Pada suatu hari, seorang pemuda telah mendatangi seorang ALIM
yang sedang mengajar. Matanya merah menunjukkan dia selalu menangis.
Alim tersebut pun memanggil pemuda tersebut ke sisinya. ALIM tersebut
bertanya kepada pemuda tersebut, "apakah kemusykilan engkau?" Pemuda tersebut mengatakan bahawasanya dia telah banyak berdosa besar. Adakah Tuhan boleh mengampunkan dosaku? Lalu ALIM tersebut pun bertanya apakah dosa engkau? Pemuda tersebut mengatakan bahawasanya dia adalah seorang pencuri kain kapan.
Sama seperti cerita seorang sahabat pada masa Rasulullah yang mencuri
kain kapan. Semasa orang mengebumikan mayat, dia akan bersama mengiringi
jenazah tersebut. Tetapi malamnya dia akan mencuri kain kapan tersebut.
Setiap mayat akan dibogelkannya. Jika mayat wanita, saya akan curi kain
kapan tersebut dan berzina dengan mayat tersebut. Namun, setelah saya
melakukan kerja mencuri kain kapan tahun demi tahun, saya telah bertemu
dengan beberapa keganjilan pada mayat-mayat tersebut. Saya telah bertemu
dengan TUJUH situasi pada mayat-mayat ini.. Saya Insaf Tuan Guru. Kata
pemuda tersebut kepada ALIM tersebut. Lalu Alim tersebut menyuruh pemuda
itu banyakkan bertaubat dan bersungguh-sungguh dalam taubatnya. Jangan takut,
kata Alim tersebut. Ingat Tuhan yang maha pengampun, Allah akan
mengampunkan-Mu. Ingat Tuhan yang maha pengasih, Allah akan........ Lalu
pemuda itu pun beredar pulang ke rumahnya..
Pada malamnya, ALIM terfikir dengan ucapan pemuda yang
mendatanginya pada siang tadi. Pemuda tersebut mengatakan bahawasanya
dia insaf setelah menemui keganjilan pada mayat. TUJUH keadaan mayat
yang berbeza. Katanya sungguh ganjil.. Pemuda tersebut menjadi takut.
Hati ALIM itu tidak keruan. Lalu, selepas subuh, cepat-cepat Alim
tersebut pergi ke rumah pemuda tersebut. Setelah bagi salam, ALIM
tersebut melihat pemuda itu sedang menangis. ALIM itu bertanya, kamu
tidak tidur? Pemuda itu menjawab, tidak tuan Guru. Sudah banyak mayat
saya bogelkan dalam liang lahad. Sudah banyak mayat perempuan yang saya
berzina dalam liang lahad. Saya takut.. Jangan takut. Bertaubatlah
sungguh2. Cuma saya datang ni sebab semalam engkau mengatakan engkau
mulai takut setelah melihat keganjilan pada mayat. Apa keganjilannya? Boleh kah engkau menceritakannya.
Pemuda itu pun menceritakan pengalamannya. Dia mengatakan
bahawasanya ada Tujuh keadaan mayat. Jika org mengebumikan mayat, saya
ada disitu. Setiap mayat akan dikebumikan menghadap kiblat. Tapi pada
malamnya saya korek balik mayat itu. Mayatnya telah neralih 180 darjah.
Saya rasa pelik. Siapa yang mengalihkan mayat itu? Siapa yang korek kubur itu sebelumku? Mengapakah perkara ini berlaku Tuan Guru? Lalu ALIM itu pun memberitahu bahawasanya itu tandanya mayat tersebut telah menduakan Allah. Syirik.. seperti
mana yang berlaku pada zaman dahulu. Seorang yang kuat ibadahnya telah
membawa kapak untuk menebang pokok yang telah disembah oleh orang
kampungnya. Dia merasa marah kerana mereka tidak menyembah Allah. Dengan
keadaan marah dia menuju kearah pokok itu. Tiba2 datang iblis yang
menyamar menjadi seorang lelaki lalu menahan lelaki tersebut. Iblis itu
berkata, janganlah engkau mencampuri urusan orang lain. Teruskanlah
ibadahmu itu (Solat). Tapi, lelaki itu tegas mengatakan bahawasanya dia
tidak menyukai orang yang menyembah pokok itu. Lalu, lebih baik jika
pokok itu ditebang sahaja. Tapi, Iblis tetap mahu menahan niat lelaki
tersebut. Lalu lelaki itu pun bertanya, engkau ni siapa? Iblis pun
mejawab, aku ni Iblis. Mendengar jawapan Iblis, pemuda itu pun menerkam
kearah Iblis dan bergusti. Pemuda itu menang. Pada masa ini lah Iblis
telah menggunakan muslihatnya. Dia memujuk lelaki itu, jika tidak
menebang pokok tersebut, tiap2 pagi Iblis akan memberikannya sekeping
wang emas. Pemuda itu pun bersetuju. Pada keesokan paginya, pemuda itu
bangun dan melihat dibawah bantalnya, dia mendapati ada sekeping wang
emas. Pemuda itu pun rasa seronok. Jika perkara ini berlarutan, mesti
dia akan kaya. Dia merasakan Iblis tadi tidak menipunya. Pada hari
kedua, perkara yang sama telah berlaku. Namun, pada hari ketiga, tiada
lagi emas yang diletakkan dibawah bantalnya. Pemuda itu merasa marah.
Lalu mengambil kapak dan menuju ke arah pokok yang ingin ditebangnya
dahulu. Dalam perjalanan, sekali lagi dia telah ditahan oleh Iblis .
Dengan marah dia mengatakan kepada Iblis, hari pertama dan kedua engkau
bagi emas kepada ku. Tapi hari ketiga engkau tidak bagi. Engkau menipu.
Aku ingin tebang pokok itu. Lalu Iblis pun menjawab, jika engkau mahu
menebang pokok itu, engkau langgarlah aku dahulu. Pemuda itu merasa
marah. Disangkanya dahulu dia telah menang semasa berlawan dengan Iblis.
Jadi tidak musatahil akan menang lagi pada kali ini. Dia pun membuang
kapaknya dan menerkam ke arah Iblis. Namun, dia telah kalah kepada Iblis
tersebut. Pemuda itu pun bertanya. Menagapa aku kalah pada mu kali ini.
Iblis pun menjawab, dahulu engkau menang kerana niat engkau ikhlas mahu
menebang pokok itu kerana ALLAH S.W.T. sebab itu engkau menang. Tapi
sekarang, engkau mahu menebang pokok itu dan melawanku adalah kerana
engkau marah sebab tidak mendapat emas dariku. Bukannya kerana Allah.
Kerana itu engkau telah kalah. Demikianlah yang berlaku jika menduakan
Allah.
Keadaan kedua. Tuan Guru, saya melihat seorang mayat yang yang
dikebumikan cantik wajahnya. Tapi pada malam hari, saya telah mengorek
semula kubur tersebut dan dan menyuluh wajah mayat itu dengan lampu
suluh. Wajah mayat tersebut berubah menjadi daging hitam. Tuan guru, mengapa mayat tersebut jadi demikian? ALIM pun menjawab orang ini telah MENINGGALKAN SOLAT.
Jangan kita menganggap kita mempunyai masa untuk Qadha’ Solat kita itu.
INGATLAH, kita tidak mengetahui bila masanya nyawa kita akan ditarik
oleh ALLAH S.W.T.? Bila masanya kita akan kembali kepada-Nya? Semuanya
ditentukan oleh ALLAH. INGAT.... Tanpa kita sedar, kita telah tiada di
Muka bumi ini. DAHULUKANLAH SOLAT sebelum melakukan pekerjaan yang lain.
Pada masa kini, kisah yang berlaku di Malaysia. Bila sampai waktu
subuh, azan dilaungkan, seorang isteri mengejutkan suaminya. Bang,
bangun bang. Tu anjing menyalak tu.. Astaghfirullah al azim.. Azan Subuh
dikatakannya salakan anjing. Berkali-kali suaminya menasihati
isterinya, namun tidak dipedulikan. Pada suatu pagi, suami balik dan
masuk rumah. Si suami mendengan gonggongan anjing di dalam rumah. Dia
masuk bilik dan melihat isterinya baring terlantar dan menggonggong
seperti anjing. Selang 3 hari, si isteri telah berubah rupanya seperti
anjing dan meninggal dengan keadaan yang sedemikian. Astaghfirullah al
azim... Janganlah perkara sebegini berlaku kepada kita yang masih hidup.
Keadaan mayat yang ketiga ialah,
perutnya terlalu menggelembung dan telah keluar ulat yang terlalu
banyak. Pada siangnya semasa menanam mayat, aku lihat bagus mayatnya.
Malamnya aku korek kuburnya, aku lihat perut mayat itu menggelembung
dan keluar ulat. Banyak betul. Tuan Guru, mengapa mayat itu menjadi
sedemikian? Orang ALIM itu pun menjawab, itulah tandanya mayat itu pada hidupnya suka makan yang haram. Suka makan benda yang haram...
Perkara inilah yang kita sangat jaga. Jangan lah kita memasukkan benda
yang haram ke dalam badan kita. Seperti mana sahabat Rasulullah S.A.W,
Abdullah bin Zarah apabila lalu di hadapan orang yang meminum arak,
apabila lalu sahaja, badannya menggigil kerana sangat takut kepada benda
yang haram ini. Ini contoh kepada orang yang menjaga diri daripada
benda2 yang haram. Demikian juga dengan barangan curi atau benda2 haram
yang lain. Jauhkan lah dirii kita yang masih hidup ini daripada
perkara-perkara yang haram ini.
Seterusnya, saya melihat keadaan mayat yang keempat bertukar menjadi batu bulat yang hitam.
Siang hari semasa dikebumikan mayatnya ialah manusia, tapi malam telah
menjadi batu bulat yang Hitam. Mengapa perkara ini berlaku Tuan Guru?
ALIM itu pun menjawab, itulah mayat orang yang menderhaka kepada ibu bapanya.
Kita sebagai orang yang masih hidup dimuka bumi Allah ini, janganlah
sesekalipun menderhaka kepada Ibu Bapa. Pernah suatu peristiwa yang
berlaku di Kedah. Seorang anak yang mendengar bahawasanya bapanya telah
meninggal di kampung. Lalu dia balik. Niatnya bukan kerana bapanya itu,
tetapi inginkan harta pusaka bapanya itu. Lalu dia bertanya kepada
emaknya, bagaimana kita hendak menguruskan harta peninggalan ayah ni.
Emaknya pun menjawab seperti yang sepatutnya, harta tersebut akan
dibahagikan mengikut hukum faraid iaitu hukum Islam. Mendengarnya, si
anak tidak berpuas hati dan bertengkar dengan emak. lalu mengambil
parang dan ditetaknya ke leher emaknya. Kakaknya ingin menolong emaknya
dan melihat leher emaknya sudah tumbang dengan leher yang sudah terbuka.
Lalu dirodok oleh si adik perut kakaknya dengan parang. Astaghfirullah
al azim.. Kerana harta, seorang anak sanggup menderhaka. Kita takut,
jika nanti kita cari harta kekayaan yang banyak, tetapi pada akhirnya,
anak kita menjadi sedemikian. Janganlah kekayaan merubah anak kita
manjadi seorang yang derhaka. Didiklah anak kita menjadi seorang yang
sederhana. Jangan terlalu membiasakan anak-anak kita dengan harta.
Terdapat juga kisah seorang lelaki yang kuat ibadahnya. Suka melakukan
solat sunat. Ditakdirkan pada suatu hari, semasa lelaki ini mendirikan
solat sunat, ibunya datang. Ibunya memangil-manggil nama anaknya. Pemuda
ini tidak menjawab. Hati berbelah bagi samada hendak menjawab panggilan
emaknya itu atau pun meneruskan solat. Lalu hati kecilnya menyatakan
dia hendaklah teruskan solat tersebut. Katanya, sekejap lagi dia boleh
bertemu dengan emaknya. Selesai sahaja solat, pemuda ini pun pergi
menuju keluar ingin bertemu dengan ibunya. Namun tiada kerana ibunya
telah kembali kerumahnya. Lalu dia masuk dan meneruskan solat sunat. Dia
sangat suka menunaikan solat sunat tersebut tanpa kenal rasa penat.
Pemuda ini telah dapat melihat kemanisan daripada ibadah-ibadah yang
dikerjakannya. Masuk hari kedua, emaknya datang lagi. Ditakdirkan juga,
pada masa ini pemuda ini dalam mendirikan solat sunat. Ibunya memberi
salam dan memanggil nama anaknya. Seperti pada hari sebelumnya, pemuda
ini tertanya-tanya samada hendak meneruskan solat ataupun berjumpa
ibunya terlebih dahulu. Tapi, hati kecilnya menyuruhnya meneruskan
solat. Melihat tiada sahutan daripada anaknya itu, ibu pemuda tersebut
pun meninggalkan surau tersebut. Lalu, anaknya pergi keluar dan
mendapati ibunya telah tiada. Lalu, diapun meneruskan solat sunatnya
itu. Pada hari ketiga, ibunya datang lagi, ditakdirkan juga, pada masa
ini anaknya itu sedang mendirikan solat sunat. Lalu ibunya itu
memanggil-manggil nama anaknya. Tapi tiada sahutan kerana anaknya sedang
mendirikan solat sunat seperti hari-hari sebelumnya. Pada hari ketiga
ini, ibunya menjadi marah. Katanya, “tiga hari aku datang, engkau tidak
menyahut panggilanku. Lalu ibunya itu berdoa “Ya Allah, janganlah engkau
matikan anakku melainkan engkau timpakannya dengan perempuan jahat.”
Pemuda ini mendengar doa ibunya itu. Dia merasa pelik dengan ibunya.
Lalu dia keluar. Namun ibunya telah tiada. Hati pemuda itu mengatakan
“ibu telah marah kepadaku”. Tapi tak apa, nanti aku menjenguknya.”
Ditakdirkan oleh Allah, seseorang telah merasa dengki dan tidak menyukai
pemuda tersebut. Lalu diupahnya seorang perempuan untuk menggoda pemuda
ini. Perempuan ini cuba menggoda pemuda tersebut dengan memakai pakaian
yang menjolok mata, tapi tak jalan. Kerana apa? Kerana pemuda ini telah
terpikat dengan ibadah. Jadi, dia tidak tertarik pun dengan perempuan
tersebut. Perempuan ini terasa tercabar. Dia berusaha untuk menjatuhkan
pemuda yang kuat ibadah ini ke dalam fitnah. Lalu dia telah berjumpa
seorang lelaki yang mengembala kambing. Dia telah meminta lelaki
tersebut untuk menghamilkannya. Astaghfirullah al azim.... seorang
perempuan sanggup berbuat sedemikian...Lalu lelaki pengembala kambing
ini pun bersetuju. Apabila semuanya sudah sedia, mereka pun melakukan
perbuatan terkutuk itu. BERZINA... Sehingga perempuan ini menghamilkan
seorang anak. Perempuan itu pun bersama anaknya berjumpa dengan raja dan
melaporkan bahawasanya dia telah dinoda oleh pemuda yang dikatakan kuat
ibadahnya oleh masyarakat disitu. Orang kampung, bila mendengar cerita
tersebut, tanpa usul periksa telah menyalahkan pemuda tersebut dan
memakinya sekali. Mereka juga telah merobohkan surau yang menjadi tempat
ibadah lelaki tersebut. Orang kampung membawa pemuda itu pergi mengadap
raja. Raja pun membuat penagadilan keatas pemuda tersebut. Raja
bertanya kepada pemuda tersebut. ‘Perempuan mengatakan engkau telah
menodainya sehinggakan melahirkan anak. Adakah benar cerita perempuan
ini?’ mendengar tuduhan tersebut, pemuda ini dengan tenang meminta
keizinan raja untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Lalu raja
mengizinkannya. Pemuda itu pun mengambil wudhu’ dan mengerjakan solat
sunat dua rakaat. Hatinya terdetik dan teringat doa emaknya yang lepas.
Dia mengetahui bahawasanya Allah telah mengkabulkan doa ibunya itu.
Selesai solat, pemuda itu meminta anak tersebut dibawa kepadanya. Dengan
izin Allah, pemuda itu menyentuh dan mengusap perut anak kecil itu dan
bertanya, “wahai anak, siapakah bapamu?” dengan Izin Allah, anak itu
menjawab, bapaku adalah seorang lelaki yang mengembala kambing dan
bernama Yabur.” Subahanallah....anak kecil boleh bercakap.. orang
kampung yang telah memaki dan mengutuknya mula angkat tangan ingin
meminta maaf daripada pemuda tersebut. Mereka yang telah merobohkan
suraunya berjanji ingin mendirikan semula surau untuk pemuda tersebut.
Malah mengatakan ingin membina dengan menggunakan emas. Pemuda itu tidak
mahu dengan emas, tapi cukuplah hanyalah dengan tanah. Cerita ini
memberitahu kita bahawasanya doa ibu itu sangat senang untuk dikabulkan
oleh Allah S.W.T. Selain itu, daripada kisah ini juga, kita dapat
memahami bahawasanya betapa besarnya akibat jika kita membuat ibu bapa
kita marah. Kepada kita yang masih hidup dimuka bumi Allah ini,
ingatlah, jika ibu bapa kita memanggil, wajib untuk kita hadir/menemui
mereka. Tiada benda yang boleh membatasi dan menghalang kita daripada
berjumpa dengan ibu bapa kita melainkan semasa mengerjakan solat Fardhu
sahaja.
Kemudian, keadaan mayat yang kelima Tuan Guru. Siangnya, semasa
dikubur, kukunya pendek. Namun pada malamnya, apabila saya mengorek
semula kuburnya, kukunya sangat panjang
sehinggakan membelit-belit badan mayat tersebut sehingga mencengkam
tanah. Dan, belitan kukunya itu membelit badan mayat sehingga
terkeluar...
TAHAP KEHIDUPAN.....
http://imanuitmk.blogspot.com/2012/02/kisah-pencuri-kain-kapan-yan-insaf.html
0 komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com