Sesungguhnya permasalahan ini amat berat.Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini.
Jawaban Ustaz
Telah agak lama saya
terima soalan sebegini dan agak kerap juga. Jika ia hanya sekadar soalan
ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang
amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan
menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat
kita.
Ini bermakna, agak ramai
wanita dan lelaki yang telah terlanjur sebegini dan kemudian baru
terfikir hukum bagi menyelesaikannya. Sebagai manusia biasa, saya agak
geram bila diajukan soalan ini. Hinggakan agak kerap juga saya menjawab
dengan mudah iaitu.
"Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina" demikian jawapan semasa geram saya..............
"Ini kerana jika
sememangnya tiada "manual panduan yang normal" hukum yang mudah bagi
menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu
kepada seorang mekanik kereta apabila kerosakan enjin
keretanya" Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal,
apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si
empunya kereta memberitahu :-
"Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol"..........
Saya kira sudah tentu
mekanik itu juga merasa ‘bengang' dengan perangai ‘kurang cerdik' tuan
punya kereta. Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu
adalah mahal dan sukar,tuan punya kereta mulalah membebel dan
marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah dan murah.
"Mana boleh murah dan
senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga dan guna kereta.
Kalau nak murah..LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI
PETROL NI OK !" kata mekanik meradang apabila diminta membaiki kerosakan
berat itu dengan kos murah.
Inilah seolah-olahnya
radangan saya juga di peringkat awal dulu. Dah berzina hingga
mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram dan
kesannya. Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya.
Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertawbat, maka inilah jawapannya:-
Apabila seorang lelaki
dan wanita itu telah bertawbat dengan tawbat yang benar, dan berkahwin
semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti.
Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah
didaftarkan sebaiknya.
Mazhab Hanbali
menjadikan tawbat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia
berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun
majority ulama tidak menjadikan tawbat sebagai syarat sah pernikahan
penzina tersebut.
Hukum Kahwin Semasa 'iddah dan Hamil
Adapun berkenaan hal
‘iddah' dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah. Hukum asal bagi
perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya
‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li
Ta'lil al-Mukhtar, 3/78).
a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih Hidup - Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :-
Ertinya : "Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 )
b) Tempoh Iddah Wanita Mengandung - Tempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :-
وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّErtinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya" ( At-Talaq : 3)
c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati - Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :-
والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراًErtinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 )
Ulama telah bersepakat
bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam
al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah :
ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجلهErtinya : "Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 )
Bukan saja nikah, malah
meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram.
Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah,
sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah.
Demikian tadi hukum yang
standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal
bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta
yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si
mekanik.
Kesimpulan
Bagi saya jawaban yang
lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah
sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu
berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya,
wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin..
http://luvislam92.blogspot.hk/2012/12/hukum-nikah-wanita-hamil-kerana-zina.html
0 komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com