DEFINISI YAQAZAH DAN MUSYAFAHAH
Arti yaqazah pada bahasa ialah jaga, sedar, bukan dalam keadaan mimpi,
(yaqiza) Aiy mutayaqqizun: Hazirun: jaga, sedar, berjaga-jaga. –
Mukhtarus Sihah, Asy Syeikh AI Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul
Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al’asriyah, Soida, Beirut. (m.s. 349)
Adapun pengertian yaqazah pada istilah perbahasan ilmu tasawuf ialah bertemu atau berjumpa dengan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dan ia merupakan satu karamah wali-wali Allah.
Arti musyafahah pada bahasa pula ialah berbual-bual antara dua pihak.
(Al Musyafahah) Al Mukhatobah min fika ila fihi. – Mukhtarus Sihah, Asy
Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, AI
Maktabah AI’asriyah, Soida, Beirut. (m.s. 167)
Pada istilah pula ialah
berbual-bual dengan roh Rasulullah SAW atau bersoaljawab atas apa-apa
kesamaran dalam agama atau menerima amalan-amalan tertentu dari baginda.
Yaqazah adalah satu perkara luar biasa yang mencarik adat. Ia menjadi salah satu sumber kekuatan para ulama yang hak dalam mempertahankan kebenaran.
Imam As Sayuti apabila
ingin memasukkan sebuah Hadis ke dalam kitab karangannya akan bertanya
kepada Rasulullah SAW secara yaqazah: “Adakah Hadis ini daripadamu ya Rasulullah?”
Jika Rasulullah SAW membenarkan, barulah beliau merekodkan Hadis tersebut.
Begitu juga berlaku kepada ramai auliya Allah. Ini merupakan satu ‘teknologi’
yang sangat canggih yang tidak mampu dipintas oleh musuh-musuh Islam di
kalangan Yahudi dan Nasrani. Bagaimana mereka ingin memintasnya
sedangkan kekuatan mereka setakat memaksimumkan penggunaan akal. Akal sampai bila pun tidak akan berjaya mengalahkan kekuatan roh.
Inilah senjata kemenangan ulama-ulama dan para pejuang Islam sepanjang sejarah.
Dengan bersungguh-sungguh mengusahakan taqwa, Allah kurniakan kepada
mereka bantuan-bantuanNya secara zahir atau rohani. Di antara
bantuan-bantuan rohani ialah mimpi yang benar, firasat, kasyaf, hatif dan lain-lain. Baca : HIKMAH & ILHAM: Saluran Ilmu Yg Sudah Hilang Dari ULAMA Islam Modern
Bacalah sejarah Tariq
bin Ziad, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh, Mimar Sinan, Imam Al
Ghazali, Imam As Sayuti. Kajilah rahsia kejayaan mereka.
HUKUM YAQAZAH
Yaqazah hukumnya boleh berlaku pada wali-wali Allah sebagai kemuliaan (karamah) yang
Allah kurniakan kepada mereka. la adalah perkara yang mencarik adat
(luar dari kebiasaan) pada logik manusia sedangkan ia masih dalam
lingkungan mumkinat (jaiz) bagi Allah mengadakan atau mentiadakannya.
Perlu diketahui perkara
yang bersalahan dengan adat boleh dibahagikan kepada empat kategori,
berdasarkan di tangan siapa ia terjadi:
1. Mukjizat: berlaku kepada para rasul a.s. sebagai bukti kerasulan mereka untuk mencabar penentang-penentang mereka.
2. Karamah: berlaku kepada kekasih-kekasih Allah (para wali) lambang kemuliaan yang Allah beri kepada mereka.
3. Maunah: berlaku kepada orang-orang mukmin dengan berkat guru atau amalan tertentu yang diistiqamahkan.
4. Sihir: berlaku di tangan orang-orang fasik atau kafir secara istidraj (dalam murka Tuhan).
DALIL BOLEH BER-YAQAZAH
Perlu diketahui dan
difahami, ada banyak ayat-ayat Al Quran yang memberi isyarat tentang
peristiwa yaqazah ini. Kalaulah ia boleh berlaku kepada para rasul a.s.
sebagai mukjizat, ia juga boleh berlaku kepada wali-wali Allah sebagai
karamah.
Dalil pertama:
Pertemuan
Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s. Ketika Rasulullah SAW
dimikrajkan, baginda dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi
Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Oleh
kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran
dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang pertemuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)
Dalil kedua:
Solat
jemaah Nabi SAW dengan para rasul Nabi Muhammad SAW bersembahyang
berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan.
Firman Allah:
Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)
Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:
“Masalah
bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa
para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam tujuh
saf . Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk
nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW
telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”
Dalil ketiga:
Hadis dari Abu Hurairah r.a.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di
dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)
PENGAKUAN ULAMA MENGENAI YAQAZAH
Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:
“Adalah jaiz
(khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat
Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti
lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan
(kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya.”
Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
‘Jikalau seseorang
berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu
perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan
suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya
mengamalkan perintah itu.”
Datuk Seri
Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti
Kerajaan Brunei Darussalam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti,
Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil
Awal1408H, 4 Januari 1988 iaitu:
“Maka nyata dari
kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu
tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu
doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana
telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan
orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah
ertikata fadhailul a’mal. Adapun perkara halal dan haram telah tertutup
dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW
sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini”
Download : yaqazah-fatwa-mufti-brunei
Sila baca kitab-kitab
berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf
Anbahani dan kitab Lathoiful minan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin
Athaillah As Sakandari yang meninggal tahun 709H dan Jami’u Karamatil
Auliya karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya oleh Al Hafiz Abu
Naim dan karangan Al :A’lamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan
lain-lain.”
Rujukan
- Husain Hasan Tomai, Masalah Berjumpa Rasulullah Ketika Jaga Selepas Wafatnya, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Kota Bharu, Kelantan, 1989
- Yusuf An Nabhani, Kisah-kisah keramat wali Allah
Kitab ulama-ulama yang membahas mengenai yaqazah:
- Syeikh Yusuf an Nabhani, Afdalul Salawat
- Syeikh Yusuf an Nabhani, Sa’adah ad-Daraini
- Syeikh Jalaluddin as-Sayuti, Inaratul Halik
- Imam al-Ghazali, Al-Munziqu minal Dzalal
Tambahan artikel dari whasid.wordpress.com :
Apakah Rasulullah SAW masih hidup setelah kematiannya?
Imam Badruddin bin as Shahib mengambil dalil dalam Al Quran:
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang
yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi
Tuhannya dengan mendapat rejeki (QS: Ali Imran: 169).
Rasulullah SAW tentu kedudukannya lebih tinggi dari syuhada yang tentunya lebih berhak untuk keistimewaan itu.
Imam Baihaqi menyatakan dalam kitab Dalailun Nubuwwah: “Para Nabi hidup di sisi Tuhan mereka seperti para syuhada”
Abu Ya’la dalam Musnadnya dan Al Baihaqi dalam kitab Hayatul Anbiya mengeluarkan hadis dari Anas r.a:
Nabi saw bersabda: “Para Nabi hidup di kubur mereka dalam keadaan mengerjakan sholat.”
Apakah dapat menjumpai Rasulullah SAW setelah wafatnya?
Dari Abu Hurairah dari Nabi saw. Beliau
bersabda: “Barangsiapa yang melihatku di dalam tidurnya, maka ia akan
melihat aku di dalam bangunnya (jaga) dan setan tidak bisa menyerupai
diriku” ( Riwayat Bukhari, Muslim, dan Abu Daud)
Dari Abu Hurairah dari Nabi saw. Beliau
bersabda: “Siapa yang melihat aku di dalam tidurnya (mimpi) berarti ia
benar-benar melihatku, sebab setan tidak dapat menyerupaiku” (Riwayat
Bukhari, Muslim dan Turmudzi)
Nabi Bersabda: “Barangsiapa melihat aku,
ia sungguh-sungguh melihat yang benar, sebab setan tidak bisa meniruku
dalam segala hal” (Riwayat Syaikhan)
Dari Abu Hurairah, Nabi Bersabda:
“Buatlah nama dengan namaku dan jangan membuat julukan dengan julukanku.
Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka ia telah melihatku, karena
setan tidak dapat menyerupai bentuk rupaku. Dan barangsiapa yang
berdusta atasku dengan sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempat
duduknya di neraka” (Riwayat Bukhari)
Kisah-kisah orang yang berjumpa dengan Rasulullah SAW setelah wafatnya.
Kisah dari kalangan Sahabat
Sayidina Usman bin Affan
Kisah mengenai Sayidina Usman yang
dikeluarkan oleh Abi Usamah dalam Musnadnya: Diriwayatkan oleh Abdullah
bin Salam berkata: “Saya telah mendatangi Usman bin Affan untuk
menyelamatkannya. Pada saat itu ia sudah terkepung. Usman berkata,
“selamat datang wahai shabiy (anakku), kulihat Rasulullah SAW dari dalam
gubuk ini.” Abdullah bin Salam berkata, “Wahai Usman, orang-orang telah
mengepungmu” Usman menjawab,”Benar. Apakah engkau haus?” Aku menjawab,
“Benar.” Kemudian ia mengambil air seember untukku. Aku pun meminumnya
sampai puas, terasa dinginnya di antara tenggorokan dan dadaku. Lalu ia
berkata, “Jika engkau mau, engkau boleh berbuka bersama kami.” Maka aku
pilih berbuka bersama Nabi. Ternyata hari itu Usman r.a terbunuh.”
Sayidina Ibnu Abbas
Dalam ceritanya, Ibnu Abbas menuturkan:
“Aku merasa tidak sah shalatku sepanjang
hidup kecuali sekali shalat saja. Hal itu terjadi ketika aku berada di
Masjidil Haram pada waktu subuh. Ketika imam takbiratul ihram, aku juga
melakukan hal yang sama.Tiba-tiba aku merasa ada kekuatan yang
menarikku; kemudian aku berjalan bersama Rasulullah SAW antara Mekah dan
Madinah. Kemudian kami melewati sebuah lembah. Nabi bertanya, “Lembah
apakah ini?” Mereka menjawab, “Lembah Azraq.” Kemudian Ibnu Abbas
berkata, “Seolah-olah aku melihat Musa meletakkan kedua jari telunjuk ke
telinganya sambil berdoa kepada Allah dengan talbiyah melewati lembah
ini. Kemudian kami melanjutkan perjalanan hingga kami sampai pada sebuah
sungai kecil di bukit.” Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, “Seolah-olah
aku melihat Nabi Yunus di atas unta yang halus, di atasnya ada jubah wol
melewati lembah ini sambil membaca talbiyah.”
Kisah dari kalangan setelah Sahabat
Syeikh Abdul Qadir Jailani
Syeikh Sirajuddin bin Al Mulqan (wafat
804H/ 1401M) dalam kitabnya Thabaqatul Awliya’ menyebutkan: “Syeikh
Abdul Qadir al Jailani berkata, “Aku melihat Rasulullah SAW sebelum
Zuhur, beliau berkata kepadaku, “wahai anakku, mengapa engkau tidak
segera berceramah?” Aku menjawab, “wahai abatah (ayah), aku adalah
seorang ‘ajam (bukan Arab). Bagaimana aku akan berbicara dengan
orang-orang Baghdad yang fasih-fasih.” Lalu beliau berkata, “bukalah
mulutmu.” Kemudian aku membuka mulutku lalu beliau meludahiku tujuh
kali. Kemudian beliau bersabda, “berbicaralah kepada manusia dan ajaklah
mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan mauizah (pesan-pesan) yang
baik.” Kemudian aku menunaikan sholat zuhur dan duduk, tiba-tiba
berduyun-duyun orang yang banyak mendatangiku, dan aku melihat Sayidina
Ali berdiri di depanku dalam majlis itu. Kemudian Sayidina Ali berkata
kepadaku, “wahai anakku, mengapa engkau tidak segera berbicara?” Aku
menjawab, “Wahai Abatah (ayah), mereka berduyun-duyun datang kepadaku.”
Kemudian dia berkata, “Bukalah mulutmu.” Kemudian aku membuka mulutku,
lalu di ameludahiku sebanyak enam kali, lalu aku bertanya, “Mengapa
tidak engkau sempurnakan menjadi tujuh kali?” Beliau menjawab, “adab
kepada Rasulullah.” Selanjutnya beliau lenyap dari pandanganku. Kemudian
aku berkata, “menyelam dalam pemikiran, kemudian menyelam dalam lautan
hati mencari mutiara-mutiara kaum ‘arifin. Kemudian dikeluarkan ke
pinggir shard (hati), kemudian mengundang agen penerjemah lisan,
dibelinya hal itu dengan nafais isman (nafas-nafas berharga), yakni
baiknya ketaatan di balik-balik yang Allah izinkan untuk di daki.”
Syeikh Abul Abbas al Mursiy (wafat 686H/1287M di Iskandariah)
Dalam kitab al Wahid disebutkan: Adalah
Syeikh Abul Abbas al Mursiy mempunyai wuslah (hubungan khusus) dengan
Nabi SAW. Jika bersalam kepada Nabi SAW, beliau pasti akan membalasnya
dan menjawab ketika berbicara bersama beliau. Syeikh Tajuddin bin
Athaillah (wafat 709H/1309M di Mesir) dalam kitabnya Lathaiful Minan
menceritakan bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Syeikh Abul
Abbas al Mursiy, “wahai Tuanku, jabatlah tanganku ini, sebab engkau
telah bertemu dengna banyak rijal (tokoh-tokoh) dan berkeliling
negeri-negeri yang banyak.” Syeikh Abul Abbas al Mursiy menjawab, “Demi
Allah, belumlah ada yang menjabat tanganku ini melainkan Rasulullah
SAW.” Beliau melanjutkan, “Sekiranyaaku terhijab (terhalangi) dari
Rasulullah SAW sekejap mata pun, tidaklah aku menilai diriku termasuk
orang Islam.”
Syeikh Abdullah ad Dalasi
Syeikh Abdul Ghaffar mengatakan dalam
kitabnya Al Wahid: “salah seorang yang aku ketahui (akan kewaliannya) di
Mekah adalah Syeikh Abdullah ad Dalasi. Ia bercerita kepadaku bahwa ia
merasa semua shalat dalam umurnya tidak sah kecuali sekali shalat saja.
Ia meneruskan, “itu terjadi saat aku berada di Masjidil Haram pada waktu
shalat Subuh. Ketika imam takbiratul ihram dan aku melakukannya,
tiba-tiba ada kekuatan yang menarikku, di sana aku melihat Rasulullah
SAW sedang melakukan shalat sebagai imam, sedang di belakangnya ada
sepuluh orang, kemudian aku menyusul shalat bersama mereka. Hal itu
terjadi pada tahun 673 H. Rasulullah SAW, saat itu, pada rakaat pertama
membaca Surat Al Muddatsir dan pada rakaat kedua membaca surat An Naba’.
Setelah selesai salam, beliau berdoa dengan doa ini:
“Ya Allah jadikanlah kami orang-orang
yang mendapatkan petunjuk dan memberikan petunjuk, bukannya orang yang
sesat lagi menyesatkan, tidak mengharapkan akan kebaikanMu dan tidak
pula merindukan apa yang ada di sisiMu, sebab Engkau yang memberikan
anugerah kepada kami dengan mewujudkan kami, sebelumnya kami tidak ada.
BagiMu-lah segala puji atas semua itu, tidak ada Tuhan selain Engkau.”
Ketika Rasulullah SAW selesai dan
bersalam, bersamaan itu juga imam Masjidil Haram salam, dan aku
menyadari salamnya. Kemudian aku juga melakukan salam.”
Syeikh Prof. Dr Abdus Salam Al Haras (masih hidup, tinggal di Maroko)
Ketika Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi
ke Maroko pada tahun 1986, Abuya berjumpa dengan Syeikh Prof. Dr Abdus
Salam Al Haras di rumahnya. Kemudian beliau bertanya kepada Abuya:
“Kenapa kamu datang ke mari? Kebangkitan Islam di tempat kamu (Malaysia
& Indonesia). Buktinya ialah kamu yang bawa Islam ke mari.” Syeikh
Prof. Dr Abdus Salam Al Haras berkata bahwa Rasulullah-lah yang
memberitahunya sebelum Abuya tiba ke rumahnya itu.
Syeikh Abdul Nasir (masih hidup, tinggal di Mekah)
Syeikh Abdul Nasir dari Mekah datang
menjumpai Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi di Malaysia pada tahun 1996.
Beliau mendapat pesan bahwa orang-orang Imam Mahdi sedang giat
mempersiapkan kedatangan Imam Mahdi. Rasulullah SAW memberitahu bahwa
Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi adalah orang Imam Mahdi yang ada di
Timur.
Syeikh Abu Mus’ab (masih hidup, tinggal di Jordan)
Ketika Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi
berkunjung ke Jordan, beliau berjumpa dengan Syeikh Abu Mus’ab. Kemudian
Syeikh Abu Mus’ab menunjukkan buku catatannya yang bertuliskan:
“Ashaari bin Muhammad pembawa kebangkitan di Timur, akan datang ke
Jordan.” Syeikh Abu Mus’ab mengaku pesan itu didapat dari Rasulullah
SAW.
—————————————————————————————————————————————–
————————————————————————————-
PERSOALAN ROH DAN ROH MUQADASAH
Roh itu kekal
atau dikekalkan, tidak seperti jasad lahir (fizikal) yang akan binasa,
namun jasad para kekasih Allah seperti Rasul, Nabi dan para wali tidak
binasa dan seolah2 masih hidup. Ini adalah satu tanda2 kebesaran Allah
Roh yang
bersih, Allah akan kurniakan rasa yang Tepat atau Firasat. Roh kalau
terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata lahir atau mata kepala,
sebahagian yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya yang dikatakan
mukasyafatul Qulub (kasyaf)
Kejadian
Yaqazah antara para wali dan Rasululah SAW sesudah wafatnya itu yang
menjadi satu isu kontoversi di zaman moden itu adalah sebahagian dari
rahsia alam ghaib. Bila dikatakan alam ghaib, ia tidak termasuk Tuhan,
Tuhan juga ghaib tetapi Tuhan bukannya alam. Tuhan itu tersendiri. Maha
Suci Tuhan daripada menyerupai alam. Alam adalah apa sahaja selain
Tuhan. Alam adalah ciptaan Tuhan dan dinamakan makhluk.Tuhan itu
Pencipta atau Khaliq.
Ghaibnya Tuhan
tidak sama dengan ghaibnya alam. Alam ghaib ini ada beberapa
kategori.Yang tertinggi ialah alam malaikat, kedua alam jin dan ketiga
alam roh muqaddasah. Malaikat diceritakan di dalam Quran dan Hadis. Roh
muqaddasah pula sebenarnya adalah MANUSIA. Muqaddasah itu maksudnya
DISUCIKAN. Roh muqaddasah ialah roh yang disucikan.
Roh muqaddasah
atau roh yang suci ini peranannya lebih kuat dari peranan jasad. Roh
muqaddasah ini dia mutassarif atau aktif, lebih aktif dari fizikalnya.
Roh ini kuat semasa hidupnya umpama Roh Asif Barhiya yang dapat
mengangkat takhta Ratu Balqis, umpama Roh Imam Mazhab yang empat, roh
ulama-ulama muktabar dahulu yang dapat melihat dan bertemu roh
Rasulullah SAW, juga umpama Roh Yazid Bustami RH yang dapat menggandakan
dirinya menjadi ratusan semasa mahu dipanah skuad pemanah,
Roh-roh ini
jika sudah dikeluarkan dari jasadnya, (wafat / meninggal dunia) ia lebih
bebas kerana tidak terkurung dalam sarang fizikalnya. Inilah roh-roh
muqaddasah yang berperanan dan aktif tetapi tidak disedari manusia.
Teknik’ yang
digunakan oleh Allah SWT untuk melakukan yang demikian ( yaqazah ) itu
boleh di’baca’ dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW ini: “Akan datang di
setiap awal 100 tahun seseorang yang akan membaharui Agama (Mujadid).
Dia dapat menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dirosakan oleh
orang-orang yang menghalangnya”
Sudah ada 14
mujadid yang datang di awal kurun hijrah yang sudah berlalu selama 14
kurun, sejak kewafatan Rasulullah. Di antara mereka ialah Imam Syafie
yang datangnya adalah untuk mengaktifkan semula amalan syariat dengan
memperkenalkan kaedah ijtihad. Keluarlah darinya penemuan-penemuan
kaedah baru untuk menghidupkan agama di zamannya. Pendekatan secara
ijtihad ini adalah khusus untuk kaum di zaman itu. Penemuan kaedah ini
janganlah kita anggap hasil akal fikiran atau hasil pengajiannya di alam
dunia beliau di zamannnya.
Sebenarnya bila
Allah SWT dan Rasulullah SAW isytiharkan adanya mujadid disetiap awal
kurun ertinya mujaddid itu adalah bikinan dan ciptaan Allah SWT dengan
Rasulullah SWT sebagai perantara, di mana monitornya adalah Allah
menerusi perantaraan Rasulullah SAW-lah yang mengajarkan mujaddid itu
untuk melakukannya, begini, begini samada secara langsung ( yaqazah)
beserta/atau berupa ilham yang dicampakkan ke dalam hati.
Roh Rasulullah
SAW diizinkan Allah untuk hadir (Yaqazah) lalu ‘mengajarkan’ melalui
ilham yang jatuh ke hati para mujadid. Hakikatnya Rasulullahlah yang
melakukan tugasannya sebagai Nabi akhir zaman untuk menghidupkan agama
Islam atau Al Quran dan As Sunnah setiap 100 tahun sekali. Tetapi
mengapakah kaedah ini yang diambil Tuhan?
Allah mahu
menunjukkan kuasaNya yang Maha Agung itu terhadap Nabi Muhammad yang
mana roh Nur Muhammad itu adalah lebih dominan daripada fizikalnya. Ia
kekal wujud sejak awal-awal diciptakan sebagai ciptaan paling utama,
hinggalah mampu berperanan sebagai mahluk paling akhir yang akan
dimatikan. Ajaran Nur Muhamad akan terus menguasai dan akan bangkit
sekali lagi untuk memerintah dunia seluruhnya. Grand design oleh Allah
SWT dan Rasul ini adalah percaturan paling licik Allah untuk membuatkan
musuh-musuhNya akhirnya menyerah diri kepada Allah dan menerima agama
Muhammad.
Mujadid-mujaddid
yang datang untuk kurun-kurun mereka dihantar oleh Allah dan Rasul dan
dibekalkan kekuatan untuk menghidupkan agama Allah dan Rasul kepada
kaumnya semula. Contohnya Imam Ghazali mampu menyatukan semula syariat,
tasawuf dan tauhid yang sudah terpisah-pisah. Gabungan tiga bidang ilmu
yang dibuat dalam Al Quran dan Hadits oleh Allah dan Rasul terpecah
dalam beberapa kurun kemudiannya. Lalu tanggungjawab Allah dan Rasulllah
yang membetulkan semula kerosakan itu dengan cara menghantar orangnya
selaku mujaddid.
Cuba anda fikir
kepada para orangNya,masakan Allah dan Rasul tidak punya apa-apa
hubungan, sedangkan misi mujaddid sepertimana hadis tersebut ialah misi
Allah dan Rasul.
Selain Imam
Syafie dan Imam Al Ghazali, Imam Abu Hassan Asy Syaari pula
mengeluarkan kaedah pengajaran ilmu tauhid secara falsafah. Terkenal
kaedahnya sebagai ilmu sifat 20. Imam Fakhruddin Ar Razi menghuraikan
cara bagaimana mentafsirkan Al Quran. Imam Sayuti menghuraikan bagaimana
imam mujtahid berijtihad. Demikianlah karamah-karamah besar yang Allah
rezekikan kepada setiap mujaddid yang datang…semuanya memperbaharui
agama di awal setiap kurun. Ini adalah mukjizat Nabi Muhammad yang
sangat besar yang berlaku selepas wafatnya baginda. Mujaddid-mujaddid
itu sebenarnya roh mereka ’bersama’ roh Rasulullah SA W.
Para mujaddid
adalah seperti para nabi di zaman tiada nabi. Yaitu peranannya bukan
membawa syariat baru. Mereka menyampaikan syariat Rasulullah untuk
setiap seratus tahun sekali. Supaya setiap umat sepanjang 1oo tahun
mendapat sentuhan Nabi mereka melalui mujaddid. Demikianlah rahmat dan
keadilan Allah. Supaya setiap orang diberi peluang untuk selamat dari
api neraka.
Sesiapa yang
hidup di zaman adanya petunjuk samada Rasul, nabi dan mujaddid tapi
tidak mengikut petunjuk maka bersiap-siaplah untuk mendapat pembalasan
Tuhan.
http://aboutmiracle.wordpress.com/2011/10/21/yaqazah-teknologi-roh-para-kekasih-allah/
0 komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com