Selasa, 07 Agustus 2012

Dilema Kegagalan & Kehidupan

Dilema HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Hidup Berani Untuk Gagal, aku berani… kamu? hehe

Salam,
Pernah tak dalam hidup kamu berada dalam keadaan dilema untuk buat keputusan? Apa yang akan kamu lakukan jika berhadapan dengan senario semacam ni? … dan macam mana perasaannya, susah? Senang? atau macam biasa juga bah!

Tu intro jak tu… kisah sebenarnya macam ni…

Hari Isnin lepas, 21 Disember 2009, sepatutnya aku menghadiri exam untuk subjek terakhir semester ni. Exam sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi.. Jadi sepatutnya aku kena berada di sana selewat-lewatnya pukul 8.30 pagi.. Tapi masa tu aku tak ada pun dekat dewan exam, nak tahu aku di mana masa tu?

Aku berada di pejabat. Pejabat yang letaknya lebih kurang ~160 km dari tempat exam tu. Cukup jauh sebenarnya. Kalau diikut masa perjalanan lebih kurang 2 ½ – 3 jam bergantung kepada kelajuan kereta (Maklumlah, jalan sini tak bagus). Kalau aku pegi ke sana pun masa tu, memang tidak sempat. Naik helikopter pun belum tentu sampai sebelum jam 9.00 pagi.

Senang tak hati aku tak pegi exam time tu? Mana ada orang senang hati tak pegi exam… kecuali yang tak normal.. Dalam hati tu memanglah gelabah semacam… Habis tu kenapa tak datang? Amacam nak datang, time tu aku kena bagi taklimat penting di daerah… Salah satu tugas yang wajib aku buat. Jadi kalau dah tak datang exam, maknanya pihak U dan confirm bagi aku Gred F.

Dua tiga hari sebelum tarikh tu, hati aku dilanda kebimbangan… apa tidaknya, tarikh untuk buat taklimat tu telah kami (aku dengan bossku) persetujui bersama. Terpaksa pilih tarikh tu sebab minggu sebelumnya kami masing-masing sibuk dengan urusan lain. Dan kebetulan pula tarikh 21 hb tu tarikh akhir daerah masukkan data yang diperlukan secara online (data yang ada kaitan dengan taklimat tu). Lepas daripada 21 hb, tak boleh masukkan data lagi… maknanya kena juga buat taklimat dan masukkan data time tu.. tiada pilihan lain.

Kenapa Aku Pilih Untuk Gagal?

Ini adalah atas pilihan dan pertimbangan aku sendiri… bukan sebab boss aku paksa. Sebelum tu Boss aku tak tahu sebenarnya yang pada tarikh tu aku ada exam, kalau dia tahu, gerenti dia suruh aku datang exam. Boss aku hanya tahu pada masa taklimat tu… Dia cukup terharu dan berterima kasih dengan keputusan yang aku buat…dan akupun sebenarnya banyak berterima kasih kepada Bossku sebab dia memang seorang pentadbir yang baik. Seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mahu aku jadikan contoh…

Kalau boss tak paksa aku buat kerja time tu, kenapa aku berani buat keputusan macam tu? Memang dilema juga untuk buat keputusan… susah nak pikir… Tapi akhirnya aku main berani ambil keputusan untuk teruskan taklimat tu… Yang aku ingat, aku pertimbangkan dari segi kepentingan hasil keputusan yang aku buat. Kalau aku ambil keputusan untuk duduk exam, maknanya study aku selamat, tapi kerja aku tak berapa selamat. Lagipun ini melibatkan satu daerah… maknanya satu daerah akan terjejas. Pasti tak sedap kalau nama daerah buruk gara-gara maklumat tak disampaikan dan data tak dimasukkan. Boss aku tentunya paham dengan masalah ni, tapi pihak atasan yang lagi atas… mana diorang mahu tahu masalah kita? …tapi kalau aku tak duduk exam kali ni… aku masih ada peluang untuk repeat paper next semester. Lagipun belajar secara jarak jauh ni boleh diambil dalam tempoh yang lama (kalau tak silap 8 – 12 tahun had maksimum nak habiskan study).. tak kisahlah kalau ambil lama sekalipun. Kan menuntut ilmu sampai ke liang lahad.. Selagi ada usia, sampai bila-bila boleh sambung study pun..

Tu sajalah karangan skema SPM berdasarkan tajuk Hidup Berani Untuk Gagal yang dapat aku kongsikan kali ni.. Tapi ini cerita yang sebenar tau! Aku kongsi cerita ni bukan sebab nak minta puji, konon nak tunjukkan pengorbanan untuk kepentingan orang lain… Ni sekadar untuk renungan bersama.. Aku tak paksa pun kamu pilih keputusan untuk gagal.. tapi moralnya, kalau mengambil sesuatu keputusan, biarlah dengan keberanian… manalah tahu suatu masa nanti kamu menghadapi dilema yang hampir sama, bolehlah juga kisah ni dikongsikan bersama..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com