik
Menurut Husin, beliau sendiri mempunyai pengalaman berdepan dengan
kejadian aneh ketika solat subuh di surau kampung lima tahun lalu.
Jelasnya, bunyi derap kaki yang didengar ketika berada di dalam surau
berkenaan seolah-olah menggambarkan kehadiran jemaah yang ramai.
“Lantai surau ketika itu adalah kayu, jadi setiap bunyi tapak kaki orang berjalan di dalam surau jelas kedengaran.
“Ketika solat subuh, saya hanya bersama imam. Pada mulanya saya sangka
ramai jemaah untuk solat bersama-sama, namun selepas selesai solat,
apabila saya memberi salam tiada seorang jemaah pun di belakang,”
katanya.
Tambahnya, kejadian yang dialami itu masih sukar untuk dilupakan walaupun ia sudah lama berlaku.
“Apa yang penting, semua makhluk adalah ciptaan Allah, jika kita tidak
mengganggu mereka pasti mereka juga tidak akan mengganggu kita,”
katanya.
Pembangunan Kampung Seri Bunian
Dengan jumlah penduduk kira-kira 2,700 orang, aktiviti utama penduduk
yang dahulunya berasaskan pertanian berubah apabila kebanyakan meraka
bekerja sendiri, berkhidmat dalam sektor swasta dan kerajaan serta
menjalankan perniagaan.
“Kedudukan kampung yang terletak kira-kira 8 km dari bandar Pontian
memudahkan penduduk kampung mendapatkan pekerjaan dan berulang alik
untuk urusan seharian.
“Kini, tiada lagi kawasan hutan kerana dipenuhi dengan ladang kelapa
sawit, justeru tidak lagi kedengaran kejadian-kejadian pelik berlaku di
Kampung Seri Bunian,” katanya lapor Sinar Harian.
http://www.tawaunetwork.com/2015/04/misteri-makhluk-ghaib-di-kampung-seri.html
0 komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com