Kamis, 16 Januari 2014

Inspiratif Islami: YAQAZAH – Rasulullah SAW sentiasa ada bersama kita

yaqazah
DEFINISI YAQAZAH DAN MUSYAFAHAH
Arti yaqazah pada bahasa ialah jaga, sedar, bukan dalam keadaan mimpi, (yaqiza) Aiy mutayaqqizun: Hazirun: jaga, sedar, berjaga-jaga. – Mukhtarus Sihah, Asy Syeikh AI Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al’asriyah, Soida, Beirut. (m.s. 349)
Adapun pengertian yaqazah pada istilah perbahasan ilmu tasawuf ialah bertemu atau berjumpa dengan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dan ia merupakan satu karamah wali-wali Allah.
Arti musyafahah pada bahasa pula ialah berbual-bual antara dua pihak. (Al Musyafahah) Al Mukhatobah min fika ila fihi. – Mukhtarus Sihah, Asy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, AI Maktabah AI’asriyah, Soida, Beirut. (m.s. 167)
Pada istilah pula ialah berbual-bual dengan roh Rasulullah SAW atau bersoaljawab atas apa-apa kesamaran dalam agama atau menerima amalan-amalan tertentu dari baginda.
Yaqazah adalah satu perkara luar biasa yang mencarik adat. Ia menjadi salah satu sumber kekuatan para ulama yang hak dalam mempertahankan kebenaran.
Imam As Sayuti apabila ingin memasukkan sebuah Hadis ke dalam kitab karangannya akan bertanya kepada Rasulullah SAW secara yaqazah: “Adakah Hadis ini daripadamu ya Rasulullah?”
Jika Rasulullah SAW membenarkan, barulah beliau merekodkan Hadis tersebut.
Begitu juga berlaku kepada ramai auliya Allah. Ini merupakan satu ‘teknologi’ yang sangat canggih yang tidak mampu dipintas oleh musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi dan Nasrani. Bagaimana mereka ingin memintasnya sedangkan kekuatan mereka setakat memaksimumkan penggunaan akal. Akal sampai bila pun tidak akan berjaya mengalahkan kekuatan roh.
Inilah senjata kemenangan ulama-ulama dan para pejuang Islam sepanjang sejarah. Dengan bersungguh-sungguh mengusahakan taqwa, Allah kurniakan kepada mereka bantuan-bantuanNya secara zahir atau rohani. Di antara bantuan-bantuan rohani ialah mimpi yang benar, firasat, kasyaf, hatif dan lain-lain. Baca : HIKMAH & ILHAM: Saluran Ilmu Yg Sudah Hilang Dari ULAMA Islam Modern
Bacalah sejarah Tariq bin Ziad, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh, Mimar Sinan, Imam Al Ghazali, Imam As Sayuti. Kajilah rahsia kejayaan mereka.
HUKUM YAQAZAH
Yaqazah hukumnya boleh berlaku pada wali-wali Allah sebagai kemuliaan (karamah) yang Allah kurniakan kepada mereka. la adalah perkara yang mencarik adat (luar dari kebiasaan) pada logik manusia sedangkan ia masih dalam lingkungan mumkinat (jaiz) bagi Allah mengadakan atau mentiadakannya.
Perlu diketahui perkara yang bersalahan dengan adat boleh dibahagikan kepada empat kategori, berdasarkan di tangan siapa ia terjadi:
1. Mukjizat: berlaku kepada para rasul a.s. sebagai bukti kerasulan mereka untuk mencabar penentang-penentang mereka.
2. Karamah: berlaku kepada kekasih-kekasih Allah (para wali) lambang kemuliaan yang Allah beri kepada mereka.
3. Maunah: berlaku kepada orang-orang mukmin dengan berkat guru atau amalan tertentu yang diistiqamahkan.
4. Sihir: berlaku di tangan orang-orang fasik atau kafir secara istidraj (dalam murka Tuhan).
dome
DALIL BOLEH BER-YAQAZAH
Perlu diketahui dan difahami, ada banyak ayat-ayat Al Quran yang memberi isyarat tentang peristiwa yaqazah ini. Kalaulah ia boleh berlaku kepada para rasul a.s. sebagai mukjizat, ia juga boleh berlaku kepada wali-wali Allah sebagai karamah.
Dalil pertama:
Pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s. Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang pertemuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)
Dalil kedua:
Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan. Firman Allah:
Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)
Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:
“Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam tujuh saf . Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”
Dalil ketiga:
Hadis dari Abu Hurairah r.a.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)
PENGAKUAN ULAMA MENGENAI YAQAZAH
Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:
“Adalah jaiz  (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya.”
Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
‘Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”
Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti, Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal1408H, 4 Januari 1988 iaitu:
“Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah ertikata fadhailul a’mal. Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini”
Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoiful minan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin Athaillah As Sakandari yang meninggal tahun 709H dan Jami’u Karamatil Auliya karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya oleh Al Hafiz Abu Naim dan karangan Al :A’lamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.”
Rujukan
  1. Husain Hasan Tomai, Masalah Berjumpa Rasulullah Ketika Jaga Selepas Wafatnya, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Kota Bharu, Kelantan, 1989
  2. Yusuf An Nabhani, Kisah-kisah keramat wali Allah
Kitab ulama-ulama yang membahas mengenai yaqazah:
  1. Syeikh Yusuf an Nabhani, Afdalul Salawat
  2. Syeikh Yusuf an Nabhani, Sa’adah ad-Daraini
  3. Syeikh Jalaluddin as-Sayuti, Inaratul Halik
  4. Imam al-Ghazali, Al-Munziqu minal Dzalal
—————————————————————————————————————————————-
Tambahan artikel dari whasid.wordpress.com :
Apakah Rasulullah SAW masih hidup setelah kematiannya?
Imam Badruddin bin as Shahib mengambil dalil dalam Al Quran:
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rejeki (QS: Ali Imran: 169).
Rasulullah SAW tentu kedudukannya lebih tinggi dari syuhada yang tentunya lebih berhak untuk keistimewaan itu.
Imam Baihaqi menyatakan dalam kitab Dalailun Nubuwwah: “Para Nabi hidup di sisi Tuhan mereka seperti para syuhada”
Abu Ya’la dalam Musnadnya dan Al Baihaqi dalam kitab Hayatul Anbiya mengeluarkan hadis dari Anas r.a:
Nabi saw bersabda: “Para Nabi hidup di kubur mereka dalam keadaan mengerjakan sholat.”
Apakah dapat menjumpai Rasulullah SAW setelah wafatnya?
Dari Abu Hurairah dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang melihatku di dalam tidurnya, maka ia akan melihat aku di dalam bangunnya (jaga) dan setan tidak bisa menyerupai diriku” ( Riwayat Bukhari, Muslim, dan Abu Daud)
Dari Abu Hurairah dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Siapa yang melihat aku di dalam tidurnya (mimpi) berarti ia benar-benar melihatku, sebab setan tidak dapat menyerupaiku” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Turmudzi)
Nabi Bersabda: “Barangsiapa melihat aku, ia sungguh-sungguh melihat yang benar, sebab setan tidak bisa meniruku dalam segala hal” (Riwayat Syaikhan)
Dari Abu Hurairah, Nabi Bersabda: “Buatlah nama dengan namaku dan jangan membuat julukan dengan julukanku. Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka ia telah melihatku, karena setan tidak dapat menyerupai bentuk rupaku. Dan barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempat duduknya di neraka” (Riwayat Bukhari)
Kisah-kisah orang yang berjumpa dengan Rasulullah SAW setelah wafatnya.
Kisah dari kalangan Sahabat
Sayidina Usman bin Affan
Kisah mengenai Sayidina Usman yang dikeluarkan oleh Abi Usamah dalam Musnadnya: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Salam berkata: “Saya telah mendatangi Usman bin Affan untuk menyelamatkannya. Pada saat itu ia sudah terkepung. Usman berkata, “selamat datang wahai shabiy (anakku), kulihat Rasulullah SAW dari dalam gubuk ini.” Abdullah bin Salam berkata, “Wahai Usman, orang-orang telah mengepungmu” Usman menjawab,”Benar. Apakah engkau haus?” Aku menjawab, “Benar.” Kemudian ia mengambil air seember untukku. Aku pun meminumnya sampai puas, terasa dinginnya di antara tenggorokan dan dadaku. Lalu ia berkata, “Jika engkau mau, engkau boleh berbuka bersama kami.” Maka aku pilih berbuka bersama Nabi. Ternyata hari itu Usman r.a terbunuh.”
Sayidina Ibnu Abbas
Dalam ceritanya, Ibnu Abbas menuturkan:
“Aku merasa tidak sah shalatku sepanjang hidup kecuali sekali shalat saja. Hal itu terjadi ketika aku berada di Masjidil Haram pada waktu subuh. Ketika imam takbiratul ihram, aku juga melakukan hal yang sama.Tiba-tiba aku merasa ada kekuatan yang menarikku; kemudian aku berjalan bersama Rasulullah SAW antara Mekah dan Madinah. Kemudian kami melewati sebuah lembah. Nabi bertanya, “Lembah apakah ini?” Mereka menjawab, “Lembah Azraq.” Kemudian Ibnu Abbas berkata, “Seolah-olah aku melihat Musa meletakkan kedua jari telunjuk ke telinganya sambil berdoa kepada Allah dengan talbiyah melewati lembah ini. Kemudian kami melanjutkan perjalanan hingga kami sampai pada sebuah sungai kecil di bukit.” Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, “Seolah-olah aku melihat Nabi Yunus di atas unta yang halus, di atasnya ada jubah wol melewati lembah ini sambil membaca talbiyah.”
Kisah dari kalangan setelah Sahabat
Syeikh Abdul Qadir Jailani
Syeikh Sirajuddin bin Al Mulqan (wafat 804H/ 1401M) dalam kitabnya Thabaqatul Awliya’ menyebutkan: “Syeikh Abdul Qadir al Jailani berkata, “Aku melihat Rasulullah SAW sebelum Zuhur, beliau berkata kepadaku, “wahai anakku, mengapa engkau tidak segera berceramah?” Aku menjawab, “wahai abatah (ayah), aku adalah seorang ‘ajam (bukan Arab). Bagaimana aku akan berbicara dengan orang-orang Baghdad yang fasih-fasih.” Lalu beliau berkata, “bukalah mulutmu.” Kemudian aku membuka mulutku lalu beliau meludahiku tujuh kali. Kemudian beliau bersabda, “berbicaralah kepada manusia dan ajaklah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan mauizah (pesan-pesan) yang baik.” Kemudian aku menunaikan sholat zuhur dan duduk, tiba-tiba berduyun-duyun orang yang banyak mendatangiku, dan aku melihat Sayidina Ali berdiri di depanku dalam majlis itu. Kemudian Sayidina Ali berkata kepadaku, “wahai anakku, mengapa engkau tidak segera berbicara?” Aku menjawab, “Wahai Abatah (ayah), mereka berduyun-duyun datang kepadaku.” Kemudian dia berkata, “Bukalah mulutmu.” Kemudian aku membuka mulutku, lalu di ameludahiku sebanyak enam kali, lalu aku bertanya, “Mengapa tidak engkau sempurnakan menjadi tujuh kali?” Beliau menjawab, “adab kepada Rasulullah.” Selanjutnya beliau lenyap dari pandanganku. Kemudian aku berkata, “menyelam dalam pemikiran, kemudian menyelam dalam lautan hati mencari mutiara-mutiara kaum ‘arifin. Kemudian dikeluarkan ke pinggir shard (hati), kemudian mengundang agen penerjemah lisan, dibelinya hal itu dengan nafais isman (nafas-nafas berharga), yakni baiknya ketaatan di balik-balik yang Allah izinkan untuk di daki.”
Syeikh Abul Abbas al Mursiy (wafat 686H/1287M di Iskandariah)
Dalam kitab al Wahid disebutkan: Adalah Syeikh Abul Abbas al Mursiy mempunyai wuslah (hubungan khusus) dengan Nabi SAW. Jika bersalam kepada Nabi SAW, beliau pasti akan membalasnya dan menjawab ketika berbicara bersama beliau. Syeikh Tajuddin bin Athaillah (wafat 709H/1309M di Mesir) dalam kitabnya Lathaiful Minan menceritakan bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Syeikh Abul Abbas al Mursiy, “wahai Tuanku, jabatlah tanganku ini, sebab engkau telah bertemu dengna banyak rijal (tokoh-tokoh) dan berkeliling negeri-negeri yang banyak.” Syeikh Abul Abbas al Mursiy menjawab, “Demi Allah, belumlah ada yang menjabat tanganku ini melainkan Rasulullah SAW.” Beliau melanjutkan, “Sekiranyaaku terhijab (terhalangi) dari Rasulullah SAW sekejap mata pun, tidaklah aku menilai diriku termasuk orang Islam.”
Syeikh Abdullah ad Dalasi
Syeikh Abdul Ghaffar mengatakan dalam kitabnya Al Wahid: “salah seorang yang aku ketahui (akan kewaliannya) di Mekah adalah Syeikh Abdullah ad Dalasi. Ia bercerita kepadaku bahwa ia merasa semua shalat dalam umurnya tidak sah kecuali sekali shalat saja. Ia meneruskan, “itu terjadi saat aku berada di Masjidil Haram pada waktu shalat Subuh. Ketika imam takbiratul ihram dan aku melakukannya, tiba-tiba ada kekuatan yang menarikku, di sana aku melihat Rasulullah SAW sedang melakukan shalat sebagai imam, sedang di belakangnya ada sepuluh orang, kemudian aku menyusul shalat bersama mereka. Hal itu terjadi pada tahun 673 H. Rasulullah SAW, saat itu, pada rakaat pertama membaca Surat Al Muddatsir dan pada rakaat kedua membaca surat An Naba’. Setelah selesai salam, beliau berdoa dengan doa ini:
“Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang mendapatkan petunjuk dan memberikan petunjuk, bukannya orang yang sesat lagi menyesatkan, tidak mengharapkan akan kebaikanMu dan tidak pula merindukan apa yang ada di sisiMu, sebab Engkau yang memberikan anugerah kepada kami dengan mewujudkan kami, sebelumnya kami tidak ada. BagiMu-lah segala puji atas semua itu, tidak ada Tuhan selain Engkau.”
Ketika Rasulullah SAW selesai dan bersalam, bersamaan itu juga imam Masjidil Haram salam, dan aku menyadari salamnya. Kemudian aku juga melakukan salam.”
Syeikh Prof. Dr Abdus Salam Al Haras (masih hidup, tinggal di Maroko)
Ketika Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi ke Maroko pada tahun 1986, Abuya berjumpa dengan Syeikh Prof. Dr Abdus Salam Al Haras di rumahnya. Kemudian beliau bertanya kepada Abuya: “Kenapa kamu datang ke mari? Kebangkitan Islam di tempat kamu (Malaysia & Indonesia). Buktinya ialah kamu yang bawa Islam ke mari.” Syeikh Prof. Dr Abdus Salam Al Haras berkata bahwa Rasulullah-lah yang memberitahunya sebelum Abuya tiba ke rumahnya itu.
Syeikh Abdul Nasir (masih hidup, tinggal di Mekah)
Syeikh Abdul Nasir dari Mekah datang menjumpai Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi di Malaysia pada tahun 1996. Beliau mendapat pesan bahwa orang-orang Imam Mahdi sedang giat mempersiapkan kedatangan Imam Mahdi. Rasulullah SAW memberitahu bahwa Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi adalah orang Imam Mahdi yang ada di Timur.
Syeikh Abu Mus’ab (masih hidup, tinggal di Jordan)
Ketika Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi berkunjung ke Jordan, beliau berjumpa dengan Syeikh Abu Mus’ab. Kemudian Syeikh Abu Mus’ab menunjukkan buku catatannya yang bertuliskan: “Ashaari bin Muhammad pembawa kebangkitan di Timur, akan datang ke Jordan.” Syeikh Abu Mus’ab mengaku pesan itu didapat dari Rasulullah SAW.
—————————————————————————————————————————————–
————————————————————————————-
PERSOALAN ROH DAN ROH MUQADASAH
Roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti jasad lahir (fizikal)  yang akan binasa, namun jasad para kekasih Allah seperti Rasul, Nabi dan para wali tidak binasa dan seolah2 masih hidup. Ini adalah satu tanda2 kebesaran Allah
Roh yang bersih, Allah akan kurniakan rasa yang Tepat atau Firasat. Roh kalau terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata lahir atau mata kepala, sebahagian yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya yang dikatakan mukasyafatul Qulub (kasyaf)
Kejadian Yaqazah antara para wali dan Rasululah SAW sesudah wafatnya itu  yang menjadi satu isu kontoversi di zaman moden itu adalah sebahagian dari rahsia alam ghaib. Bila dikatakan alam ghaib, ia tidak termasuk Tuhan, Tuhan juga ghaib tetapi Tuhan bukannya alam. Tuhan itu tersendiri. Maha Suci Tuhan daripada menyerupai alam. Alam adalah apa sahaja selain Tuhan. Alam adalah ciptaan Tuhan dan dinamakan makhluk.Tuhan itu Pencipta atau Khaliq.
Ghaibnya Tuhan tidak sama dengan ghaibnya alam. Alam ghaib ini ada beberapa kategori.Yang tertinggi ialah alam malaikat, kedua alam jin dan ketiga alam roh muqaddasah. Malaikat diceritakan di dalam Quran dan Hadis. Roh muqaddasah pula sebenarnya adalah MANUSIA. Muqaddasah itu maksudnya DISUCIKAN. Roh muqaddasah ialah roh yang disucikan.
Roh muqaddasah atau roh yang suci ini peranannya lebih kuat dari peranan jasad. Roh muqaddasah ini dia mutassarif atau aktif, lebih aktif dari fizikalnya. Roh ini kuat semasa hidupnya umpama Roh Asif Barhiya yang dapat mengangkat takhta Ratu Balqis, umpama Roh Imam Mazhab yang empat, roh ulama-ulama muktabar dahulu yang dapat melihat dan bertemu roh Rasulullah SAW, juga umpama Roh Yazid Bustami RH yang dapat menggandakan dirinya menjadi ratusan semasa mahu dipanah skuad pemanah,
Roh-roh ini jika sudah dikeluarkan dari jasadnya, (wafat / meninggal dunia) ia lebih bebas kerana tidak terkurung dalam sarang fizikalnya. Inilah roh-roh muqaddasah yang berperanan dan aktif tetapi tidak disedari manusia.
Teknik’ yang digunakan oleh Allah SWT untuk melakukan yang demikian ( yaqazah ) itu boleh di’baca’ dalam sebuah Hadis Rasulullah  SAW ini: “Akan datang di setiap awal 100 tahun seseorang yang akan membaharui Agama (Mujadid). Dia dapat menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dirosakan oleh orang-orang yang menghalangnya”
Sudah ada 14 mujadid yang datang di awal kurun hijrah yang sudah berlalu selama 14 kurun, sejak kewafatan Rasulullah. Di antara mereka ialah Imam Syafie yang datangnya adalah untuk mengaktifkan semula amalan syariat dengan memperkenalkan kaedah ijtihad. Keluarlah darinya penemuan-penemuan kaedah baru untuk menghidupkan agama di zamannya. Pendekatan secara ijtihad ini adalah khusus untuk kaum di zaman itu. Penemuan kaedah ini janganlah kita anggap hasil akal fikiran atau hasil pengajiannya di alam dunia beliau di zamannnya.
Sebenarnya bila Allah SWT dan Rasulullah SAW isytiharkan adanya mujadid disetiap awal kurun ertinya mujaddid itu adalah bikinan dan ciptaan Allah SWT dengan Rasulullah SWT sebagai perantara, di mana monitornya adalah Allah menerusi perantaraan Rasulullah SAW-lah yang mengajarkan mujaddid  itu untuk melakukannya, begini, begini samada secara langsung ( yaqazah)  beserta/atau  berupa ilham yang dicampakkan ke dalam hati.
Roh Rasulullah SAW diizinkan Allah untuk hadir (Yaqazah) lalu ‘mengajarkan’ melalui ilham yang jatuh ke hati para mujadid. Hakikatnya Rasulullahlah yang melakukan tugasannya sebagai Nabi akhir zaman untuk menghidupkan agama Islam atau Al Quran dan As Sunnah setiap 100 tahun sekali. Tetapi mengapakah kaedah ini yang diambil Tuhan?
Allah mahu menunjukkan kuasaNya yang Maha Agung itu terhadap Nabi Muhammad yang mana roh Nur Muhammad itu adalah lebih dominan daripada fizikalnya. Ia kekal wujud sejak awal-awal diciptakan sebagai ciptaan paling utama, hinggalah mampu berperanan sebagai mahluk paling akhir yang akan dimatikan. Ajaran Nur Muhamad akan terus menguasai dan akan bangkit sekali lagi untuk memerintah dunia seluruhnya. Grand design oleh Allah SWT dan Rasul ini adalah percaturan paling licik Allah untuk membuatkan musuh-musuhNya akhirnya menyerah diri kepada Allah dan menerima agama Muhammad.
Mujadid-mujaddid yang datang untuk kurun-kurun mereka dihantar oleh Allah dan Rasul dan dibekalkan kekuatan untuk menghidupkan agama Allah dan Rasul kepada kaumnya semula. Contohnya Imam Ghazali mampu menyatukan semula syariat, tasawuf dan tauhid yang sudah terpisah-pisah. Gabungan tiga bidang ilmu yang dibuat dalam Al Quran dan Hadits oleh Allah dan Rasul terpecah dalam beberapa kurun kemudiannya. Lalu tanggungjawab Allah dan Rasulllah yang membetulkan semula kerosakan itu dengan cara menghantar orangnya selaku mujaddid.
Cuba anda fikir kepada para orangNya,masakan Allah dan Rasul tidak punya apa-apa hubungan, sedangkan misi mujaddid sepertimana hadis tersebut ialah misi Allah dan Rasul.
Selain  Imam Syafie dan Imam Al Ghazali, Imam  Abu Hassan Asy Syaari pula mengeluarkan kaedah pengajaran ilmu tauhid secara falsafah. Terkenal kaedahnya sebagai ilmu sifat 20. Imam Fakhruddin Ar Razi menghuraikan cara bagaimana mentafsirkan Al Quran. Imam Sayuti menghuraikan bagaimana imam mujtahid berijtihad. Demikianlah karamah-karamah besar yang Allah rezekikan kepada setiap mujaddid yang datang…semuanya memperbaharui agama di awal setiap kurun. Ini adalah mukjizat Nabi Muhammad yang sangat besar yang berlaku selepas wafatnya baginda. Mujaddid-mujaddid itu sebenarnya roh mereka ’bersama’ roh Rasulullah SA W.
Para mujaddid adalah seperti para nabi di zaman tiada nabi. Yaitu peranannya bukan membawa syariat baru. Mereka menyampaikan syariat Rasulullah untuk setiap seratus tahun sekali. Supaya setiap umat sepanjang  1oo tahun mendapat sentuhan Nabi mereka melalui mujaddid. Demikianlah rahmat dan keadilan Allah. Supaya setiap orang diberi peluang untuk selamat dari api neraka.
Sesiapa yang hidup di zaman adanya petunjuk samada Rasul, nabi dan mujaddid tapi tidak mengikut petunjuk maka bersiap-siaplah untuk mendapat pembalasan Tuhan.

http://aboutmiracle.wordpress.com/2011/10/21/yaqazah-teknologi-roh-para-kekasih-allah/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com