Jumat, 22 April 2011

10 Bahayanya Ilmu (FULL VERSION)

Islam menyuruh kita belajar. Islam mahu seseorang Muslim itu, lelaki mahupun perempuan supaya menuntut ilmu. Tak boleh berhenti. Mencari ilmu bermula dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Hendak dunia kena ada ilmu, hendak Akhirat pun kena ada ilmu. Tidak sama orang yang ada ilmu itu dengan orang yang tidak ada ilmu. Tuhan mengangkat orang yang ada ilmu itu beberapa darjat. Orang yang ada ilmu itu kekasih Tuhan. Orang yang jahil itu musuh dan seteru Tuhan.

Kalau begitulah kedudukan ilmu dalam Islam, kenapa pula ianya boleh jadi bahaya? Ini kerana ilmu itu ibarat pedang. Ilmu itu adalah senjata. Itu sebab Islam menyuruh kita mencari ilmu supaya kita mempunyai dan memiliki senjata.

Tapi ada senjata sahaja tidak cukup. Kita kena tahu bagaimana cara hendak menggunakan senjata itu. Kalau tersalah guna, kita boleh membahayakan diri kita dan juga orang lain. Lebih-lebih lagilah kalau orang yang ada senjata itu orang jahat. Akan digunakan senjata itu untuk merompak, menyamun atau membunuh orang. Pedang tidak salah. Senjata tidak salah. Tetapi tuan punya pedang mungkin menyalahgunakannya. Di situlah letaknya bahaya ilmu. Bukan pada ilmunya tetapi pada pemiliknya.



Seperti juga dalam angkatan tentera dan pasukan polis, bukan sahaja kemahiran mengguna senjata ditekankan pada anggotanya tetapi soal disiplin dan tata tertib juga sangat diambil berat. Ini untuk menjamin senjata api yang ada di tangan anggota tentera dan polis tidak disalahgunakan. Kalau digunakan, ianya khusus untuk menjaga keselamatan dan untuk menumpaskan musuh masyarakat dan musuh negara.

Begitu juga adalah sangat bahaya kalau orang yang ada ilmu itu tidak kenal Tuhan. Sebab orang yang tidak kenal Tuhan bukannya orang yang baik. Orang yang ada ilmu, walaupun ilmu agama atau ilmu Islam sekalipun, kalau dia tidak kenal Tuhan, dia akan menyalahgunakan ilmunya itu. Apabila Tuhan dia tidak kenal, dia akan melupakan Tuhan. Dia akan tinggalkan Tuhan. Akhirnya dia akan kehilangan Tuhan. Dia seolah-olah hidup tanpa Tuhan.



Apabila Tuhan yang hak sudah tidak wujud lagi dalam hidupnya, maka tuhan yang palsu akan mengambil alih. Dia akan menabalkan dirinya sendiri sebagai tuhan. Secara tepatnya, dia akan mengangkat nafsunya menjadi tuhan. Apa pun yang dia buat selepas itu adalah berpandukan kehendak dan kemahuan nafsunya semata-mata. Nafsunyalah yang menjadi tunggak dan pendorong utama dalam hidupnya. Kita tahu bahawa nafsu hanya berkehendak. Dia tidak kira halal atau haram. Hak atau batil. Dosa atau pahala.

Justeru itu, segala ilmu yang ada padanya, walaupun ilmu usuluddin, ilmu syariat, ilmu tasawuf, ilmu hadith, ilmu tafsir dan sebagaiya, lebih-lebih lagilah ilmu yang berbentuk duniawi akan digunakannya hanya untuk memburu dunia. Ilmu itu akan digunakan untuk mendapat wang dan imbuhan, untuk mendapat pangkat dan jawatan, untuk glamour, untuk mendapat pujian dan populariti, untuk bermegah-megah, untuk mendapat pengaruh dan bermacam-macam lagi kepentingan yang berbentuk peribadi dan duniawi.

Ilmu bukan lagi untuk menghampirkan dirinya pada Tuhan. Bukan lagi untuk mengabdikan diri dan berbakti pada Tuhan. Bukan lagi untuk berlaku taat dan bertaqwa kepada Tuhan. Ilmu, termasuk ilmu agama dan ilmu Islam akan dijadikan modal untuk mencari nafkah dan sara hidup, untuk mengumpul harta dan kekayaan dan untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan dunia yang sedikit.

Dengan itu, ilmu terutamanya ilmu agama dan ilmu Islam, mudah sahaja diselewengkan, disorok, disalahtafsir, diubah-suai, diringan-ringankan dan dipadankan mengikut kehendak pihak-pihak tertentu demi untuk menentukan keuntungan duniawinya tidak terjejas. Ia tidak lagi dijadikan panduan atau petunjuk. Akhirnya masyarakat jadi rosak, agama jadi rosak, negara jadi rosak, manusia bertambah jauh dari Tuhan dan bertambah jahat.

Orang yang ada ilmu terutama ilmu agama yang tidak kenal Tuhan ini dinamakan ulamak suk atau ulamak jahat. Rasulullah menyuruh kita lari daripada ulamak macam ini seperti mana kita lari dari harimau atau singa yang ganas. Mereka ini lebih bahaya dari harimau dan singa.



Itulah sebabnya juga Islam sangat menekankan tentang Awaluddin marifatullah atau Awal-awal agama mengenal Allah . Kalau Allah kita tidak kenal, maka segala apa yang ada pada kita termasuk ilmu, ibadah, usaha dan kebaikan kita tidak ada makna apa-apa. Kita tidak akan mampu berbuat sesuatu apa pun dan menggunakan apa yang ada pada diri kita untuk Tuhan. Kita akan jadi orang yang hanya menggunakan ilmu dan apa sahaja yang ada pada diri kita mengikut kehendak hawa nafsu kita sahaja.

=== sekian ===

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

1 SHARE DARI ANDA SANGAT BERHARGA BUAT BANYAK ORANG, SAMPAIKANLAH WALAU 1 AYAT, SEMOGA BERMANFAAT.

Jika anda merasa artikel diatas berguna dan bermanfaat bagi banyak orang, silahkan share / bagikan artikel diatas ke banyak orang lewat facebook / twitter anda.
Semoga anda mendapatkan pahala setelah membagikan artikel diatas, semoga setelah anda bagikan banyak bermanfaat buat semua orang, amin.

( Sampaikanlah walau satu ayat, untuk kebaikan kita semua )

Salah satu cara mencari pahala lewat internet adalah dengan menyebarluaskan artikel, situs/blog dan segala kebaikan yang diperoleh darinya kepada orang lain. Misalnya adalah kepada keluarga, sahabat, rekan kerja dan sebagainya.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Diatas
Silahkan gunakan profile ( Anonymous ) jika anda tidak mempunyai Account untuk komentar

Jika anda ingin berpartisipasi ikut menulis dalam blog ini atau ingin mengirim hasil karya tulisan anda, membagikan informasi yang bermanfaat buat banyak orang lewat tulisan anda silahkan kirim tulisan anda ke email saya bagindaery@gmail.com
Tulisan anda akan dilihat dan dibaca oleh ribuan orang tiap harinya setelah anda mengirimkannya ke bagindaery@gmail.com