TERDAPAT
seorang wanita yang buruk akhlaknya ketika zaman Imam Malik. Dia selalu
tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.
Ketika mayatnya mahu dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya
memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada
batang tubuh jenazah wanita itu.
Semua penduduk dan ulama’ menjadi kecoh dengan perkara tersebut. Mana
tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ
mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah
itu. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk
dijalankan.Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua
pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu
sekali gus.
Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah
seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada
Imam Malik.Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.
Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik
bertanya kepada wanita pemandi mayat itu.
“Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?”
Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menyatakan
dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan
jenazah.Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya
akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi
mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :
“Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati”.
“Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zi#n@) pada wanita tersebut
sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini,
di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80
kali sebatan kerana membuat pertuduhan zi#n$a tanpa mendatangkan 4
saksi,” kata Imam Malik.
Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan
yang ke 80, maka dengan kuasa Allah s.w.t. terlepaslah tangannya dari
mayat tersebut.
http://www.tawaunetwork.com/2015/03/pengalaman-memandikan-jenazah-seorang.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com