GOOGLE TRANSLATE

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARTIKEL PILIHAN

MENGEJAR JODOH?

Written By Situs Baginda Ery (New) on Minggu, 27 Desember 2015 | 16.28



Jangan Terlalu Tergesa – gesa Mengejar Jodoh 

Ketakutan terasa bila pendamping tidak kunjung datang. 
Kadangkala kita berasa tergesa – gesa seperti dikejar – kejar sesuatu. Padahal tidak ada yang mengejar kita. Hidup kita menjadi serta tidak teratur, serba rumit seakan tidak dikelola dengan baik. Gambaran – gambaran untuk mengisi waktu dan usia menjadi sangat tidak menentu.
Kiblat gaya hidup mengarah kepada Hollywood dan Bollywood. Hidup kita seakan diatur. Cara makan, apa makanannya, cara berpakaian, apa pakaiannya, cara berfikir, apa fikirannya dan bahkan cara menikmati tidur sekalipun.
Perlahan tapi pasti, gaya kita sudah ditetapkan sedemikian rupa. Tetapi kita tidak sedar. Bahkan kita sangat senang dan bahagia menikmati kebodohan ini.
Bandingkan diri kita ketika diminta menggunakan Al – Quran sebagai penunjuk jalan hidup. Kita mentah – mentah menolaknya. Kita berasa bahawa dengan menggunakannya, kita seperti dipaksa.
Tidak seronok, tidak bebas, tidak sesuai dengan hak asasi manusia. Padahal dalam Al – Quran itulah segala hal aturan tentang hidup dibicara dan dititahkan.
Itulah kalamullah dan bukan makhluk.

Terlalu tergesa – gesa mengejar jodoh?

Kebodohan ini juga berlangsung dalam kehidupan cinta kita. Memiliki pendamping hidup adalah sebuah kenescayaan. Kerana ada ruang dihati kita yang harus diisi.
Namun, gaya hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita untuk berasa tergesa – gesa memilih pasangan. Padahal, kita pada waktu ini sebenarnya masih tidak memerlukan.
Yang kita perlukan adalah relationship dalam konteks sahabat. Teman sekelas, teman sepengajian dan teman sepermainan.
Di usia kita yang sangat belia, kita tidak perlu bermesraan bak suami isteri.
Namun kerana filem yang kita tonton, bacaan yang kita baca, cerita – cerita yang kita dengar, telah mengelabui dan kita akhirnya telah masuk dalamperangkap.
Hidup berasa tergesa – gesa sewaktu memiliki pendamping. Berasa ketakutan bila pendamping tidak kunjung datang. Akhirnya boleh ditebak, otak kita hanya melulu berterus – terusan memikirkan pasangan.
Bagaimana mendapatkannya, bagaimana menjaga hubungan dengannya dan bagaimana mendapatkan keuntungan daripadanya.
“Tidak ada pengalaman?”
Yang kita perlukan adalah bukan pengalaman dalam menjalin hubungan, akan tetapi mempelajari ilmu rumahtangga untuk mengelola sebuah hubungan suami – isteri.
Justeru bila kita berpengalaman dalam berganti – ganti pasangan ini menunjukkan ketidaksiapan kita menjalin sebuah hubungan. Bekal untuk menjalin hubungan tidak cukup kuat untuk menghadapi cubaan.
Berbeza jika kita sangat sedar bahawa menjalin sebuah hubungan cinta akan menghadapi konflik.
Kerana mengejar jodoh – semakin besar rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin besar pula risiko kita untuk berasa kecewa.
Jadi yang diperlukan ketika masih muda adalah memiliki ilmu hubungan cinta 
suami isteri. Bukan mencintai dalam konteks yang mudah gagal dan mudah rapuh.
Seterusnya saya menjemput pembaca untuk membaca sambungan artikel ini, Kenapa Harus Terburu – Buru Berkahwin?
# Apa pandangan anda mengenai artikel mengejar jodoh ini? Tinggalkan pandangan anda pada ruangan komen dibawah. Syukran Jazillan =)
.
Nota rujukan:
1. kerana cinta harus memilih (Ustaz Burhan Sodiq)
http://akuislam.com/blog/renungan/tergesa-gesa-mengejar-jodoh/

0 komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com

BACA JUGA

DAFTAR LENGKAP ARTIKEL BLOG BAGINDAERY

Ikuti situs Bagindaery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...