JAUH LEBIH DALAM DAN MELUAS DARI APA YANG KITA KETAHUI...
Oleh TNL Kasim ibni TNL Ahmad
Waris Mutlak, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah
Baca dulu Kisah Syair Siti Zubaidah disini,
http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=16300&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html
Saya
ingin menceritakan semula sejarah diatas untuk pembaca blog ini seperti
mana yang telah diwasiatkan kepada saya. Terpulanglah kepada pembaca
blog ini untuk mempercayainya atau tidak, tapi jangan katakan ia salah
kerana ia wasiat yang saya terima hampir 60 tahun yang lalu. Saya dipaksa menghafalnya,
tanpa buku untuk saya rujuk kerana semua buku/manuskrip telah dirampas
dan dimusnahkan oleh penjajah. Tujuan saya, dengan ikhlas ialah supaya
wasiat ini dapat direkodkan dan diketahui oleh orang ramai mengenai
kebesaran bangsa Siam Islam dari negara Kedah yang membawa kepada bangsa
Melayu hari ini. Penulis-penulis di blog ini pandai pula mencari bukti
kerana pada usia ini, saya ketandusan semua itu.
Bismillahirrahmaanirrahim,
Ikuti kisah ini seperti yang telah diwasiatkan kepada saya,
Zaman
Khalifah Umaiyah – Sultan Zainal Abidin adalah dari kerabat di Raja
Parsi yang belayar ke negeri China diatas urusan perdagangan dan
hubungan dua hala kedua negara. Baginda pada masa itu sudah pun
berkahwin dengan Puteri Zubaidah. Sewaktu mengadap Maharaja China
baginda telah terpikat dengan Puteri Raja China bernama Puteri Pa Pua
lalu mereka pun dikahwinkan oleh Maharaja China ketika itu. Sultan
Zainal Abidin bersama puteri barunya pun berhijrah kesebuah Pulau Maka
yang mana hari ini di gelar Pulau Pa Pua (bawa laki) New Guinea. Mereka
pun membuka sebuah kerajaan baru dan hasil perkahwinan tersebut mereka
mendapat seorang putera di beri nama Putera Al Bani. Kealpaan Sultan
Zainal Abidin ini kepada isteri pertamanya membawa kepada kisah Siti Zubaidah yang
menyamar sebagai lelaki untuk mencari suaminya. Kisah ini ada
direkodkan dalam syair dan lagu Siti Zubaidah dalam sejarah
kesusasteraan Melayu Nusantara.
Setelah dewasa putera mereka
berdua yang bernama Putera Al Bani pun mengadap datuknya Maharaja China
dan baginda pula telah dikahwinkan juga dengan salah seorang Puteri Raja
China. Maharaja dahulu sememangnya mempunyai ramai anak perempuan
kerana berkahwin ramai. Setelah berkahwin mereka pun berhijrah untuk
membuka sebuah negara baru. Pelayaran ini membawa mereka ke sebuah
kawasan baru lalu dibina Istana Ayut’ia Al Bani terletak di Australia
hari ini. Sekiranya kita teliti, perkataan Australia bukannya bahasa
Inggeris malah adalah dari bahasa Siam bermaksud, penempatan lebih luas.
Hari ini, Albani di Australia terletak ke Utara Bandar Perth. Perth
juga adalah merupakan bahasa Siam. Keturunan Sultan Australia Al Bani
membawa kepada Raja Chulan Man Bau.
Sekitar tahun 1350-1400 masihi
Raja Chu Lan Man Bau (@ Osman Putera disanjungi cucu-cucu) mempunyai dua orang Putera dan seorang Puteri iaitu,
1. Putera Sulong Saidina Ali menjadi Raja di Al Bani Australia.
2. Putera Kedua Saidina Cheng Ho atau San Bao,
“Cheng Ho, who was said to have been seven feet tall, was given greater power…..”
http://geography.about.com/od/historyofgeography/a/chengho_2.htm
3.
Puteri Naga adinda kepada Cheng Ho berkahwin dengan Sultan Rijaluddin
Mohammad Johan Syah yang bergelar Rama Tibodi II (Ayuthia) dan
Parameswara (di Melaka)
Sultan Rijaluddin atau Parameswara Melaka
tahun 1414 ini, bersemayam di Ayut’ia Kota Naga Jenan Daerah Kubang
Pasu Kedah Malaysia. Baginda adalah dari keturunan Raja Merong
Mahawangsa, Nagara Kedah (Lihat gambar makam dibawah sekali blog ini).
Dalam Undang-Undang Kedah, ms 14,
“Maka undang-undang ini
diperbuat daripada zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Syah semayam di
Naga, muafakat dengan sekelian menteri, pegawai dan pendeta membicara
akan dia supaya supaya tetap adat ini, janganlah berubah-ubah.”
Laksemana
Cheng Ho sering berulang kerantau ini kerana perentah Maharaja China
Yong Le dan turut mempunyai hubungan darah dengan pemerentah disini.
“It's
likely that a detachment of one of Cheng Ho's fleets sailed to northern
Australia during one of the seven voyages based upon the Chinese
artifacts found as well as the oral history of the Aborigine”.
http://geography.about.com/od/historyofgeography/a/chengho_2.htm
มัสยิดมุฮัมหมัดเจิ้งเหอ สุราบายา อินโดนีเซีย
Muhammad Zheng He Mosque, Surabaya, Indonesia
มัสยิดมุฮัมหมัดเจิ้งเหอ ที่สุราบายา อินโดนีเซีย ใช้ศิลปะจีนตามชาติกำเนิดของเจิ้งเหอ
สร้างเลียนแบบ มัสยิดหนิวเจี่ย ปักกิ่ง
Baca mengenai Cheng Ho disini,
http://www.muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=218
Perkahwinan
Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah, Rama Tibodi II @ Parameswara
(1414m) ini dengan Puteri Naga ibni Raja Chulan Man Bau telah
dianugerahkan 3 orang putera dan seorang Puteri iaitu,
1. Puteri Bavin Noung Siputeh Tengku Nor Asiah
berkahwin dengan Maha Thammaraja, Raja India Sultan Zahiruddin Mohd
Bador Syah (Babu India Monghul). Baginda di sebut sebagai Aishah Begum
dalam sejarah India.
2. Putera Sulong di gelar Kaifa Tamim Sheikh Ali menjadi
Raja Di Tong Oo (Burma Myanmar) bersemayamdi Istana Ayut’ia Ananda
Pagan. Sejarah Thailand menyebut baginda sebagai Tabimshewati.
3. Putera kedua di gelar Khun Woran Wangsa Putera Yaacob Jalil menjadi Sultan Langkasuka bersemayam di Istana Ayut’ia Kota Palas Gunong Raja Pulau Langkawi Kedah.
4. Putera bongsu di gelar Sultan Mohd Yusof Pasai menjadi Raja di Sumatra Pasai(Chakraphai, tarik bawa pergi).
Pada
tahun 1459 Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah di tabal menjadi Maha
Tammaraja Dinasti Ayut’ia dan dikahwinkan dengan Puteri Bavin Nong yang
menjadi Raja Perempuan Dinasti Ayut’ia bergelar Mah In (Inta Tiral).
Mereka berdua membina sebuah Istana Di Toung Oo Mandalay digelar Istana
Raja Perempuan Mandalay, Istana tersebut masih wujud di Mandalay Burma
atau Myanmar hari ini. Semasa inilah Empayar Monggol India mula
berkembang seperti peta "Empire of the Great Monggol " diatas blog ini.
Queen
golden Monastery, Mandalay. Mandalay ialah sempena nama Raja Mandalika
seperti tercatat pada batu bersurat trengganu sewaktu baginda berdakwah
disana.
Istana Raja Perempuan Siam Mandalay Bavi Noung
Tungku Nor Aisah Si Puteh Ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Syah
Parameswara Melaka Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia ( DI Mandalay Burma @
Myanmar). Disinilah tempat bersemayam Raja Siam Islam Terakhir Maha
Dammaiyaza (Sharit Yang Di Pertuan)tahun 1752. Diusir oleh tentera Raja
Buddha Aluang Phraya Burma ke Ayut’ia Bangkok pada tuhun 1752 dan
kemudiannya berpindah ke Ayuthia.
Istana
Ananda Pagan (anakanda bawa wang), milik Raja Mandalika Sultan Mad
Zafar Syah III bergelar ‘Rama Tibodi I’ tahun 1300 masihi ibni Sultan
Mohammad Syah Yang Adil bergelar ‘Narasuan’ Benua Siam Kedah Kheag Tesh .
Raja Mandalika adalah nama raja yang tercatat pada batu bersurat
trengganu. Istana ini kemudiannya menjadi tempat bersemayam Raja Eva
Tong Oo Maharaja Siam Quifatabin Sheikh Ali (Kaifa Tamin Sheikh Ali).
Kaifa Tamin Sheikh Ali pula ialah ayahanda kepada Raja Perempuan Nang
Che Yam Jammu Patani yang berkahwin dengan Sultan Ismail.
Hasil
perkahwinan Raja India Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah (Maha
Tammaraja) dengan Raja Perempuan Maha Raja Siam Dinasti Ayut’ia Benua
Siam Kedah Kheag Tesh mendapat empat putera.
1. Putera pertama di gelar Raja Beruas Perak Nai Hisbu Mad Azam Syah @ Intaraja II (Song Tam Ayut’ia 1605 masihi).
2. Putera kedua digelar Raja Borneo Santubung, Sultan Saidina Hassan Syah, Dinasti Ayut’ia (bergelar Jetta/Chetta tahun 1610 masihi).
3. Putera ketiga digelar Raja Riau Sultan Shaari Riayat Syah Johor (Atthinawong Dinasti Ayut’ia tahun 1628).
4. Putera keempat digelar Raja Berunai Sultan Mustafa Kecil Bongsu (Dinasti
Ayut’ia bergelar Prasat Thong 1630 masihi. Baginda garang orangnya dan
sewaktu menjadi Maharaja Besar Ayuthia dia pernah menyerang Patani
kerana engkar perentahnya. Ini kita harus terima sebagai konflik dalaman
kerajaan Benua Islam Siam ketika itu).
Kedatangan Inggeris
menyebabkan Australia dijadikan tempat buangan banduan dari England pada
tahun 1788 masihi selepas mereka mengusir umat Islam Australia ke Pulau
Timor Liste di zaman Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam
Islam Kedah Kheag Tesh dan penjajah Inggeris membunuh Raja Islam
Australia di Albani Australia iaitu Sultan Sayid Ali Paduka Seri Sultan
Chulan pada 1200 hijrah bersamaan 1789 masihi. Anakanda baginda Sultan
Yusuf Al Mahadi turut juga dibunuh terkemudiannya (lihat gambar
disebelah kanan, berjanggut putih).
Inggeris sepertimana yang
kita ketahui bukan sahaja menjatuhkan Empayar Benua Islam Siam malah
Empayar Islam Monggol India, Empayar Raja China Islam Manchu dan Empayar
Islam Ottaman di Turki.
Begitulah wasiat yang saya terima. Wallahualam.
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/08/kisah-sejarah-siti-zubaidah-dan-sultan.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com