Pernahkah anda menghadapi satu masalah hidup yang sangat rumit dan menyesakkan dada serta sukar untuk dibuat solusinya?
Mungkin masalah ini telah membuat anda
tidak dapat tidur malam, hilang selera makan dan Berasa sangat keliru
untuk membuat keputusan? Benar?
Saya juga kerap mengalami situasi seperti ini. Terlalu over-thinking dan menganalisa masalah tersebut dari setiap sudut.
Hasilnya, saya akan bertambah serabut. =.=’
Semakin saya berfikir, semakin fikiran saya menjadi kusut ke dalam kekeliruan, dan lebih besar masalah yang dirasakan.
Jangan terlalu memikirkan masalah tersebut
Bila kita terlalu memberikan tumpuan kepada masalah tersebut, anda rasa apa yang kita dapat?
– Sebenarnya lebih banyak masalah yang kita akan dapat.
Sebenarnya apabila lebih banyak kita memberi tumpuan kepada masalah itu, pemikiran kita menjadi lebih sempit.
Malah kita akan membungkuskan sekali diri kita dengan masalah tersebut.
Bersederhana
Saya mendapati perkara ini benar. Jalan terbaik untuk dilakukan semasa menghadapi sesuatu masalah adalah bersederhana.
Kesederhanaan anak membuang segala
kerumitan. Tidak terlalu memikirkan secara kompleks dan tidak juga
mengabaikan terus masalah yang dihadapi. Cuma bersederhana.
Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Telah binasa orang berlebih-lebihan.”
Alhamdulillah, saya telah menjumpai beberapa strategi yang ringkas untuk menyelesaikan kebanyakkan masalah, Insyaallah.
Semoga strategi-strategi yang saya kongsikan ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah dalam kehidupan juga
5 Strategi Mudah Dan Berkesan Untuk Menyelesaikan Masalah
1. Fokuskan kepada Penyelesaian
Fokus pada penyelesaian – bukan masalah.
Saintis telah membuktikan bahawa otak
tidak dapat untuk mencari penyelesaian jika kita memberi tumpuan kepada
masalah, kerana ia akan mengaktifkan emosi negatif, yang akan
menghalang potensi otak untuk menyelesaikan masalah.
Bukan bermakna kita harus mengabaikan
masalah, tetapi hanya perlu tahu masalah itu dan kemudian memberi
tumpuan kepada cara-cara untuk menyelesaikannya.
Sentiasa tanya diri – Apa yang dapat menjadi penyelesaian?
2. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang negatif
Masalah yang dihadapi adalah sebenarnya satu peluang.
Ya, satu peluang untuk meningkatkan
keupayaan diri menghadapi rintangan serta sebagai satu indicator untuk
dimana kita memfokuskan perhatian kita.
Oleh itu hadapilah masalah ini secara tenang dan tanpa ragu kepada Allah. Di saat kita mencari solusi dalam menyelesaikan masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.
Baca juga artikel ini:
3. Sentiasa berfikiran terbuka
Sangat penting! Sangat penting untuk
sentiasa berfikiran terbuka kerana ia akan membuatkan kita sentiasa
kreatif untuk mencari penyelesaian masalah.
Jangan terasa “janggal” apabila
mengeluarkan idea-idea penyelesaian yang nampak bodoh, kerana selalunya
idea-idea bodoh inilah yang akan mencetuskan penyelesaian hebat kepada
masalah yang dihadapi.
4. Permudahkan masalah!
Ringkaskan masalah tersebut dengan
membuat kesimpulan. Buang semua perincian masalah itu dan menjadikannya
lebih besar, lebih luas.
Selalunya kita hidup dengan sentiasa merumitkan segala benda dalam kehidupan dan akhirnya inilah menjadi masalah kepada kita.
Cuba meringkaskan setiap perkara dengan satu penyelesaian yang mudah
Strategi ini selalunya menjadi!
5. Ubah Cara pemikiran
‘You cannot dig a hole in a different place by digging it deeper.”
Tukar cara pendekatan kita melihat
sesuatu masalah tersebut. Lihatlah setiap perkara dalam sudut yang
baru. Walaupun merasakan ia janggal, pendekatan baru biasanya akan
merangsang penyelesaian fresh dan baik
http://akuislam.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com