Selasa, 02 Agustus 2011

29 Orang Yang Menzalimi Orang Lain

Bukan mudah untuk kita menzalimi orang lain. Tanpa ada apa-apa pasal, tidak mungkin kita boleh menzalimi orang lain. Kerana orang lain itu bukan hidup sendiri-sendiri di muka bumi ini. Dia ada Tuhan. Tuhan menjaganya. Tuhan melindungnya. Kita tidak boleh berbuat sembarangan terhadapnya.

Kalau seseorang itu berjaya menzalimi orang lain, sebenarnya dua perkara telah berlaku sebelum itu.

Pertama , dia telah menzalimi dirinya sendiri dan telah membuat dosa hingga Tuhan murka kepadanya. Disebabkan kemurkaan Tuhan itu, maka didorong-Nya orang itu berlaku zalim kepada orang lain. Dengan itu dia terjebak lagi dengan dosa dan bertambahlah murka Tuhan kepadanya.

Kedua , orang yang kena zalim pula telah berbuat sesuatu yang menyebabkan Tuhan kasih dan sayang kepadanya. Kerana kasih sayang Tuhan itu, maka diizinkan-Nya orang lain berlaku zalim terhadapnya. Maka dengan itu, bertambahlah pahalanya dan bertambahlah kasih sayang Tuhan kepadanya. Maka orang yang menzalimi orang lain harus sedar bahawa kezalimannya adalah berpunca dari dosanya sendiri dan bukan salah orang yang dizalimi. Kezalimannya itu hanya untuk menyempurnakan kemurkaan Tuhan terhadapnya. Lagi banyak dan dahsyat kezalimannya, lagi bertambah murka Tuhan kepadanya. Makin dia zalim, makin bertambah geramnya, makin bertambah dendam kesumatnya, makin tidak puas hatinya. Sudah zalim, mahu lebih zalim lagi. Dia tidak puas dimurka Tuhan.

Alangkah dahsyatnya orang yang menzalimi orang lain. Dia sangka dia hanya berhadapan dengan orang yang dia zalimi tetapi sebenarnya dia berhadapan dengan Tuhan sendiri. Dia hendak tunjuk dan pamerkan kezalimannya kepada Tuhan agar Tuhan murka dan melaknatnya. Begitu angkuh dan sombongnya dia dengan Tuhan. Dia tidak sedar yang dia sedang menentang dan berperang dengan Tuhan dan bukan dengan orang yang dizaliminya. Orang yang dizalimi itu hanya dijadikan sasaran oleh Tuhan supaya dia dicurahi rahmat dan kasih sayang-Nya.

Bagi yang kena zalim pula, dia tidak rugi apa-apa. Dia dapat berbagai-bagai kebaikan. Dapat pahala dan dapat kasih sayang Tuhan. Tidak salah kalau dia berterima kasih kepada orang yang menzaliminya. Setidak-tidaknya memaafkan dia. Sebab, kerananyalah dia dapat pahala dan kebaikan. Kalau ikut kaedah dan adat perniagaan, dia patut berikan hadiah kepada orang yang menzaliminya kerana telah menyebabkan dia mendapat untung yang banyak.

Kalau dia beribadah seperti solat, puasa, bersedekah, menderma dan sebagainya belum tentu dapat pahala yang banyak kerana semua ibadah itu mudah dicelahi dengan riyak, ujub dan sumah. Ini semua merosakkan pahala ibadah. Tetapi pahala yang Tuhan bagi melalui ujian dan kesusahan kerana dizalimi orang tidak dicelahi dengan riyak. Ibadah seperti ini lebih selamat.

Orang yang menzalimi orang lain tidak akan senang dan puas hatinya. Dia akan berlaku zalim sampai ke kemuncak kezalimannya. Apabila tiba saat itu, Tuhan akan hempuk dia dengan sekeras-kerasnya kerana kezalimannya itu bukan masalah antara dia dengan makhluk tetapi antara dia dengan Tuhan. Dia sebenarnya melawan dan bermusuh dengan Tuhan.

Artikel ini adalah bagian dari buku Pancaran Minda yang berisi pemikiran dan ilham dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com