Abdul Rahman Bin Auf
adaltah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah
salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya
dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul
Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup
sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan
bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun
kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar
dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum
memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan
bahawa minuman arak itu adalah terlarang.
Abdul Rahman Bin Auf
telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi.
Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam
yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan
orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu
Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk
Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari
yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan
bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula
kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun
begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai
Rasulullah S.A.W.
Adapun
nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul
Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada
Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul
Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk
menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta
dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali
mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul
Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada
fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk
keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.
Ramai
sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar
Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang
dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan
kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam
menegakkan Islam.
Sebagai
seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami
berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah.
Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu
sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w
akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah
ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang
tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka
berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10
orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan
diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4
orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83
lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan
hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.
Tidak
lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali
ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan
kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah) dilakukan Rasulullah sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.
Setiba
di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain
sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah
dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada
golongan Ansar.
Demi
kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin,
beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya,
"Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta,
dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya
juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu
antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya.
Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya
menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap
keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya
ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya
jalan menuju ke pasar.
Sungguh
beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap
masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga
berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda
yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor
kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat
dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping
kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling
dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang
paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.
Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau pernah
membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu
kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu
peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk
sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan
menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan
senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan
juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh
500 unta.
Memandangkan
jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar
Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama ALlah dengan
harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah
bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah
saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang
mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat
yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan
kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah
lindungan beliau.
Disamping
memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut
dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan
penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul
Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang
menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab
adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul
dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat
dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib
adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai
kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya
ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati
kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih
daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya
mempunyai banyak harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan
orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada
tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah
engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat,
sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.
Demikianlah
jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah.
Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan
kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara
sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki
syurga.
Dizaman
Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh
kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau
pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada
tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah
beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar
Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam
majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon
khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang
mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan
Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang
akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.
Pada
tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana mi selama 74
tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75
tahun. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan
bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi
kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri
ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian
tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa
dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah
satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan
berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah
dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan,
Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.
sumber: http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=77:abdul-rahman-bin-auf-ra-saudagar-islam-yang-berjaya-di-dunia-dan-akhirat&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=75
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com