Apabila
seseorang itu mati, dia akan ditanamkan. Ada setengah-setengahnya
dibakar, namun hakikamya adalah ditanam juga dan tetap menuju ke alam
barzakh juga. Bagi umat Islam, setiap yang telah mati adalah ditanam.
Begitu juga sebahagian dari orang-orang kafir. Dan apabila seorang itu
telah ditanam atau dikebuminkan, mana-mana yang mempercayai talqin akan
membacakan talqin ke atasnya tetapi mana-mana yang tidak mempercayai
talqin, mereka yang menghantarkan seseorang yang telah mati itu ke
kubur akan pulang, tidak kira sama ada dia suaminya atau anaknya atau
isterinya atau siapa saja. Tidak ada siapa yang mahu menunggu lama-lama
di atas kubur tadi. Maka akan tinggallah seseorang yang telah mati itu
tadi berseorang diri di dalam kubur yang sempit lagi gelap gulita itu.
Menurut
satu riwayat hadis Rasulullah SAW, kibaran pakaian orang-orang yang
hidup di atas kubur ketika meninggalkan kubur si mati setelah upacara
pengkebumian selesai, dapat didengar oleh mayat yang terkujur di dalam
tanah itu. Dan setelah beberapa langkah mereka meninggalkan mayat orang
yang telah dikebumikan tadi, Allah SWT meniupkan semula roh si mati
tadi ke dalam jasadnya. Ketika itu, mayat tadi pun terkejut dan bingkas
bangun. Ada satu riwayat dari Syeikh Ibnu Hajar Haitami, roh yang
dikembalikan oleh Allah SWT kepada mayat itu hanya kepada sebahagian
badannya saja iaitu dari punggung ke atas.
Kemudian,
setelah roh ditiupkan semula oleh Allah SWT kepada si mayat, dia pun
hidup semula. Ketika itu datanglah dua orang malaikat yang bernama
Mungkar dan Nakir untuk menyoal si mayat tadi. Adapun Mungkar dan Nakir
ini akan hadir kepada setiap yang mati sama ada dia mukmin atau kafir,
sama ada mukmin yang ahli syurga atau pun mukmin yang derhaka, yang
munafik, yang musyrik dan sebagainya. Dan Mungkar dan Nakir ini ialah
dua orang malaikat yang tidak siapa pun pernah melihat rupanya,
walaupun Rasulullah SAW. Dengan sebab itu, tidak siapa pun kenal dan
tahu akan kedua malaikat ini. Sebab itulah mereka berdua dinamakan
Mungkar dan Nakir. Walau bagaimana pun keadaan kedua orang malaikat ini
dapat digambarkan juga oleh ulama-ulama yang jiwa mereka siici dan
bersih yang mana mereka itu sentiasa dalam pimpinan Allah SWT. Walau
pun kedua malaikat malaikat Mungkar dan Nakir tidak pernah dilihat oleh
sesiapa pun, tidak seperti malaikat- malaikat lain umpamanya Jibril
dan Mikail yang mana kedua mereka itu pernah dilihat oleh Rasulullah
malah Jibril adalah yang selalu bertemu dengan Rasulullah sama ada
dalam rupanya yang asal mahupun dalam rupa menyamar, namun ada
riwayat-riwayat hadis yang menggambarkan keadaan Mungkar dan Nakir itu.
Di
dalam satu riwayat hadis menceritakan bahawa muka Mungkar dan Nakir
ini adalah amat hitam dan legam lagi kebiru-biruan. Mukanya itu adalah
terlalu besar dan lebar. Selain dari itu, jasadnya juga adalah hitam
legam serta kebiru-biruan. Mata Mungkar dan Nangkir ini adalah merah
menyala seperti sebiji periuk tembaga. Di dalam satu riwayat lain, mata
Mungkar dan Nakir itu dikatakan seperti kilat yang menyambar,
bersinar-sinar lagi tajam. Begitu juga keadaan matanya hinggakan tidak
ada siapa pun yang boleh menatap matanya itu.
Suara
kedua malaikat itu adalah seperti guruh halilintar yang membelah
langit malah lebih dahsyat dari itu lagi. Kemudian, apabila malaikat
ini bersuara ketika menyoal si mati dari golongan orang-orang yang
mukin tetapi derhaka kepada Allah seperti orang yang mengaku mukmin
tetapi tidak sembahyang, tidak puasa, tidak bersedekah, tidak naik haji
bila cukup syarat, tidak mahu menunaikan perintah-perintah Tuhan malah
melakukan larangan-larangan Tuhan seperti minum arak, main judi,
bergaul bebas, berzina, mendedah aurat dan lain-lainnya dan juga
bersuara kepada orang-orang munafik, orang kafir serta orang-orang
musyrik, keluar dai mulut kedua malaikal itu suatu api yang menyambar
dan membakar mayat-mayat tadi.
Cuba
kita bayangkan keadaan mayat yang keseorangan diri di dalam alam kubur
atau alam barzakh tadi, tiada teman dan taulan, tiada sanak saudara,
tiada pangkat dan darjat dan sebagainya. Semua itu sudah tinggal di
dunia dan yang akan mengiring mayat ke dalam kubur hanyalah amal soleh
yang akan menjadi pembela di dalam segala perbicaraan. Kalau ada amal
soleh, maka akan terselamatlah kita di dalam persoalan-persoalan kedua
malaikat tadi tetapi kalaulah amal tholeh saja yang mengiring atau amal
jahat, maka akan musnahlah si mayat. Dalam keadaan demikian terpekik
terlolonglah si mayat seorang diri, tidak ada siapa yang tahu dan tidak
ada siapa yang mendengarnya.
Dalam
kita membayangkan keadaan mayat di dalam kubur tadi, janganlah kita
bayangkan keadaan seperti lubang kubur yang kita korek pada ketika
hendak menanamkan mayat. Alam barzakh atau alam kubur, bukanlah seperti
liang lahad yang kita korek untuk kita tanamkan si mayat. Ia adalah
satu alam yang lain, yang terpisah dari alam nyata ini. Lubang kubur
yang kita korek tadi hanya tempat kita hendak menyimpan mayat. Ia masih
di alam nyata iaitu di muka bumi.
Pendek
kata, kalau kita korek semula lubang kubur tadi, kita tetap dapat
melihat mayat yang kita tanamkan, terbujur baring dengan dibaham oleh
ulat-ulat dan cacing hingga seluruh tulang dan daging reput menjadi
tanah. Oleh yang demikian, bukan itu yang sebenarnya berlaku kepada si
mayat di alam kubur. Yang sebenarnya berlaku ialah, mereka sudah
berpindah ke alam barzakh sambil menunggu hari Pembicaraan di padang
Yaumal Mahsyar nanti. Jadi, di alam barzakh tempat setiap orang yang
sudah mati itu menunggu itulah, mereka masing-masing akan bertemu dengan
malaikat Mungkar dan Nakir yang keadaan mereka berdua itu seperti yang
digambarkan di atas tadi. Seterusnya, di tangan mereka terdapat
pemukul daripada besi atau cemeti besi yang mana pemukul mereka itu
kalau digunakan untuk memukul bukit-bukit dan gunung di dunia ini, akan
hancur luluh semuanya. Kalaulah gunung-ganang dan bukit bukau yang
begitu kuat boleh hancur berderai, bayangkanlah pemukul yang sama itu
digunakan kepada jasad si mati yang lemah longlai itu. Apakah daya
upaya si mayat tadi untuk mempertahankan dirinya. Tidak ada daya upaya.
Cemeti besi yang begitu dahsyat yang menurut satu riwayat lain, kalau
berhimpun seluruh umat yang melontar Jumrah di Mina sekali pun cemeti
itu tidak terdaya untuk dipikul, tetap akan menghempap ke jasad si
mayat yang lemah dan kerdil tadi.
Cubalah
kita bayangkan azabnya penderitaan si mayat bila dilibas oleh cemeti
besi yang dibawa oleh Mungkar dan Nakir. Kalau kita mati dengan membawa
amal tholeh, amal jahat, amal perbuatan yang sentiasa derhaka kepada
Allah SWT, kita tidak akan dapat lepas daripada berhadapan dengan kedua
malaikat Mungkar dan Nakir. Setiap mukallaf iaitu yang akil lagi
baligh, kalau tidak melaksanakan segala suruhan Tuhan dan menjauhkan
segala laranganNya, azab yang didatangkan oleh kedua Mungkar dan Nakir
akan menimpa dirinya. Orang-orang yang derhaka kepada Allah SWT, tidak
mengerjakan suruhanNya dan tidak menjauhkan laranganNya, dia tidak boleh
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh kedua malaikat tadi.
Setiap persoalan yang tidak boleh dijawab, kedua malaikat tadi akan
menjalankan penyeksaannya tanpa belas kasihan. Sekali pukul, akan hancur
seluruh jasad si mayat dan sakitnya terasa hingga ke hati. Kemudian,
jasad itu akan bercantum semula kerana di alam akhirat seseorang tidak
akan mati lagi. Apabila bercantum semula jasad si mati, pemukul besi
Mungkar dan Nakir akan melibas lagi ke dirinya. Dan begitulah seterusnya
penyeksaan ini berlaku hingga ke hari kiamat iaitu ketika semua
manusia dibangkitkan kembali oleh Allah SWT dengan tiupan sangkakala
yang kedua. Sebab itulah, kita hendaklah memikirkan dan menghayati
kebenaran ini dengan sungguh-sungguhnya hingga terasa gerun dan gentar
untuk berhadapan dengan peristiwa di alam kubur kelak.
Persoalan-persoalan yang dihadapkan oleh Mungkar dan Nakir kepada kita
adalah merupakan persoalan Ketuhanan, Keimanan dan Keyakinan. Hal-hal
yang demikian, termasuk yang kita pelajari ini, hendaklah kita fahami
dan kita hayati sungguh-sungguh serta kita laksanakan di dalam
kehidupan kita semasa kita boleh lagi menyedut udara Allah di dunia
ini, semasa kita masih lagi boleh makan sup ayam, makan sate dan
sebagainya. Kalau hala-hala yang bersangkutan dengan Ketuhanan dan
Keimanan dapat kiga hayati dan kita amalkan sungguh-sungguh dan dapat
menjadi pegangan dan keyakinan kita hingga di saat kita berhadapan
dengan sakaiatul maut, kita akan terlepas dari azab Mungkar dan Nakir,
walaupun kita akan berhadapan dengan keduanya, dengan menyaksikan
tongkat besi mereka, suara mereka yang begitu hebat dan dahsyat dan
sebagainya. Namun, kita tetap tenang tanpa takut dan gentar.
Malah
bagi mukmin yang sejati, mukmin yang taat menjalankan setiap perintah
Tuhan, mukmin yang ketika di dunia mengerjakan amal-amal soieh serta
amal- amal yang akan dinilai Tuhan sebagai amal yang layak diberi
ganjaran pahala, ketika kedua Mungkar dan Nangkir datang bertanyakan
diri, mereka akan berkata-kata dengan suara yang lemah lembut walaupun
rupanya begitu hebat dan gagah tadi. Walau pun rupa mereka begitu
mengerikan, tetapi kerana mereka bersuara dengan lemah lembut, sedikit
pun tidak mendatangkan gentar dan khuatir kepada mayat mukmin yang soleh
tadi. Bila kedua Mungkir dan Nakir bertanya kepada mayat mukmin yang
soleh tadi, setiap soalannya dapat dijawab. Semua persoalan yang di-
kemukakan seperti yang kita dengar melalui pembacaan talqin seperti,
“Siapa Tuhan kamu?” “Siapa penghulu kamu?” “Apa agama kamu?” “Siapa imam
kamu?” dan sebagainya, semua itu dapat kita jawab dengan lancar dan
dengan lidah yang fasih. Inilah yang berlaku kepada orang mukmin yang
sejati.
Sebaliknya, orang mukmin
yang derhaka, mukmin yang mati membawa amal-amal jahat, mukmin yang
mati membawa hati yang kotor yang berselaput dengan sifat riak,
sombong, takabur, hasad dengki, gila dunia, kedekut, bakhil, pemarah,
pembengis dan lain-lain sifat keji, dia tidak akan dapat menjawab
persoalan-persoalan yang walaupun nampaknya mudah saja. Persoalan
seperti “Siapa Tuhan kamu?” tentu nampaknya mudah saja dijawab kerana
mungkin di dunia kita telah menyebut nama Tuhan di dalam wirid zikir
jutaan kali. Tetapi oleh kerana kita mati dengan ntembawa amal jahat,
amal yang derhaka kepada Tuhan, amal yang dilarang dan diharamkan oleh
Allah SWT sama ada yang Iahir mahupun yang batin, persoalan yang mudah
seperti “Siapa Tuhan kamu?” tidak akan dapat dijawab. Allah SWT tidak
mengizinkan orang-orang yang derhaka, ingkar dan mungkar menyebut
namaNya ketika di akhirat nanti. Allah tidak akan mengizinkan orang
yang mengaku dirinya Islam tetapi tidak taat kepada suruhan yang
terkandung di dalam ajaran Islam menyebut namaNya ketika di akhirat
nanti Allah akan kunci mati mulutnya.
Begitu
juga. dia tidak akan dapat menjawab penanyaan. “Siapa penghulu kamu?”
dengan mengatakan “Muhammad nabi aku” kerana di dunia dia tidak
menjalankan disunnahkan oleh Rasul. Walaupun di dunia dia menyambut hari
keputeraan Rasul, telah membaca sejarah Rasul dan sebagainya, tetapi
kerana dia tidak ikut sunnah Rasul. tindak tanduknya setiap hari tidak
sesuai dengan apa yang Rasul suruh dan apa yang Rasul larang, maka di
akhirat nanti dia tidak boleh menyebut Muhammad itu pesuruh Allah nabi
yang menjadi ikutan kita.
Begitu
juga, orang mukmin yang derhaka kepada Allah, dia tidak boleh menjawab
soaian “Siapa imam kamu?” Soalan ini nampaknya rnudah tetapi bukan
mudah bagi mukmin yang derhaka kerana dia tidak faham maksud imam di
sini. Imam yang dimaksudkan ialah Al Quran. Dia nanti tidak boleh
menyebut Al Quran kerana di dunia dia hanya tahu apa itu Al Quran tetapi
hidupnya tidak disuluh dengan Al Quran. Kehendak Al Quran tidak
diikuti sepenuhnya. Boleh jadi kita ikul setengah darinya tetapi yang
setengah lagi kita tidak ikut. Kerana ini, orang yang demikian tidak
akan dapat menjawab “Al Quran itu imamku”. Malah orang yang demikian,
Allah sebut di dalam Al Quran, maksudnya: Apakah kamu beriman dengan
sebahagian daripada kitab (iaitu Al-Quran) dan kufur dengan sebahagian
yang lain (iaitu engkar). Tidaklah ada balasannya bagi orang yang
berbuat demikian melainkan hina hidupnya di dunia dan di akhirat dia
akan dikembalikan kepada azab yang amat dahsyat. Allah tidak
sekali-kali lalai daripada apa yang kamu buat”
Dan
bagitu jugalah dengan soalan-soalan yang lain, walaupun nampaknya
mudah tetapi bagi orang-orang yang durhaka kepada Allah, lidahnya kelu
dan Allah kunci mati mulutnya hingga tidak boleh berkata apa-apa lagi.
Mungkar dan nangkir akan mengazabnya dengan azab yang amat dahsyat.
Sebaliknya,
bagi orang mukmin yang soleh, yang taat kepada perintah Allah dan
Rasul yang mengatur setiap aspek kehidupannya mengikut Al-Quran dan
Sunnah dari aspek yang sekecil-kecilnya hinggalah ke aspek yang
sebesar-besamya, mereka-mereka ini dapat menjawab dengan mudah setiap
soalan yang ditanya oleh Mungkar dan Nakir. Apabila semua soalan itu
telah dijawab, maka malaikat Mungkar dan Nakir pun mempersilakan mayat
tadi berehat di satu kawasan yang sangat luas. Kemudian malaikal pun
berkala, “Tidurlah kamu di sini sebagai tidur pengantin”. Yang
dimaksudkan ialah tidur yang penuh dengan keindahan dan keseronokan yang
dinikmati di alam barzakh bagi orang mukmin soleh adalah lebih dari
keindahan malam pengantin. Nikmat-nikmat kehidupan di dalam Syurga Allah
hantarkan melalui malaikat-malaikat untuk mereka.
Bagi
orang-orang munafik dan orang kafir serta mukmin yang derhaka pula,
malaikat-malaikat Mungkar dan Nakir akan berkata dengan mereka dengan
muka yang menggerunkan serta dengan suara yang kasar hingga si mayat
terketar-ketar dan takut. Kehidupan mereka ini di alam barzakh sentiasa
penuh dengan ketakutan yang tidak terhingga. Kepada siapa pun dia
tidak boleh meminta pertolongan sama ada kepada sanak-saudara, sahabat
handai ataupun kepada anak isteri. Masing-masing tidak boleh mendengar
jerit-pekik si mayat tadi. Yang mendengar hanyalah binatang-binatang
seperti ayam itik, kambing, lembu dan sebagainya.
Adapun
azab dan derita yang diberikan kepada orang-orang kafir, orang munafik
dan orang-orang mukmin yang derhaka akan berterusan hingga ke hari
Qiamat. Cuma bagi orang mukmin yang derhaka kerana dia mati membawa
iman, azab yang diterimanya sekali-sekala Allah rehatkan juga. Walaupun
azabnya berlaku hingga ke hari Qiamat, tetapi ada ketika-ketikanya
orang-orang mukmin yang derhaka itu direhatkan iaitu bila datang malam
Jumaat dan bila datang bulan Ramadhan. Selain dari itu, mukmin yang
derhaka ini akan juga mendapat keringanan azab apabila kaum keluarga
atau sanak-saudara serta anak isteri di dunia yang masih hidup ingat
kepada si mati dan mengirimkan doa serta sedekah jariah yang pahalanya
dikasadkan atau disedekahkan kepada si mati. Malah, kalau kiriman yang
sepenuhnya diperolehi oleh si mati daripada mereka-mereka yang masih
hidup terutamanya dari anak-anak yang soleh, kemungkinan azab atau siksa
yang diterima akan diberhentikan terus. Inilah peluang yang diberikan
oleh Allah SWT kepada orang-orang yang mati sebelum hari Qiamat iaitu
peluang untuk mereka singgah dan berihat di alam barzakh di samping
boleh menerima kiriman-kiriman pahala dari mereka-mereka yang masih
hidup terutamanya dari waris-waris si mati.
Doa,
wirid zikir, baca Al Quran, sedekah tahlil, Yasin dan sebagainya,
kecuali amal-amal yang fardhu, semuanya itu boleh dikirimkan kepada
mereka-mereka yang telah mati lebih dahulu dengan mengkasadkan atau
meniatkan pahalanya disedekahkan kepada mereka. Mereka akan
dilonggarkan daripada azab yang diterima dan kalau pahala yang sepenuh
diterima, boleh jadi azab yang diterima itu dihentikan langsung. Jadi,
sebagai anak atau sebagai isteri atau sebagai suami yang sanak saudara
masing-masing telah kembali ke alam barzakh terlebih dahulu, eloklah
meniatkan amal-amal bakti yang bukan fardhu agar pahalanya disedekahkan
kepada mereka. Malah bukan saja kita sedekahkan pahalanya kepada sanak
saudara kita yang lelah meninggal lebih dahulu, kita juga meniatkan
sedekahnya kepada seluruh orang mukmin lelaki dan perempuan.
Sebenarnya,
dengan kita mengkasadkan atau meniatkan pahala amal soleh kita kepada
orang-orang mukimun yang telah mati lebih dahulu, kita masih lagi
mendapat pahalanya. Janganlah kita khuatirkan yang kalau kita
sedekahkan pahala amal kita itu kepada sanak saudara serta seluruh
orang mukmin yang telah mati, kita tidak mendapal apa-apa pahala lagi.
Sebenar, kita tetap juga menerima pahalanya disamping kita dinilai oleh
Allah sebagai orang yang tidak kedekut dengan pahala dan kedekut dengan
amal. Kita boleh bersikap tamakkan pahala atau mengaut sebanyak pahala
yang boleh tetapi kita tidak boleh kedekut dengannya. Hendaklah kita
dedahkan kepada siapa saja yang sudah mati sama ada mereka orang soleh
ataupun orang yang derhaka.
Seterusnya,
selain dari siksa-siksa yang diterima oleh seseorang yang telah mati
dalam keadaan derhaka kepada Allah SWT seperti yang kita sebutkan tadi,
ada lagi siksa-siksa yang berbagai-bagai jenis yang juga akan diterima
oleh si mati. Di antaranya ialah sepertimana kata Rasulullah di dalam
sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Abi Said AL Qudri, katanya, “Aku
dengar Rasulullah SAW bersabda, (maksudnya). Terjemahan : Allah SWT
telah mengirimkan kepada orang-orang kafir (termasuk juga orang-orang
munafik dan orang mukmin derhaka) 99 ekor ular yang besar-besar dan
ular-ular itu akan menggigit dan mengetit dengan amat bisanya ke atas
mayat itu hingga ke hari Qiamat. Jika sesekor dari ular itu datang ke
atas muka bumi lalu menghembuskan nafasnya yang bisa itu ke muka bumi
ini, nescaya tidak ada satupun yang akan tumbuh di muka bumi ini.
Begitulah
dahsyatnya siksa yang akan diterima oleh orang-orang munafik,
orang-orang kafir serta orang-orang mukmin yang derhaka ketika berada
di alam kubur. Bukan saja ular-ular itu besar dan meng- gerunkan, malah
ia akan mengetit dan menggigit dengan gigitan yang berbisa sekali.
Diibaratkan bahawa kalau hembusan nafasnya yang bisa itu ditiup ke muka
bumi, nescaya tidak ada satu tumbuhan pun yang dapat hidup di muka
bumi ini.
Lagi satu siksa yang
diterima oleh mayat yang derhaka kepada Allah di dalam kubur ialah
siksa himpitan kubur. Kubur yang sempit itu akan menghimpit mayat
hingga berselisih tulang-tulang rusuk. Kubur akan menghimpit si mayat
apabila dia tidak dapat menjawab soalan- soalan yang ditanya oleh
malaikat Mungkar dan Nakir. Selain dari itu, azab yang akan diterima
oleh si mayat di alam kubur ialah azab yang didatangkan oleh malaikat
ketika salah satu dari pintu neraka dibukakan. Api dari pintu neraka
itu akan menyembur dan menuju ke alam bareah tempat mayat itu disiksa.
Jadi, di alam barzakh lagi, manusia sudah menerima sebahagian kecil
daripada azab api neraka. Sepertimana yang telah kita sebutkan, bagi
orang-orang mukmin yang sejati atau orang-orang mukmin yang soleh, dia
terlepas dari sebarang siksa kubur hatta malaikat Mungkar dan Nakir
yang begitu ganas dan garang pun menjadi lemah lembut dengan mereka.
Bagi mereka, alam barzakh ialah tempat mereka berehat dengan penuh
keindahan dan kenikmatan. Allah datangkan untuk mereka nikmat-nikmat
yang banyak sepertimana nikmat di dalam Syurga. Setengah daripada
nikmat untuk mereka ialah Allah perluaskan kubur mereka hingga 70 hasta
lebar. Dan kemudian Allah panjangkan kubur itu sehingga 70 hasta
panjang. Maka berehatlah si mayat di dalam rumahnya yang begitu lebar
dan luas sehingga ke hari qiamat.
Setelah
Allah perluas dan Allah perpanjangkan kubur orang soleh, Allah bukakan
salah satu daripada pintu Syurga. Maka mengalirlah sebahagian daripada
nikmat Syurga termasuk makanan yang ]azat-lazat, rasa keseronokan dan
keindahan yang tidak terkira dan lain-lain nikmat Syurga. Cuma
ulama-ulama tidak pernah menyebut tentang nikmat bidadari Syurga bagi
mereka yang berehat di alam barzakh. Begitu juga, di alam barzakh tidak
ada pelayan-pelayan sepertimana yang terdapat di dalam Syurga.
Ertinya, di alam barzakh, masing-masing adalah bersendiri sahaja. Walau
pun bersendirian, tetapi dia masih seronok dan gembira. Hidupnya di
alam barzakh penuh bergemerlapan, diterangi oleh cahaya-cahaya dan
suasana Syurga. Cahaya yang meneranginya di alam kubur adalah dari
lampur yang cantik dan mdah, memberikan dia rasa yang nyaman tidak
panas dan tidak juga sejuk.
Kemudian
Allah datangkan kepadanya salah satu daripada pohon syurga. Maka
adalah baginya buah-buahan yang lazat-lazat di samping ada air yang
mengalir. Yang demikian, kata ulamak, jadilah suasana di alam barzakh
bagi orang-orang mukmin yang soleh seperti suasana malam bulan pumama
setiap saat dan ketika sehinggalah dia dihimpunkan di padang Yauma
Mahsyar kelak.
Demikianlah
serba sedikit gambaran terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada
manusia di alam barzakh atau di dalam kubur sama ada yang telah
berlaku iaitu bagi mereka-mereka yang telah mati lebih dahulu dari kita
ataupun yang akan berlaku ke atas kita-kita semua apabila kita mati
kelak. Dan pada masa ini, peristiwa-peristiwa itu sedang menimpa
mereka-mereka yang berada di alam barzakh. Khususnya bagi orang-orang
munafik dan orang-orang kafir, mereka ini sedang menerima siksa dan
az.ab yang tidak henti-hentinya.
Begitu
juga bagi bagi orang-orang mukmin yang derhaka, irigkar dan mungkar
terhadap perintah-perintah Allah yang ketika di dunia dulu mengakui
Islam tidak mahu hidup menurut yang dikehendaki oleh Islam tetapi
sebaliknya lebih suka hidup menurut cara-cara yang lain dari Islam
seperti cara orang Yahudi, cara orang Nasrani, cara orang barat, cara
orang timur dan sebagainya, maka bagi mereka ini juga kini sedang
menerima azab siksa kubur yang keadaannya adalah seperti azab di dalam
neraka Allah.
Cuma, bagi orang
mukmin yang sebenar-benarnya iaitu orang mukmin yang taat mengerjakan
perintah Allah, membuat perkara yang disuruh sama ada yang fardhu
mahupun yang sunat dan meninggalkan perkara yang dilarang dan yang
diharamkan oleh Allah SWT, sama ada yang haram ataupun mereka yang
makruh, bagi mereka ini alam barzakh ataupun alam kubur adalah tempat
mereka berehat dan tempat mereka menenangkan hati. Kini mereka sedang
menikmati sebahagian daripada nikmat-nikmat Syurga yang Allah
anugerahkan kepada mereka.
Kita
yang masih hidup ini hendaklah menjadikan cerita-cerita yang
diriwayatkan dari hadis-hadis sahih Rasulullah SAW ini mengenai
peristiwa alam kubur sebagai satu pengajaran yang wajib kita pegang dan
kita yakini supaya kita dapat mengatur langkah-langkah yang wajar bagi
mengelakkan diri kita daripada siksa dan azab di alam barzakh. Caranya
ialah dengan benar-benar menyusun dan mengatur setiap aspek kehidupan
ini mengikut yang dikehendaki oleh ajaran Islam, ajaran Allah dan Rasul
serta ajaran Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Sama ada dalam kita
mengatur diri kita, dalam kita mengatur rumah-tangga kita, dalam kita
mengatur anak isteri kita,”dalam kita mengatur usaha ikhtiar kita, dalam
kita mencari rezki, mencari ilmu pengetahuan dan lain-lainnya,
semuanya itu hendaklah mengikut yang dikehendaki oleh Al Quran dan
sunnah. Setiap aspek kehidupan kita itu mestilah menurut ajaran Islam,
barulah kita akan terselamat di akhirat nanti.
Kemudian,
satu peristiwa lagi yang berlaku kepada semua manusia di alam barzakh
ialah ketika telah tamat riwayat alam zahir ini ataupun alam dunia ini.
Ketika itu, Allah akan perintahkan kepada malaikat bernama Israfil
untuk meniup Sangkakala yang pertama yang akan mematikan seluruh isi
langit dan isi bumi dengan kematian yang amat mengejut. Datangnya
tiupan Sangkakala yang pertama mi amat menakutkan setiap yang masih
hidup hingga ke saat itu kerana bunyinya yang amat dahsyat yang tidak
pemah didengar oleh setiap makhluk selama itu. Tidak satu pun makhluk
yang bernyawa dapat terselamat. Semuanya akan mati termasuklah iblis
dan syaitan yang sentiasa mengajak dan menarik manusia melakukan
maksiat.
Jadi, riwayat iblis yang
engkar dan derhaka kepada Allah SWT, yang bersumpah untuk memusnahkan
manusia dan meminta agar dipanjangkan umurnya, berakhir dcngan tiupan
Sangkakala yang pertama ini. Riwayat kejahalan iblis sepertimana yang
kita ketahui bermula dari nenek moyang kila Nabi Adam AS dan isterinya
Siti Hawa. Iblis dapat masuk ke dalam Syurga dan menghasut isteri Nabi
Adam melakukan satu kesalahan hingga menyebabkan mercka disingkir
keluar dari Syurga ke alam dunia yang hina dina ini. Perbuatan iblis
telah menyebabkan Nabi Adam dan isterinya terpisah selama lebih kurang
40 tahun di atas bumi yang tandus dan gersang sehinggalah mereka
bertemua kembali di Padang Aralah. Cuma, apa yang berlaku kepada Nabi
Adam dan isterinya adalah hikmah besar kepada umat-umat yang akan
terjadi sclepas dari itu. Perlakuan Nabi Adam dan isterinya yang
bertemua di Padang Arafah telah menjadi syariat kepada setiap umat
Islam selepas itu supaya berhimpun di Padang Arafah pada hari 9
zulhijjah.
Daripada penipuan iblis
buat pertama kali yang berlaku kepada Nabi Adam dan isterinya itu,
seterusnya berlakulah penipuan-penipuan yang lain kepada umat manusia
hinggalah ke saat tiupan Sangkakala yang pertama tadi. Telah ramailah
manusia yang tertipu dan terjebak ke dalam perangkap jahat iblis dan
syaitan. Terlalu ramailah manusia yang berjaya ditipu dan dihasut oleh
iblis serta anak-anak buahnya yang begitu ramai sekali. Buktinya, lebih
dari 3/ 4 umat manusia adalah yang kafir, yang munafik dan yang
derhaka kepada Allah SWT kerana telah berjaya dipesongkan akidah mereka
oleh iblis dan syaitan. Jadi, iblis dan syaitan begitu panjang sekali
umurnya yang hidup di kalangan umat manusia. Ketika hidupnya, setiap
manusia telah dihasut dan digoda hingga jatuh ke dalam perangkapnya.
Hatta isteri para Rasul dan para Nabi yang kemudian dari Nabi Adam pun,
banyak yang tertipu daya oleh iblis dan syaitan. Malah isteri
Rasulullah pun, cemas-cemas juga terperangkap dengan hasutan iblis dan
syaitan. Sebab itulah, isteri-isteri kita hendaklah berhati-hati kerana
hasutan iblis dan syaitan adalah terlalu halus dan bijak. Kalau isteri
Rasul-rasul pun boleh terperangkap, apa lagilah dcngan isteri-isteri
kila yang imannya lemah dan longgar. Mudah sekalilah lblis dan syaitan
menggoda mereka.
Malah, bukan saja
para isteri dan para kaum perempuan saja yang perlu berhati-hati
terhadap godaan iblis dan syaitan ini, para-para suami dan kaum lelaki
juga wajib ber- hati-hati dan hendaklah sungguh-sungguh berusaha
melawan kehendak iblis dan syaitan, melawan nafsu dan ikhlas beribadah
kepada Allah SWT. Yang demikian sahajalah syaitan akan takut dan akan
lari daripada kita. Hendaklah kita faham dan perhatikan sungguh-sungguh
tipu daya syaitan ini ialah dengan hati kita sentiasa menyebut nama
Allah, hati kita sentiasa mengingati Allah SWT. Iblis dan syaitan
adalah makhluk Allah juga dan kalau kita sentiasa mengingati Allah,
Dialah yang akan menolong kita menjauhkan iblis dan syaitan itu.
Jadi,
iblis dan syaitan yang jahat dan yang panjang umur itu akan mati juga
apabila bertiup Sangkakala yang pertama. Malah malaikat-malaikat juga
mati semuanya, kecuali mereka-mereka yang masih dikehendaki hidup oleh
Allah SWT seperti Bidadari-bidadari Syurga, pelayan-pelayan Syurga dan
setengah-setengah malaikat. Jadi, tidak ada siapa yang boleh terlepas
daripada mati. Ini telah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al Quran,
maksudnya; Terjemahan : Setiap yang bernyawa pasli akan menemui mati –
Al Imran: 185
Ertinya, setiap
makhluk yang hidup sama ada yang di bumi, di lautan, di langit dan di
mana saja, semuanya akan mati. Manusia, jin, iblis, syaitan, malaikat,
binatang-binatang dan lain-lain makhluk yang bernyawa, semuanya akan
mati. Dan setelah semuanya mati, maka tenanglah segala-galanya.
Semuanya sudah tidak ada Iagi melainkan Syurga, Neraka, Arasy, Kursi,
Luhmafudz dan juzuk-juzuk yang Allah kekalkan secara kekal Aradhi.
Cuma, Zat Allah SWT adalah kekal abadi dengan kekal yang wajib dan
kekal yang tiada kesudahan kerana wujudnya Allah adalah wujudnya yang
tiada permulaan. Dan keadaan yang tenang ini akan berlalu selama
kira-kira 40 tahun. Dalam masa 40 tahun inilah, seluruh manusia yang
berada di alam kubur juga tenang dan tidur, sama ada yang mukmin mahupun
yang kafir.
http://rauhan-deen.blogspot.com/2010/10/suasana-di-alam-barzakh.html