GOOGLE TRANSLATE

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ARTIKEL PILIHAN

Nyata dan Ghaib: Antara yang nyata dan yang ghaib ( Oleh NURADLI RIDZWAN SHAH PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia )

Written By Situs Baginda Ery (New) on Senin, 09 Desember 2013 | 14.19

by: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131128/re_07/Antara-yang-nyata-dan-yang-ghaib
Orang ramai memenuhi kawasan villa yang usang berikutan berita di laman sosial mengenai kehilangan beberapa remaja di kawasan villa yang diberi nama Villa Nabila di Jalan Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini.
PADA 18 November lalu, kita dikejutkan dengan berita kehilangan sekumpulan remaja yang pergi ke sebuah villa di Danga Bay, Johor Bahru, berhadapan dengan lautan Selat Tebrau. Berita kehilangan 30 remaja kemudian dinafikan oleh pihak polis dimana bukan 30 yang hilang cuma seorang remaja sahaja yang hilang.
Sejurus berita mengenai kehilangan remaja itu disebarkan di media sosial dan media massa, pelbagai telahan dibuat oleh pelbagai pihak tidak kira di pihak awam, tabib mistik dan sebagainya. Walaubagaimanapun, remaja tersebut ditemui kembali kerana berpisah dengan rakan-rakannya dan pergi ke rumah rakan yang lain.
Ekoran kejadian ini, dapatlah disimpulkan beberapa perkara yang menarik tentang impak terhadap berita ini. Disini saya memberikan beberapa kesan daripada kejadian itu dan bukan hanya setakat ini sahaja.
Pertama sekali kita dapat melihat bahawa rakyat Malaysia amat menggemari cerita-cerita bersifat mistik atau ghaib. Ia mendapat perhatian ramai sehinggakan menjadi buah mulut setiap lapisan masyarakat malah anak saya yang berusia 7 tahun pun boleh mengetahui tentang kejadian Villa Nabila.
Ini menunjukkan bahawa alam misteri atau alam ghaib ini mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia mungkin kerana kita banyak disogokkan dengan cerita-cerita mistik di televisyen. Malah cerita Villa Nabila ini muncul sejurus selepas penayangan filem Highland Towers di pawagam di seluruh Malaysia. Mungkin terlalu awal untuk disimpulkan hubungan di antara industri perfileman mistik berkait rapat atau sebaliknya dengan tindakan orang awam.
Keduanya, institusi kekeluargaan perlu ditingkatkan dengan ibu bapa perlu lebih peka tentang keberadaan anak remaja mereka terutamanya pada waktu malam. Ini untuk mengelakkan perkara-perkara buruk terjadi dan lebih malang lagi jika ibu bapa tidak mengetahui tentang aktiviti anak-anak, dengan siapa mereka bergaul dan sebagainya.
Pendekatan yang boleh digunakan adalah dengan meluangkan sedikit masa dengan anak-anak remaja ini yang memang sedang mencari identiti mereka. Jika dibimbing dengan betul mereka boleh berjaya dengan lebih cepat kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan mereka.
Ketiganya, impak kisah Villa Nabila ini dapat memberi konotasi yang positif atau negatif kepada nama villa dan juga Nabila itu sendiri. Penggunaan nama villa mungkin akan dikaitkan dengan alam mistik dan pihak pemaju hotel, perumahan dan lain-lain mungkin membuat kajian penggunaan villa dalam perkhidmatn mereka sama ada akan menjejaskan jualan atau tidak. Di samping itu, nama Nabila itu sendiri akan dikaitkan dengan mistik walaupun maksud Nabila adalah mulia.
Keempatnya, harga hartanah di kawasan persekitaran villa itu mungkin akan merosot atau meningkat disebabkan berita sensasi tersebut apabila pembeli hartanah terpengaruh untuk menjauhi hartanah yang mempunyai unsur mistik. Di sebaliknya ia mungkin juga akan meningkatkan harga hartanah di kawasan itu kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai.
Kelimanya, melihat kepada kecenderungan rakyat Malaysia kepada perkara-perkara ghaib ini memberikan gambaran bahawa rakyat Malaysia sebenarnya dahagakan ilmu spiritual dan di dalam keadaan untuk mendalami atau mempelajari ilmu ghaib ini mereka sering tersasar.
Bimbingan dalam pendidikan spiritual perlu disalurkan kepada remaja-remaja ini yang dahagakan ilmu-ilmu berkaitan alam ghaib. Inisiatif ini perlu gandingan dari pihak Kementerian Sumber Manusia, universiti tempatan dan ibu bapa secara khususnya demi kepentingan masa depan remaja remaja kita yang bakal menjadi tunggak negara suatu hari kelak.
Bajet 2014 juga ada memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk meningkatkan skil remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara khususnya dan program penambahan skil dari segi rohani perlu diberi perhatian sewajarnya seperti pengajian membaca Quran bertalaqi, tafsir, dan sebagainya di samping penerapan skil-skil sedia ada untuk mengimbangkan dan mengintegrasi ilmu naqli dan aqli.

0 komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com

BACA JUGA

DAFTAR LENGKAP ARTIKEL BLOG BAGINDAERY

Ikuti situs Bagindaery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...