Rabu, 01 Agustus 2012

Belajar Bersuci (VERSI LENGKAP)

Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.

Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Dalil Al-Quran tentang Wuduk

Firman Allah S.W.T:

” Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. “ – (Surah Al-Maa’idah: 6)

Hukum berwuduk

Hukum berwuduk adalah:

1. Wajib

* Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.

1. Sunat

* Ketika hendak mandi wajib

* Hendak membaca al Quran, hadis dan buku

* Ketika hendak tidur

* Ketika marah

Fardu Wuduk

Cara berwuduk di dalam Islam berbeza sedikit mengikut mazhab:

Menurut Mazhab Syafie

Fardu/Rukun wuduk ada enam:

1. Niat

2. Membasuh muka

3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku

4. Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut di dalam hadnya

5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali

6. Tertib

Menurut Mazhab Hambali

Fardu/Rukun wuduk ada tujuh:

1. Niat

2. Membasuh muka

3. Membasuh dua tangan hingga ke siku

4. Menyapu semua kepala

5. Membasuh dua kaki

6. Tertib

7. Berturut-turut

Batal Wuduk

Menurut Mazhab Syafie

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:

1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).

2. Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.

3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.

5. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.

6. Murtad

Menurut Mazhab Hambali

Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk, antaranya adalah:

1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).

2. Menyentuh perempuan yang halal dinikahi (bukan mahram) dengan syahwat

3. Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik

4. Tidur, kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk

5. Makan daging unta

6. Murtad

7. Memandikan mayat

8. Keluar apa jua najis dari tubuh badan

Kesempurnaan Wuduk

Berikut merupakan cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:

* Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan

* Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali

* Tidak berkata-kata

* Menghadap kiblat

* Berniat

* Membaca basmalah

* Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan

* Berkumur

* Menggosok gigi (bersiwak)

* Membersihkan hidung

* Membasuh muka

* Membasuh tangan hingga ke siku

* Mengusap sebagian kepala

* Mengusap kedua telinga; luar dan dalam

* Membasuh kaki hingga ke buku lali

* Membaca doa sesudah berwuduk

* Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka’at.

* Tertib (berurutan)

Perkara-perkara Sunat Ketika Berwuduk

Menghadap ke arah Kiblat.

* Membaca “Auuzubillah himinasyaitonirrajim” dan “Bismillah hirrahman nirrahim”.

* Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu’.

* Berkumur atau bersugi.

* Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.

* Menyapu air ke kepala.

* Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.

* Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.

* Menjelai jari-jari tangan dan kaki.

* Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.

* Mengulang 3 Kali setiap basuhan.

* Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu’.

* Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu’ dengan kain atau sebagainya.

* Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.

* Berjimat ketika menggunakan air.

* Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu’.

* Membaca Doa Selepas wudhu’setelah selesai berwudhu’.

Fadhilah (Faedah yang diperolehi) dari Wuduk

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya.” (Hadis Riwayat Muslim(361))

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen »

Hadis mengenai mandi

Posted by pakcikli00 di 2 September 2010

Firman Allah Ta’ala, “… dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air besar (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih): sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.” (al-Maa’idah: 6)

Firman Allah Ta’ala, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan, jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapatkan air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya, Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.” (an-Nisaa’: 43)

Bab Ke-1: Berwudhu Sebelum Mandi

147. Aisyah istri Nabi Muhammad saw. berkata bahwa apabila Nabi Muhammad saw mandi janabah beliau mulai dengan membasuh kedua tangan beliau, kemudian beliau wudhu sebagaimana wudhu untuk shalat, kemudian beliau memasukkan jari-jari beliau ke dalam air, lalu beliau menyeling-nyelingi pangkal rambut, kemudian beliau menuangkan (dalam satu riwayat: sehingga apabila beliau merasa sudah meratakan air ke seluruh kulitnya, beliau menuangkan, l/ 72) tiga ciduk pada kepala beliau dengan kedua tangan beliau, kemudian menuangkan air pada kulit beliau secara keseluruhan.”

Bab Ke-2: Mandinya Seorang Suami Bersama Istrinya

148. Aisyah r.a. berkata, “Aku mandi bersama Nabi Muhammad saw. dari sebuah bejana/tempat air [masing-masing kami junub, 1/78] dari sebuah mangkok yang disebut faraq (tempat air yang memuat tiga sha’), [tangan kami saling bergantian di dalam bejana itu, 1/ 70] (dalam satu riwayat: kami menciduk bersama-sama dalam bejana itu, l/72)[1] (dalam satu riwayat: tempat mencuci pakaian ini diletakkan untukku dan untuk Rasulullah saw., lalu kami masuk ke dalamnya bersama-sama, 8/154).”

Bab Ke-3: Mandi dengan Satu Gantang (Empat Mud) Air dan Semacamnya

149. Abu Salamah berkata, “Aku dan saudara lelaki Aisyah memasuki tempat Aisyah, lalu saudaranya itu menanyakan kepadanya mengenai cara mandi Nabi Muhammad saw. Ia lalu meminta agar dibawakan satu tempat air sekitar (ukuran) satu sha’, lalu ia mandi dan menuangkan air pada kepalanya, sedangkan antara kami dan Aisyah ada tirainya.”

150. Abu Ja’far berkata bahwa ia berada di tempat Jabir bin Abdullah dan ayahnya ada pula di situ. Di dekatnya ada sekelompok kaum. Mereka menanyakan kepadanya perihal mandi janabah, lalu ia berkata, “Satu sha’ cukup bagimu.” Seorang laki-laki berkata, ‘Tidak cukup bagiku.” Jabir lalu berkata, “(Satu sha’ itu) cukup bagi orang yang rambutnya lebih banyak dan lebih baik daripadamu.” Ia lalu menuju kami dalam satu pakaian. (Dan dari jalan lain: dari Abu Ja’far, katanya, “Jabir berkata kepadaku, ‘Pamanmu-yakni al-Hasan bin Muhammad al-Hanafiyah-datang kepadaku seraya bertanya, ‘Bagaimana cara mandi janabah?’ Aku jawab, ‘Nabi Muhammad saw mengambil tiga cakupan air dan menuangkannya ke kepala beliau, kemudian menuangkan ke seluruh tubuh beliau.’ Al-Hasan berkata, ‘Sesungguhnya, aku berambut lebat.’ Aku jawab, ‘Nabi Muhammad saw lebih lebat rambutnya daripada engkau.”)

151. Ibnu Abbas berkata bahwa Nabi Muhammad saw dan Maimunah mandi (bersama) dari satu wadah.
Abu Abdillah berkata, “Ibnu Uyainah memberikan komentar akhir, ‘Dari Ibnu Abbas dari Maimunah dan yang sahih ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim’”[2]

Bab Ke-4: Orang yang Menuangkan Air di Atas Kepalanya Tiga Kali

152. Jubair bin Muth’im berkata, “Rasulullah saw bersabda, ‘Adapun aku maka aku tuangkan air atas kepalaku tiga kali,’ dan beliau mengisyaratkan dengan kedua tangan beliau.[3]

Bab Ke-5: Mandi Satu Kali Mandian

153. Maimunah berkata, “Aku pernah meletakkan (dalam satu riwayat: menuangkan) air untuk Nabi Muhammad saw untuk dipakai mandi [janabah, 1/ 68] [dan aku menabirinya]. Beliau lalu membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali, kemudian menuangkan air [dengan tangan kanannya] atas tangan kirinya, lalu beliau membasuh kemaluan: dan apa-apa yang ada di sekitarnya yang terkena kotoran. Beliau lalu menggosok-gosokkan tangannya ke atas tanah (dan dalam satu riwayat: menggosokkannya ke dinding, 1/70; dalam riwayat lain: ke tanah atau ke dinding, 1/71 dan 72) [dua atau tiga kali] [kemudian mencucinya], lalu berkumur-kumur, mencuci hidungnya dengan air, membasuh wajah dan kedua tangannya [dan membasuh kepalanya tiga kali 1/71], (dalam satu riwayat: berwudhu seperti wudhunya untuk shalat, hanya saja tidak membasuh kakinya, 1/68), kemudian menyiramkan air ke seluruh tubuhnya, lalu bergerak dari tempatnya dan mencuci kedua kakinya, [kemudian dibawakan sapu tangan kepada beliau, tetapi beliau tidak menggunakannya untuk mengusap tubuhnya (dalam satu riwayat: lalu aku bawakan penyeka/handuk, lalu beliau berbuat begini, tetapi tidak mengulanginya), (dalam riwayat lain: lalu aku bawakan kain, tetapi tidak beliau ambil, lalu beliau pergi sambil mengusapkan kedua tangannya.)].”

Bab Ke-6: Orang yang Memulai Mandi dengan Menggunakan Harum-Haruman atau Wangi-Wangian

154. Aisyah berkata, “Apabila Nabi Muhammad saw mandi janabah, beliau minta dibawakan hilab (bejana). Beliau mengambil dengan kedua telapak tangan beliau; beliau memulai dengan bagian kepala yang kanan kemudian yang kiri, lalu beliau lanjutkan pada bagian tengah kepala.”

Bab Ke-7: Berkumur-kumur dan Menghirup Air ke dalam Hidung Ketika Mandi Janabah

(Aku berkata, “Dalam bab ini, Imam Bukhari meriwayatkan dengan isnadnya hadits Maimunah di muka.”)

Bab Ke-8: Mengusap Tangan dengan Debu Agar Lebih Bersih

(Aku berkata, “Dalam bab ini, Imam Bukhari meriwayatkan dengan isnadnya hadits Maimunah di muka.”)

Bab Ke-9: Dapatkah Seorang yang Junub Meletakkan Tangannya di dalam Belanga (yang Berisi Air) sebelum Mencucinya Apabila Ia Tidak Terkotori Barang yang Kotor Kecuali Janabah?

Ibnu Umar dan al-Bara’ bin Azib biasa memasukkan tangannya ke dalam air tanpa mencucinya, kemudian mereka berwudhu.[4]
Ibnu Umar dan Ibnu Abbas berpendapat tidak ada bahaya apa-apa apabila air menetes dari tubuh (ketika mandi) ke dalam tempat yang dipakai mandi janabah itu.[5]

155. Anas bin Malik, “Nabi Muhammad saw dan salah seorang istrinya mandi [janabah] bersama dari satu bejana.”[6]

Bab Ke-10: Memisahkan Mandi dan Wudhu

Disebutkan dari Ibnu Umar bahwa dia mencuci kedua kakinya setelah air wudhu (pada anggota-anggota tubuhnya) telah kering.[7]

Bab Ke-11: Menyiramkan Air dengan Tangan Kanannya ke Tangan Kirinya Waktu Mandi

(Aku berkata, “Dalam bab ini, Imam Bukhari meriwayatkan dengan isnadnya hadits Maimunah yang diisyaratkan di muka.”)

Bab Ke-12: Apabila Menyetubuhi Istri Lalu Mengulanginya dan Suami yang Menggilir Beberapa Istrinya dalam Satu Kali Mandi

156. Muhammad bin al-Muntasyir berkata, “Aku menyebutkan hal itu kepada Aisyah, (dalam satu riwayat: Aku bertanya kepada Aisyah, lalu aku sebutkan perkataan Ibnu Umar, ‘Aku tidak suka melakukan ihram dengan memakai wangi-wangian.’ 1/72)[8] lalu ia (Aisyah) berkata, ‘Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada ayah Abdur Rahman (yakni Ibnu Umar). Aku pernah memakaikan harum-haruman kepada Rasulullah saw, lalu beliau mengelilingi (mencampuri secara bergantian) istri-istri beliau, kemudian pagi-pagi beliau ihram dan memercikkan harum-haruman (minyak wangi)’”

157. Anas bin Malik berkata, “Nabi Muhammad saw. selalu mengelilingi (mendatangi) istri-istri beliau pada satu malam dan siang, dan mereka ada sebelas orang wanita (dalam satu riwayat: sembilan orang wanita, 6/117).” Salah seorang yang meriwayatkan hadits ini (yakni Qatadah) berkata, “Aku bertanya kepada Anas, ‘Apakah beliau mampu melakukan hal itu?’ Ia menjawab, ‘Kami katakan bahwa beliau diberi kekuatan tiga puluh orang.’”

Bab Ke-13: Mencuci Madzi dan Berwudhu Karenanya

(Aku berkata, “Dalam bab ini, Imam Bukhari meriwayatkan dengan isnadnya hadits Ali yang disebutkan pada nomor 87 di muka.”)

Bab Ke-14: Orang yang Memakai Wangi-Wangian Lalu Mandi dan Masih Tertinggal Bekas Bau Wangi-Wangiannya

(Aku berkata, “Dalam bab ini, Imam Bukhari meriwayatkan dengan isnadnya hadits Aisyah yang baru saja disebutkan di muka.”)

Bab Ke-15: Membasuh Sela-Sela Rambut Sehingga Jika Telah Diperkirakan Bahwa Air Sudah Merata Pada Kulit Lalu Menuangkan Air di Atas Seluruh Tubuh

(Aku berkata, “Dalam bab ini, Imam Bukhari meriwayatkan dengan isnadnya hadits Aisyah yang tertera pada nomor 147 di muka.”)

Bab Ke-16: Orang yang Berwudhu dalam Janabah Lalu Membasuh Tubuhnya yang Lain dan Tidak Mengulangi Membasuh Tempat-Tempat Anggota Wudhu Sekali Lagi

(Aku berkata, “Dalam bab ini, Imam Bukhari meriwayatkan dengan isnadnya hadits Maimunah yang tercantum pada nomor 153 di atas.”)

Bab Ke-17: Apabila Teringat Setelah Ada di Masjid Bahwa Dirinya Menanggung Janabah Lalu Keluar Sebagaimana Keadaannya dan Tidak Bertayamum

158. Abu Hurairah r.a. berkata, “Shalat diiqamati dan shaf-shaf telah diluruskan berdirinya, lalu Rasulullah saw keluar kepada kami [kemudian beliau maju ke depan, padahal beliau junub, 1/157]. Ketika beliau berdiri di tempat shalat, beliau teringat bahwa beliau junub, lalu beliau bersabda kepada kami, Tetaplah di tempatmu.’ [Maka, kami tetap dalam keadaan kami], kemudian beliau pulang, lalu mandi, kemudian beliau keluar ke tempat kami, sedang kepala beliau masih meneteskan air, lalu beliau bertakbir, dan kami shalat bersama beliau.”[9]

Bab Ke-18: Melenyapkan Air dari Tubuh dengan Tangan Setelah Mandi Janabah

(Aku berkata, “Dalam bab ini, Imam Bukhari meriwayatkan dengan isnadnya hadits Maimunah di muka.”)

Bab Ke-19: Orang yang Memulai dengan Belahan Kepalanya Bagian Kanan Waktu Mandi

159. Aisyah berkata, “Apabila salah seorang di antara kami junub, dia mengambil air dengan kedua tangannya tiga kali untuk dibasuhkan di atas kepalanya, kemudian mengambil lagi air dengan tangannya yang satu untuk dituangkan pada belahan kepalanya yang bagian kanan dan mengambil air lagi dengan tangannya yang lain untuk dituangkan pada belahan kepala bagian kiri.”

Bab Ke-20: Orang yang Mandi Sendirian dengan Telanjang di Tempat Sunyi dan Orang yang Menggunakan Tutup, Maka yang Menggunakan Tutup Itulah yang Lebih Utama

Bahaz berkata dari ayahnya, dari kakeknya bahwa Nabi Muhammad saw bersabda, “Allah itu lebih berhak dimalui daripada seluruh manusia.”[10]

160. Abu Hurairah berkata bahwa Nabi Muhammad saw bersabda, “Nabi Ayyub mandi telanjang, lalu jatuhlah atasnya belalang emas [yang banyak, 8/ 197], maka Ayyub memasukkan ke dalam pakaiannya. Tuhan lalu memanggilnya, ‘Hai Ayyub, bukankah Aku telah mencukupkanmu dari yang kamu lihat?’ Ia berkata, ‘Ya, demi kemuliaan Mu [wahai Tuhanku], tetapi tidak ada batas kecukupan bagiku (yakni aku selalu membutuhkan) kepada berkah Mu.”‘

Bab Ke-21: Membuat Tutup di Waktu Mandi di Sisi Orang Banyak

Bab Ke-22: Apabila Wanita Mimpi Bersetubuh

161. (Hadits ini telah disebutkan pada nomor 86).

Bab Ke-23: Keringat Orang yang Menanggung Janabah dan Orang Muslim Tidak Najis

163. Abu Hurairah berkata bahwa Nabi Muhammad saw bertemu dengannya di salah satu jalan Madinah, sedangkan dia dalam keadaan junub [(katanya), "Lalu beliau memegang tanganku, kemudian aku berjalan dengan beliau hingga beliau duduk, 1/75], lalu aku menghindar dari beliau.” Kemudian, dia pergi mandi, lalu kembali lagi. (Dalam satu riwayat: Lalu aku datang, sedangkan beliau masih duduk), lalu beliau bertanya, “Di mana engkau tadi, wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah menjawab, “Aku dalam keadaan junub, maka aku tidak suka duduk bersama dalam keadaan aku tidak suci.” Nabi menimpali, “Subhanallah! [Wahai Abu Hurairah],
sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis.”

Bab Ke-24: Orang Junub Keluar dan Berjalan-jalan di Pasar Atau di Mana Saja

Atha’ berkata, “Orang junub itu boleh saja bercanduk, memotong kukunya, dan juga mencukur kepalanya meskipun belum berwudhu.”[11]

Bab Ke-25: Keberadaan Orang Junub di Rumah Apabila Ia Mandi

163. Ibnu Umar berkata bahwa Umar ibnul Khaththab bertanya kepada Nabi Muhammad saw., “Apakah seseorang di antara kita boleh tidur dalam keadaan junub?” Beliau menjawab, “Boleh, apabila seseorang di antaramu berwudhu, tidurlah dalam keadaan junub.” (Dalam riwayat lain: Berwudhulah dan cucilah kemaluanmu, kemudian tidurlah.”)

Bab Ke-26: Orang Junub yang Berwudhu Lalu Tidur

164. Aisyah berkata, “Biasanya, apabila Nabi Muhammad saw hendak tidur, padahal beliau masih junub, beliau mencuci kemaluannya dan berwudhu seperti wudhu untuk shalat.”

Bab Ke-27: Apabila Kemaluan Laki-Laki dan Perempuan Bertemu

165. Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda, “Apabila seseorang duduk di antara cabang wanita yang empat yakni antara kedua kaki dan kedua tangan, kemudian mengerjakannya dengan sungguh-sungguh (yakni menyetubuhinya), sungguh ia wajib mandi.”

Bab Ke-28: Membersihkan Sesuatu Yang Basah yang Keluar dari Kemaluan Seorang Wanita Apabila Mengenai Seseorang

166. Ubay bin Ka’ab berkata, “Wahai Rasulullah, apabila seorang laki-laki menyetubuhi istrinya, tetapi tidak mengeluarkan mani, apakah yang wajib dilakukan olehnya?” Beliau menjawab, “Hendaklah dia mencuci bagian-bagian yang bersentuhan dengan kemaluan wanita, berwudhu, lalu shalat.”[12]

Abu Abdillah berkata, “Mandi adalah lebih hati-hati dan merupakan peraturan hukum yang terakhir. Telah kami jelaskan perbedaan pendapat di antara mereka mengenai masalah ini.”

Catatan Kaki:

[1] Ibnu Khuzaimah menambahkan di dalam Shahih-nya (nomor 251, terbitan Beirut) dari jalan lain dari Aisyah, ia berkata, “Aku yang memulainya, lalu aku tuangkan air ke atas kedua tangan beliau sebelum beliau memasukkannya ke dalam air.” Sanadnya bagus.

[2] Maksudnya, riwayat dari Ibnu Abbas tanpa menyebut Maimunah ini adalah sahih; berbeda dengan riwayat Ibnu Uyainah yang mengatakan dari Ibnu Abbas dari Maimunah karena riwayat ini ganjil.

[3] Hadits ini diringkas karena adanya isyarat pada perkataan beliau, “Amma anaa…” (Adapun saya di dalam riwayat Muslim (1/178) disebutkan bagian sebelumnya dari Jubair, katanya, “Orang-orang berdebat tentang mandi di sisi Rasulullah saw., lalu sebagian orang berkata, ‘Adapun aku, maka aku cuci kepala aku begini dan begini.’ Kemudian Rasulullah saw. bersabda, ‘Adapun aku ….’”

[4] Atsar Ibnu Umar di-maushul-kan oleh Sa’id bin Manshur, sedangkan atsar al-Barra’ di-maushul-kan oleh Ibnu Abi Syaibah.

[5] Atsar Ibnu Umar di-maushul-kan oleh Abdur Razzaq dan atsar Ibnu Abbas di-maushul-kan oleh Ibnu Abi Syaibah, dan oleh Abdur Razzaq dari jalan lain darinya.

[6] Tambahan ini disebutkan secara mutlak oleh penyusun, dan al-Hafizh tidak men-takhrij-nya.

[7] Di-maushul-kan oleh Imam Syafi’i (nomor 70) dengan sanad sahih darinya (Ibnu Umar), tetapi dalam riwayat ini disebutkan bahwa Ibnu Umar berwudhu dengan mencuci betisnya, bukan kakinya, kemudian masuk masjid, kemudian mengusap kedua khuf-nya, lalu shalat dengannya.

[8] Imam Muslim menambahkan (4/12-13), “Sungguh, seandainya aku melabur dengan aspal lebih aku sukai daripada berbuat begitu.”
Aku (al-Albani) berkata, “Ibrahim an-Nakha’i dan lain-lainnya mengingkari sikap Ibnu Umar itu, mengingat riwayat Aisyah, sebagaimana akan disebutkan pada Kitab ke-25 ‘al-Hajj’, Bab ke-18.”

[9] Terdapat kisah lain yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah ats-Tsaqafi dan lainnya; di situ disebutkan bahwa Nabi Muhammad saw. bertakbir, kemudian berisyarat kepada mereka agar tetap di tempatnya, kemudian beliau pergi mandi, lantas shalat dengan mereka. Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lainnya, dan telah aku takhrij dan aku tahqiq kesahihannya di dalam Shahih Abi Dawud nomor 226.

[10] Di-maushul-kan oleh Ashhabus Sunan dan lainnya dari Bahaz bin Hakim, dari ayahnya, dari kakeknya, yaitu Muawiyah bin Haidah, dan sanadnya hasan, dan telah aku takhrij di dalam Adabuz Zifaf, halaman 36.

[11] Di-maushul-kan oleh Abdur Razzaq dengan sanad sahih.

[12] Hadits semakna dengannya telah disebutkan pada Kitab ke-4 “al-Wudhu” dari hadits Utsman dan lainnya, nomor 116, dan hadits ini di-nasakh (dihapuskan) dengan hadits-hadits lain sebagaimana dapat kita lihat dalam al Muntaqa dan lain-lainnya. Lihat ta’liq di muka pada nomor 13.

Sumber: Ringkasan Shahih Bukhari – M. Nashiruddin Al-Albani – Gema Insani Press

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

Mandi Sunat

Posted by pakcikli00 di 2 September 2010

Ghusl (غسل) adalah perkataan Arab merujukkan kepada mandi. Mandi pada bahasa adalah mengalirkan air pada seluruh badan. Pada syarak pula, mandi bermaksud mengalirkan air pada seluruh badan dengan niat tertentu.

Untuk memasuki keadaan suci sebelum Solat, seorang Muslim biasanya mengangkat hadas kecil, atau wuduk. Pada sesetengah keadaan, seperti pada hari Jumaat, ia “mustahab” (iaitu disunatkan) mengambil “ghusl” atau mandi sunat. Dalam keadaan yang lainnya, “ghusl” wajib dikerjakan.

Mandi-mandi sunat dan waktunya

1. Mandi hari Jumaat bagi mereka yang hendak menunaikan solat fardhu Jumaat dan waktunya adalah dari waktu Subuh.

2. Mandi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan waktunya bermula sejak tengah malam.

3. Mandi minta hujan

4. Mandi kerana gerhana matahari

5. Mandi kerana gerhana bulan

6. Mandi kerana memandikan mayat

7. Mandi kerana masuk Islam

8. Mandi bagi orang gila yang telah hilang gilanya

9. Mandi bagi orang pitam yang telah hilang pitamnya

10. Mandi ketika hendak ihram

11. Mandi kerana memasuki Makkah

12. Mandi kerana wukuf di Arafah

13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah

14. Mandi kerana melontar jamrah yang di Mina

15. Mandi kerana tawaf

16. Mandi kerana sa’ie

17. Mandi kerana memasuki Madinah

* Orang yang gila atau pitam yang sedar dan diketahui berhadas besar, maka wajiblah baginya mandi.

* Hukum bagi mandi ketika hendak ihram sama bagi yang baligh, belum baligh, gila ataupun haid.

* Mandi kerana memasuki Makkah itu sama hukumnya bagi orang yang ihram kerana haji atau umrah.

* Mandi kerana melontar jamrah disunatkan pada tiap-tiap hari melontar.

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

Mandi Wajib

Posted by pakcikli00 di 2 September 2010

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada Hadas Besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.

Hukum mandi Wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib

Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :

* melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.

* jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.

* Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)

* Mati

* Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.

Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)

* Keluar darah haid

“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”

* Nifas

* Melahirkan anak (Wiladah)

Rukun Mandi Wajib

Rukun Mandi ada tiga perkara meliputi

* Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)

* Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.

* Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Niat Mandi Wajib

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain “nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta’aalaa” (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)

Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.

Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.

Cara Mandi Wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.

Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,

“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”

(HR. Al Bukhari dan Muslim)

Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.

1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .

2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.

3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.

4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.

5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.

6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.

7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.

8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.

9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.

10. Membasuh kaki.

Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.

Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.

Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Najis Di Badan

Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.

Keperluan Mengambil Wuduk

Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.

Sunat-Sunat Mandi Wajib

Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah, membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.

Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.

Perkara Berkaitan

Melewatkan Mandi Wajib

Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus sebelum mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.

Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya.

Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.

Ragu-ragu

Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada ia sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya ia harus mandi wajib dahulu.

Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)

Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu’ Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya tersebut.

Dariapda Imraan ibn Hussain ra. “bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu….. di dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas dirimu.” [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

Pengertian bab bersuci

Posted by pakcikli00 di 2 September 2010

Pengertian bersuci

* Ertinya Pada Bahasa

Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda yang najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-Iain.

* Ertinya Pada Syarak

Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda dengan sebab terkena najis.

Alat-alat yang sah untuk bersuci

1. Air mutlak

2. Tanah yang suci

3. Batu yang suci

Hukum bersuci

Ulamak telah sepakat bahawa bersuci daripada najis dan hadas adalah wajib.

Bahagian air

Air mutlak

Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.

Disenaraikan berikut adalah tujuh jenis air mutlak:

* air hujan

* air laut

* air sungai

* air telaga atau perigi

* air mata air

* air yang dicairkan dari salji

* air embun

Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak dua kolah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa. Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.

Ukuran Dua Kolah

* Beratnya anggaran 230 liter atau 52 gelen.

* Lebih kurang sebanyak 13 tin minyak tanah.

* Bekas Empat Segi ialah 23 inci lebar dan 23 inci dalam

* Bekas yang bulat lebarnya 19 inci dalam 46 inci.

Air musta’mal

Air musta’mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ) adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu.

Air musta’amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu’ yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan. Air musta’amal dari konsep najis pula ialah jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah. Air tumbuhan dan buah-buahan seperti pucuk kelapa yang dibuat nira atau akar-akar kayu, air dari batang tebu dan yang dihasilkan dari buahan seperti kopi dan koko.

Air yang berubah dan bercampur

Air yang berubah dalam konsep tidak boleh menyucikan ialah yang berubah disebabkan oleh benda asing yang suci yang bercampur ke dalam air seperti kayu gahara sehingga tidak berubah sehingga jelas digelar “air gahara”.

Berikut adalah cara air yang berubah:

* Berubah dengan Taqdiri – Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.

* Berubah dengan Hissi – Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.

Contoh cara menentukan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.

* pada bau hendaklah ditentukan dengan bau gahara.

* pada rasa hendaklah ditentukan dengan rasa delima.

* pada warna hendaklah ditentukan dengan warna anggur.

Jika berubah dengan cara ini, maka hukumnya air musta’amal dan jika tidak, hukumnya adalah air mutlak.

Bagi air yang bercampur pula, terdapat dua cara air bercampur iaitu:

* Majawir – cara Mujawir ialah apabila air yang berubah disebabkan termasuk ke dalamnya suatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya air yang dimasuki sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu adalah air mutlak.

* Mukhalit – cara Mukhalit pula ialah apabila suatu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan, contohnya air dimasuki nila, maka dihukumnya air Musta’amal.

Air muqayyad

Air muqayyad (ﻣﻘﻴﺪ) pula ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi.

Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua:

* Qayyad Lazim – iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.

* Qayyad Musfaq – iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka, ia masih lagi hukumnya air mutlak.

Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air mutaghayyir ( المياه متغير ) “almiahu Mutaghayyir” yang membawa pengertian air bervariasi.

Air musyammas

Air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ) adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emas dan perak.

Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

Air mutanajjis

Air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.

Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.

Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis

1. Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.

2. Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.

3. Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.

Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan

1. Lalat

2. Kumbang

3. Kala

4. Lipas

5. Cicak

6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.

Air Qaid Lazim

Air yang ada kaitan dengan jenama-jenama lain untuk memperkenalkannya. Kalau tidak disebut orang tidak akan faham.

* Contohnya:

a. Air Kelapa

b. Air Tebu

c. Air Mawar

d. Air Kopi

Hukum Air Qaid Lazim

Suci hanya pada dirinya sahaja tetapi tidak sah digunakan untuk menyucikan yang lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com