يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ
وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
المائدة
الآيات 90
المائدة
الآيات 90
Maksudya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minum arak, judi dan telek anasib adalah najis dari amalan syaitan, mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.
Dari ayat ini jelaslah bahawasanya hukum bagi perbuatan minum arak, berjudi dan telek nasib merupakan perkara yang yang dicegah oleh Allah, ya’ni haram di sisi Islam. Seperti mana firman Allah dalam ayat ang lain berbunyi:
يَسْأَلُونَكَ
عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ
لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا
يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ
لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ البقرة الآية 219
Maksudnya: Jika mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang minum arak dan perjudian, katakanlah dua dosa besar, dan manfaat bagi manusia tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, kelebihan dari apa yang perlu. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu mudah-mudahan kamu berfikir.
Maka dengan diturunkan ayat-ayat ini jelaslah kepada kita mengenai hukum perbuatan minum arak dan berjudi.
Tetapi baru-baru ini Negara kita Malaysia yang didakwa sebagai Negara Islam, yang mana pemimpin kerajaannya ialah dikalangan ummat Islam yang mengaku beriman kepada Allah, Rasul dan Kitab (Al-quran) telah mencadangkan supaya diluluskan lesen pertaruhan bagi pertandingan bola sepak FIFA wold cup (piala dunia) atas tujuan supaya tidak berlaku petaruhan atau nama baiknya perjudian secara haram. Sedangkan dari ayat al-quran di atas pertaruhan atau perjudian ini secara jelas diharamkan oleh Allah.
Setelah melihat respond rakyat agak tidak memberansangkan, kerana ramai rakyat membantah dan menolak cadangan tersebut maka pihak kerajaan telah menarik balik cadangan tersebut atas tiga factor. Faktor-faktor tersebut ialah faktor agama, faktor rakyat dan faktor kepentingan politik.
Alhamdulillah, telah timbul kesedaran dalam diri pihak kerajaan tentang faktor-faktor tersebut terutama faktor agama.
Tetapi yang menjadi persoalannya ialah, yang pertama, adakah agama baru sahaja mengharamkan perkara ini? Sedangkan al-quran ini diturunkan zaman Rasulullah dan di dalam kitab-kitab samawi sebelum al-quran juga mengharamkan perkara ini, sedangkan ketua kerajaan Malaysia adalah Islam dan yang mencadangkan agar dikeluarkan lesen pun Islam.
Persoalan yang kedua, adakah kerajaan Malaysia akan tarik balik lesen judi ini sekiranya rakat tidak menolak atau membantah?
Dalam hal ini faktor politik yang paling mereka utamakan, setelah mereka melihat respond dari rakyat, oleh kerana ramai rakyat membantah maka dibimbangi akan menggugatkan sokongan rakyat kepada parti mereka ekoran dari tindakan meluluskan lesen perjudian tersebut.
Ingatlah semua rakyat Malaysia walaupun lesen pertaruhan atau perjudian bola sepak ditarik balik, tetapi masih banyak lagi lessen perjudian yang telah diluluskan oleh kerajaan Negara kita.
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
عن
عبد الله بن عمرو بن العص رضى الله عنهما يقول: سمعت رسول الله صلى الله
عليه وسلم يقول: إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ولكن يقبض
العلم بقبض العلماء حتى اذا لم يترك عالما اتخذ الناس رؤوسا جهّالا فسئلوا
فأفتوا بغير علم فضلوا واضلوا. رواه مسلم
Maksudnya: Daridapa Abdullah bin Umar bin Al’as R.A katanya: aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: bahawasanya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari dada manusia, tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan ulama’, maka apabila sudah tiada ulama’ orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan menjawab ( berfatwa) tanpa ilmu pengetauan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain. Riwayat Imam Muslim
Wahai ummat Islam sekelian, ayuh! Kita kuatkan semangat cinta kita kepada Allah, Rasul dan agama, dengan sama-sama kita jayakan misi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) bagi menegakkan hukum Allah di dalam Negara kita.
Sesungguhnya Allah menyifatkan kepada orang menolak hukum Allah dengan tiga sifat sebagaimana firmanNya:
(1) ومن
لم يحكم بما أنزل الله ، فأولئك هم الكافرون، (2) ومن لم يحكم بما أنزل
الله ، فأولئك هم الفاسقون، (3)ومن لم يحكم بما أنزل الله ، فأولئك هم
الظالمون.
Maksudnya: (1) dan barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka adalah orang yang kufur. (2) dan darang siapa yang tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka dia adalahorang yang fasik. (3) dan barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka dia adalah orang yang zalim.
Dari ayat ini Allah menyifatkan orang yang menolak hukum Allah adalah orang yang kufur, fasik dan zalim kepada Allah, tetapi ingatlah perbuatan itu adalah menzalimi diri sendiri kerana azab Allah amatlah pedih.
Untuk mengelak diri kita dari menjadi orang yang kufur, fasik dan zalim, ayuh! Kita buat perubahan dengan kita menolak kerajaan yang ada sekarang yang menolak hukum Allah dan menggantikan dengan kerajaan yang baru yang menjadikan Al-quran sebagai panduan dan landasan, dengan sama-sama kita member undi kepada Paktan Rakyat yang di ketuai oleh Parti Islam seMalaysia (PAS) mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dengan usaha dan kerja yang kita lakukan.
Salam perjuangan,
Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!
sumber: http://assyababuljaaby.blogspot.com/2010/07/hukum-berjudi-dan-minum-arak.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com