by: http://najmudincianjur.blogspot.com/2009/11/sarapan-pagi-kuatkan-otak.html
Petua orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan
sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu
bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian
sains di seluruh dunia.
Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber
pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam
untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga
menjelang waktu berbuka.
Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati
kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan
memiliki daya tumpuan lebih baik.Pemilihan sarapan, terutama yang kaya
karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal
keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan
pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda
tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk
mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.
Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian
menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara
ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti
otak - lebih cergas, peka dan fokus.
Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri
individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau
tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti
dan secawan kopi.
Rangsang Paras Glukos
Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos
dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam
roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif
kepada fungsi otak.
Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil
sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan
perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih
baik. Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin
berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai
khasiat dan vitamin.
Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di
Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan
sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat
badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000
sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan
mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.
Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau
mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini
termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa
disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B dan D, zat
besi, kalsium serta zink.
Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa
kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar.
Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama
kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna
lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat
badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.
Banyakkan Serat dan Bijirin
Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.
Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan kepada
sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu
dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit
saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah
disediakan ini ke tempat kerja.
Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan
mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian,
ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan
mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya,
sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal
setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com