ORB mnglilingi
“Orbs adalah pemunculan pertama dari Jin. Sebagaimana yang kita ketahui bahwa Jin terbuat dari Api yang sangat panas , maka apabila terjadi aktivitas mahluk tersebut dan cukup energy untuk mempengaruhi kelembaban udara , maka akan muncul titik – titik seperti air di atas . Untuk level orbs seperti ini , bisa dikatakan kekuatan mereka ( jin ) tidak begitu kuat . Tetapi mereka sudah cukup kuat untuk memberikan halusinasi pada manusia , berupa bayangan apapun yang manusia takuti.”
Apa itu orb..?
Menurut para pengkaji paranormal, orb adalah dipercayai sebagai roh manusia atau “suatu bentuk tenaga” yang pernah mendiami tubuh manusia semasa hidup. Adalah dipercayai bahawa orb-orb lebih suka menetap di dunia ini kerana ikatannya lebih kuat kepada tempat-tempat yang disukainya semasa hidup.
Ada juga yang berpendapat bahawa selain daripada jin, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang Allah ciptakan, orb adalah sejenis hidupan mikroorganisma yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar.
Ada segolongan saintis pula berpendapat bahawa orb tidak berkaitan langsung dengan unsur-unsur roh. Ianya adalah sejenis tenaga yang berkaitan dengan “Hukum Termodinamik Pertama” (tenaga tidak boleh dimusnahkan) tetapi ia hanya berpindah dari satu jisim ke jisim yang lain.
Saya berpendapat bahawa Orb itu bukanlah terdiri daripada roh orang yang mati…kerana roh orang yang mati tidak akan kembali hidup didunia ini…kerana kita sebagai manusia akan terus hidup berpindah daripada satu alam kepada alam yang lain…yang pernah dikatakan orang pernah jumpa orang yang dah mati…saya berpendapat yang dijumpainya itu adalah sebangsa jin yang menyerupai orang yang sudah mati…keterangan tentang orang mati tidak kembali ke alam nyata ini ada dinyatakan dalam artikel paranormal dalam website ini iaitu artikel Jenis-jenis Hantu
Jurugambar professional bermati-matian mengatakan orb adalah merupakan salah satu kesan kesilapan optik atau refleksi cahaya terhadap habuk yang biasanya dihadapi oleh kamera-kamera digital. (http://pyrrho.s5.com/orbs.html)
Cerdik pandai agama lebih terdorong bahawa orb adalah jin.
"Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada dari kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlain-lain" (Surah AL-Jinn:11)
Sifat-sifat
Orb merupakan penjelmaan makhluk halus paling mudah sekali…walaupun ianya paling mudah bagi mereka…kita tetap tidak dalam melihat mereka dengan mata kasar…Orb ini hanya boleh dilihat dengan rakaman kamera atau video digital…penjelmaan makhluk halus secara yang kita boleh lihat secara mata kasar, memerlukan satu bentuk tenaga yang tinggi…kerana secara teorinya makhluk ini berada dalam frekuensi yang rendah sedangkan kita yang hidup dalam dunia yang nyata dan serba kenyataan yang boleh dilihat dengan mata kasar ini, dalam frekuensi yang tinggi…
Ia adalah suatu keganjilan yang biasa dialami oleh jurukamera sewaktu merakamkan imej-imej. Persamaan diantara kesemua orb yang telah berjaya dirakamkan adalah berbentuk bulat, bercahaya, hampir lutsinar dan sentiasa terapung di udara. Pada kebiasaannya, sesebuah orb akan mempunyai bahagian dalaman dan terdapat satu bintik ditengahnya yang dipanggil “nucleus”.
Imej cahaya yang terhasil dari orb juga berbeza antara satu sama lain. Sesetengah dari orb-orb ini mampu memgeluarkan cahaya yang sangat terang manakala ada juga yang pudar dan sukar dilihat.
Pergerakan orb juga pada kebiasannya adalah pantas dan amat jarang berada dalam keadaan statik. Rakaman orb dari perakam kamera digital boleh dianggap sebagai yang terbaik sekiranya imej tersebut mengandungi “ekor kecil” kesan dari pergerakkan laju dan tidak dijangka hala tujunya.
Orb biasanya hadir di merata-rata tempat terutama yang mempunyai kesan peninggalan sejarah atau tempat-tempat tragis. Perubahan suhu dan cuaca amat jarang memberi kesan terhadap orb-orb menyebabkan ia adalah sejenis hantu yang paling mudah ditemui sekaligus menjadikan ia amat popular di kalangan pengkaji paranormal.
Dipetik dari website www.Tinjau.com
0 komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com