Ini
adalah suatu kisah benar berdasarkan apa yang diceritakan oleh seorang
sahabat saya. Ketika saya mendengar cerita itu, bulu roma saya meremang
ketakutan. Saya bimbang mengenai tahap iman saya. Adakah ia sempurna
atau sebaliknya.
Kisah
ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia
dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang
sama juga, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan
disimpan di tanah perkuburan Kristian.
Disebabkan
oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis
terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut.
Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut
tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang
mufti!
Mereka
semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan orang
lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis
kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di
tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut,
mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Pelik bin
ajaib!
Orang
ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka
bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan
dan mufti itu ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak
jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu.
Ibu
bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak
kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami
menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia
meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara
senyap-senyap.”
Isteri
kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang
seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah
agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat
menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat
tahajjud.”
Mereka
yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu.
Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa
Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si
isteri meneruskan ceritanya.
”...
Cuma, saya kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu.
Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang
Islam. Kena solat, kena buat itu ... kena buat ini ... . Jadi orang
agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.”
Kadang-kadang,
kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.
Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal
mengapa Allah melarang kita berbuat itu dan berbuat ini. Kadang-kadang,
dengan niat yang salah pun Allah murka!
Kita
juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’
Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan
dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan
berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka!
Berhati-hatilah
tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum
Allah. Saya sendiri risau dengan tabiat segelintir ahli masyarakat
Muslim yang sewenang-wenangnya memberi pendapat negatif berkenaan Hukum
Hudud. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk
mempertikaikan perintah Allah?
************************************************
p/s:
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsilah bersama-sama
rakan-rakan yang lain sama ada melalui butang Facebook atau Twitter yang
tersedia di bawah.sumber artikel: http://khairitajudin.blogspot.com/2011/10/kisah-benar-jenazah-mufti-tersemadi-di.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com