“Aku hendak beritahu satu berita yang mengejutkan. Adikmu, Fatimah dan suaminya, Said bin Zaid, sudah memeluk Islam," kata lelaki itu.
Umar abin al-Khattab terkejut besar mendengar berita itu. Dia menjadi malu, sedih dan marah. Tanpa bersuara sepatah pun, dia meluru ke rumah Fatimah. Ketika itu, Fatimah dan suaminya sedang belajar mengaji al-Quran bersama seorang lagi sahabat mereka, Khabbab al-Arati. Dia mengetuk pintu dengan keras sehingga menimbulkan kebimbangan kepada seisi rumah.
“Aku Umar. Buka pintu!!” kata Umar dengan keras.
Khabbab ialah orang pertama yang lari menyembunyikan diri. Fatimah dan Said menjadi pucat. Mereka amat memahami sikap Umar yang amat memusuhi Islam ketika itu. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menghukum orang yang mengkhianati agama nenek moyang mereka. Walau bagaimanapun, Fatimah memberanikan diri membuka pintu. Umar menerpa dengan muka garang.
“Aku mendengar kamu membaca sesuatu.”
“Apa yang kamu dengar? Kami tidak membaca apa-apa,” kata Fatimah. Dia sudah menyembunyikan mushaf yang mengandungi tulisan-tulisan ayat al-Quran. Tetapi dia bimbang jika abangnya itu berjaya merampas mushaf itu.
"Aku dengar apa yang kamu baca. Aku tahu kamu sudah menganut agama Muhammad," herdik Umar.
Lantas Umar mencekak leher Said dan mahu memukulnya. Fatimah cuba mempertahankan suaminya. Pukulan Umar tidak mengena Said, sebaliknya tersasar ke arah Fatimah sehingga terkoyak kulit dahinya.
“Ya, kami sudah memeluk Islam. Kami percaya kepada Allah dan Rasul-Nya. Apa yang kamu nak buat, buatlah!!” jerit Fatimah dengan darah yang bercucuran di dahi. Melihat keadaan itu, Umar di serang perasaan kesal. Dia merasa kasihan kepada adiknya. Secara tiba-tiba dia berubah menjadi lembut.
“Berikan kepadaku mushaf yang kamu baca. Aku berjanji tidak melakukan apa-apa. Aku hanya ingin mengetahui apa yang dibawa oleh Muhammad.”
Fatimah teragak-agak tetapi Umar cuba meyakinkan. “Jangan takut, aku bersumpah dengan Tuhan Muhammad. Aku akan kembalikan mushaf itu selepas membacanya."
Fatimah merasa terharu dengan keikhlasan Umar. Dia amat mengenali sikap abangnya sendiri dan jauh di sudut hati, dia tahu Umar akan mengotakan janjinya.
Fatimah menjawab, “Saudaraku Umar, kau masih najis kerana syirikmu. Al-Quran itu tidak boleh disentuh melainkan oleh orang yang suci.”
Fatimah menyuruh Umar mandi. Selepas itu, barulah mushaf itu diserahkan kepadanya. Umar menerimanya dengan penuh minat, lantas membaca ayat dari Surah Taha. Selepas menghabiskan bacaannya, spontan terkeluar dari bibir Umar, “Alangkah indahnya ayat ini!”
Khabbab yang masih menyembunyikan diri dalam kediaman Fatimah keluar ketika mendengar pengakuan Umar.
“Umar, demi Allah, aku pernah mendengar Muhammad berdoa, ‘Ya Allah, bantulah Islam dengan Abul Hakam Hisyam atau Umar al-Khattab.’ Cepatlah Umar, segera dapatkan Muhammad!”
Umar mendesak Khabbab membawanya bertemu Muhammad. Fatimah mendengar dengan hati penuh syukur. Dia tidak menyangka abangnya yang keras hati itu akan terbuka menerima Islam. Umar menuju ke sebuah rumah berdekatan Bukit Saffa, tempat Nabi Muhammad mengajar agama kepada rakan-rakannya.
Seorang sahabat didalam rumah itu mengintai di lubang pintu ketika mendengar ketukan. Dia sangat terperanjat apabila melihat Umar berdiri di depan pintu dengan sebilah pedang. Sahabat itu segera memberitahu Muhammad, tetapi bapa saudara Nabi, Hamzah Abdul Mutalib menjawab, “Wahai Muhammad, biarkan Umar masuk. Kalau dia mahukan yang baik, kita berikan yang baik. Kalau niatnya jahat, kami akan membunuhnya dengan pedangnya sendiri.”
Nabi Muhammad kelihatan sangat tenang. Dalam hatinya, terdetik doa yang pernah dipohonnya dulu. Kini Umar datang sendiri tanpa perlu sesiapapun memujuknya. Dia menyuruh orang membuka pintu dan Umar dipelawa masuk.
Sebaik saja Umar masuk, Nabi Muhammad bangun menyambutnya lantas menuju ke sebuah bilik. Nabi melepaskan kain serbannya ke tubuh Umar dan merentapnya dengan kuat.
“Apakah yang menyebakan kamu ke sini? Demi Allah, aku takut kamu tidak insaf sehinggalah Allah menurunkan bencana ke atasmu!”
“Wahai Muhammad, aku datang untuk beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,” Umar membalas.
Muhammad terus bertakbir sebaik sahaja mendengar pengakuan itu. Doanya sebelum ini akhirnya termakbul. Seluruh masyarakat Islam yang masih kecil bilangannya ketika itu, bersyukur dan sangat mengalu-alukan kedatangan Umar ke dalam Islam. Pengislaman Umar bermakna Islam yang baru mendapat tempat, akan bertambah kukuh dan gagah.
Seluruh masyarakat Islam menyanjungi Fatimah sebagai orang yang bertanggungjawab membawa nur Islam ke dalam diri Umar. Dia terus diingati sebagai srikandi yang cekal, pendakwah yang berani, yang berjaya menundukkan kedegilan, keegoan dan hati batu Umar al-Khattab.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.
Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.
( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )
Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.
Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar
Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com