Hamzah Bin Abdul Muttalib adalah bapa saudara Nabi Muhammad dan juga saudara susuannya. Beliau banyak mengetahui tentang peribadi Nabi Muhammad kerana sangat erat berdamping dengannya sejak kecil lagi. Hamzah lahir dalam tahun yang sama dengan Nabi Muhammad, selalu bermain-main dan bergaul bersama-sama.
Hubungannya yang akrab tidak sedikit pun terjejas setelah Nabi Muhammad mula menjalankan kegiatan dakwah. Walaupun Hamzah agak lewat memeluk Islam berbanding para sahabat yang lain, namun perasaan cintanya terhadap Nabi Muhammad sangat mendalam. Beliau akan merasa tersinggung apabila diri Nabi Muhammad dicaci-nista oleh kaum kafir Quraisy.
Pernah pada suatu hari beberapa orang Quraisy sedang berkumpul di tepi Kaabah sambil membicarakan tentang agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Hamzah yang ketika itu belum lagi Islam merasa tersinggung ketika mendengar perbincangan mereka. Dia lantas mengejek pembesar-pembesar Quraisy itu dengan kata-kata yang keras hinggakan Abu Jahal yang ada disitu merasa tersinggung.
“Hamzah termasuk seorang yang perlu kita lihat denga teliti berhubung dengan dakwah yang dibawa oleh Muhammad,” kata Abu Jahal. Mendengar kata-kata tersebut membuatkan Hamzah berfikir tentang ajaran yang dibawa oleh anak saudaranya itu.
Pada suatu hari Hamzah keluar dari rumahnya dengan membawa panah untuk berburu, aktiviti yang memang menjadi kegemarannya. Setelah habis berburu beliau pun berhenti sebentar di Kaabah sebelum terus pulang kerumahnya. Sedang ia melakukan tawaf di Kaabah, tiba-tiba Abdullah Bin Ju’ datang menemuinya.
“Wahai Abu Umarah (Hamzah), tadi anak saudara kau Muhammad telah dicaci maki dan diganggu oleh Abu Hakkam Bin Hisyam (Abu Jahal) secara melampau sekali,” kata Abdullah.
Mendengarkan itu, Hamzah bergegas mencari Abu Jahal. Akhirnya dia menemui Abu Jahal bersama tokoh-tokoh Quraisy yang lain. Hamzah dengan langkah yang tenang dan perlahan mengambil anak panahnya lalu melepaskannya dari busarnya, lalu tepat terkena kepala Abu Jahal.
Kawan-kawan Abu Jahal yang lain terkejut melihat keberanian Hamzah itu sambil memikirkan apakah yang terjadi. Ketika itu Hamzah dengan tegas menggertaknya.
“Apakah engkau yang telah mencaci maki anak saudaraku Muhammad, sedangkan aku telah memasuki agamanya?” kata Hamzah.
Ketika itu, sedarlah kawan-kawan Abu Jahal bahawa Hamzah sebenarnya telah memeluk Islam. Kepalanya berdarah akibat panah dari Hamzah yang cukup berani. Hamzah berusaha lagi memanah Abu Jahal dan mengenai tengkuk/bahunya. Selepas itu, Hamzah pun pulang ke rumahnya dengan langkah biasa seolah-olah tidak ada perkara yang perlu ditakutkan.
Sejak itu, Hamzah mula berfikir secara mendalam tentang berhala yang selama ini disembah oleh kaum Musyrik Quraisy serta agama baru yang dibawa oleh Muhammad. Dia memohon kepada Tuhannya di Kaabah agar membukakan hatinya untuk melihat kebenaran yang dicarinya itu. Ternyata Allah mengkabulkan permohonannya hingga dengan beroleh petunjuk dan hidayat untuk menyahut seruan Nabi Muhammad. Apabila dia merasakan dirinya telah cukp tekad untuk memeluk Islam, dia pun segara pergi menemui Nabi Muhammad seorang diri bagi menyatakan hasrat sucinya itu.
Dengan keislaman Hamzah, maka bermulalah satu babak baru bagi menegakkan agama Islam. Hamzah adalah seorang pemuda yang gagah perkasa dan menjadi satu modal besar bagi perjuangan menegakkan Kalimah Allah.
Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan sesiapa menyalin semula ayat-ayat pada karya ini dengan apa cara dan untuk apa juga tujuan, melainkan dengan izin bertulis daripada pengarang - Norziati binti Mohd Rosman
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com