Mimpi Rasulullah
Mimpi
adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di
waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik.
Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca
Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan
memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga
membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan keampunan
kepada Allah SWT.
Kadang-kadang
mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya mainan tidur.
Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti
suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari
sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al
Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:
1)
Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku
telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut
untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh
ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.
2) Aku melihat juga seorang
dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah
diselamatkan oleh kesan wuduknya.
3) Aku melihat juga seorang
dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah
dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.
4) Aku melihat
juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul
solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.
5) Aku melihat
juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat,
setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka
segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.
6)
Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para
nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia
mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya
sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di
sisiku.
7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh
suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap,
di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan
bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari
suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana
terang-benderang.
8) Aku melihat juga seorang dari umatku
berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka
yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya
menyeru orang-orang itu, katanya:Wahai kaum Mukminin sambutlah
bicaranya, lalu mereka pun berbicaralah dengannya.
9) Aku melihat
seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya
dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi
muka dan kepalanya dari bahaya api itu.
10) Aku melihat juga
seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata
tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya
dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.
11)
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak,
antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti
seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke
hadrat Allah Taala.
12) Aku melihat juga seorang dari umatku
terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan
kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.
13)
Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka
menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil lalu menekan timbangan itu
sehingga menjadi berat.
14) Aku melihat juga seorang dari umatku
sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya
terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.
15)
Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka,
maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala
lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.
16) Aku melihat juga
seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya
bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka
menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan
kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.
17)
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat,
kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah
solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya
berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.
18) Aku
melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga,
tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu
untuknya sehingga ia boleh memasukinya.
19) Aku melihat ada ramai
orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril
siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang
yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari.
20) Aku melihat juga
orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya
Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah
orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat
dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu.
Mimpi Pelajar UIA Bertemu Rasulullah s.a.w.
Luangkan
masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena
keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya
Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr
seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui
mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama
yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’,
jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf
memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti
anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya
daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas
dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk
Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri
utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak
mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau
mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap
hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah
rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu
apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti
ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula
kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah
sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama
segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia
sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit
itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera
makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan
diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga
sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya
dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding
daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus
itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan
Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2
pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir
sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu
bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah
Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah
sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam
4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau
ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu
membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur,
rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah
tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di
bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan
sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya
Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau
ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd
Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2
sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana .
Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain
agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah
mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya
ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika
tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau
sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam
seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau
terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba
datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan
berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah
itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..”
Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain
serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata
Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu
Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi”
(kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian
Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’
assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian
Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam.
InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian
melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi
menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk
ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih,
“Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah,
walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan
sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda
menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih
dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg
amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg
turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya
Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang
mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda.
Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada
Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang
budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg
dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg
lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas
ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak
dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2
yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih
tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha
Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit
masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan
menangis lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg
ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu
rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada
setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi
kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis.
“Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah
telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau
tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa
hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa
lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat
dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg
berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan;
“Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu.
Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini
Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu
Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak
sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar
dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg
agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan
oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka
membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka
mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan
Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg
kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2
malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya
tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan
’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’
Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat)
memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan
dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah.
Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat
kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli
(menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di
akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual
dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat
itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu
beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus
terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn
tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung
beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar
dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg
mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua
ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik,
kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya
itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau
bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah
sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis.
Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang
‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri
tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg
bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan
pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup
mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi
tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau
boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang
wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan
tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
p/s:
sunGguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya
Rasulullah!(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman
benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog
sebelum ini..aku hanya memaparkannya kembali buat renungan bersama,
sempena keputeraan baginda Rasul tahun ini..m0ga ada hikmah pGajaran yG
dapat diambil)
Petikan halaqah.net dan
http://cikguarif.blogspot.com/—–
Maklumat tambahan dari ahli Halaqah.net
Pada asasnya, memang benar, terdapat hadith sohih yang menyebutkan :-
Ertinya
: Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia
sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai
gambaranku” ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )
Dalam hadith yang lain pula disebutkan :-
Ertinya
: “Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia
sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu)
menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk
dari kenabian” ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )
Dalam mentafsirkan
hadith ini, para ulama telah terbahagi kepada tiga kelompok. Apabila
saya utarakan tiga pendapat ini, inshaAllah jawapan kepada soalan anda
akan terjawab.
Kumpulan pertama : Antara yang tergolong dalam
kumpulan ini adalah pakar tafsir mimpi Muhammad Ibn Sirin, Al-Qadhi
Iyadh dan lain-lain,
Mereka berpendapat bahawa hadith di atas
terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam
mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi
sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu
ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah
Nabi SAW.
Ini bermakna, hadith di atas tidak mutlaq’ kepada semua
bentuk wajah yang dilihatnya. Ia hanya benar-benar wajah Nabi jika
sifatnya sama dengan apa yang diriwayatkan.
Bagi para sahabat Nabi, apa yang dilihat mestilah sama dengan wajah Nabi yang diketahui mereka.
Dalil
yang diutarakan oleh kumpulan ini adalah hadith lain yang diriwayatkan
oleh Al-Hakim dan disebut oleh Ibn Hajar Al-Asqolani iaitu seorang
lelaki telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW, lalu ia menceritakannya
kepada Ibn Abbas r.a, Maka Ibn Abbas bertanya : “Sifatkan apa yang kamu
lihat” Maka, ia berkata : “Aku menyebut hasan Bin Ali, lalu aku
menyerupakan dengannya” . Ibn Hajar berkata sanad hadith ini adalah
baik. (Fath al-Bari)
Jika di ambil pendapat kumpulan ini, mimpi
yang sebagaimana anda tanya tadi adalah mimpi yang tidak benar kerana
tubuh baginda SAW tidak gemuk dan tidak mungkin ia melakukan perkara aib
dan tidak bersopan. Ia juga bukan Nabi SAW kerana mustahil Nabi akan
menyuruh sesuatu yang bercanggah dengan tuntutan Al-Quran.
Kumpulan Kedua : Antara ulama kumpulan ini adalah Imam An-Nawawi, Al-Mazari dan lain-lain.
Kumpulan
ulama ini berpendapat hadith di atas umum bagi semua orang samada yang
pernah melihat Nabi semasa hidup (seperti sahabat) atau yang tidak
pernah (seperti kita semua). Semua jenis mimpi Rasulullah SAW adalah
benar sebagaimana maksud hadith tadi.
Hasil dari pendapat ini,
apa saja yang dilhat dalam mimpi dan mendapat ilham atau apa jua
perasaan bahawa ia adalah Nabi SAW, maka benarlah mimpi itu dan itulah
Nabi SAW.
Imam Ibn Hajar ketika mengulas pendapat Imam Nawawi ini
berkata perlu diingat bahawa Muhammad Ibn Sirin adalah Imam dalam bab
ta’bir mimpi manakala pandangan Al-Qadhi Iyadh pula adalah sederhana dan
baik.
Berdasarkan kepada pendapat ulama kumpulan ini, mungkin benarlah anda telah melihat Nabi SAW di dalam mimpi itu.
Kumpulan
ketiga : Antara ulama dari kumpulan ini adalah Ibn Juzay dan Syeikh
Mustafa Az-Zarqa, ( Al-Aql wal Fiqh Fi Fahmi Al-Hadith An-Nabawi, hlm 25
)
Syeikh Mustafa Az-Zarqa berkata setelah beliau membuat analisa
seluruh pandangan ulama, ia mengatakan memang secara zahirnya kelihatan
hadith di atas seolah-olah menjamin semua wajah Nabi (sebagaimana ilham
seseorang) yang dilihat dalam mimpi itu adalah wajah Nabi yang
sebenarnya tetapi setelah melakukan analisa tafsiran para ulama,
jelaslah hadith tadi tidak memberi jaminan untuk semua.
Malah
jaminan benarnya Nabi yang dilihat dalam mimpi itu adalah khas bagi para
sahabat baginda SAW yang mengetahui dengan jelas rupa para Nabi.
Adapun,
bagi individu yang tidak pernah melihat Nabi semasa hayat, mereka tidak
termasuk dalam jaminan hadith syaitan tidak boleh meyerupaiku
Ini
kerana kita tidak tahu wajah sebenarnya baginda SAW, maka mungkin
sahaja Syaitan membentuk satu wajah yang tidak kita ketahui lalu
mendatangkan perasaan atau (ilham kononnya) bahawa ia adalah Nabi.
Syaitan
memang tidak boleh menyerupai nabi SAW tapi dalam hal ini, ia hanya
menyerupai sebuah wajah lain lalu mendakwa ia nabi, dan kita tidak
mengetahuinya.
Lebih merbahaya apabila gambaran itu memberi mesej
dalam bentuk cakap atau tindakan yang tidak sesuai dengan watak sebenar
baginda SAW.
Syeikh Mustafa Az-Zarqa juga menegaskan, jika
seseorang merasakan ia mimpi Nabi di zaman ini, maka ia tiada jaminan
apa yang dilihatnya adalah Nabi SAW, ia terbuka untuk benar atau salah.
Oleh kerana itu, mimpi orang di zaman ini adalah sebuah mimpi biasa yang
terbuka kepada permainan jahat Syaitan, monolog dalamannya ataupun
mimpi benar orang soleh yang dapat melihat wajah Nabi sebenar, tapi
tidak termasuk dalam jaminan hadith tadi. ( Al-Aql wa al-Fiqh, hlm 27)
Ini samalah macam mimpi buruk yang dialami seorang sahabat Nabi:
Ertinya
: “Wahai Rasulullah aku telah nampak dalam mimpiku seolah-olah kepalaku
dipenggal. Maka Nabi SAW tertawa mendengarnya lalu berkata : Apabila
Syaitan mempermainkan seseorang darimu ( dengan mimpi-mimpi begini)
dalam tidurmu, maka janganlah kamu menceritakannya kepada orang lain” (
Riwayat Al-Bukhari)
Nabi juga menyebut :
Ertinya : Mimpi
yang baik ( dari orang soleh) adalah dari Allah SWT dan mimpi (buruk)
adalah dari Syaitan, barangsiapa yang telah melihat sesuatu (mimpi) yang
tidak disukainya, hendaklah ia meniup ke kirinya 3 kali dan
beristi’azah (meminta perlindungan dari gangguan syaitan), kemudian
mimpi itu tidak akan memudaratkannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568)
Kesimpulan
Setelah
melihat kepada tiga kumpulan ulama ini, saya kira pandangan ketiga
adalah gabungan kedua-dua kumpulan di atas, huraiannya adalah paling
dekat dengan hati, minda dan keyakinan saya. Wallahu alam.
Perlu
difahami, setiap orang mampu mendapat mimpi Nabi SAW tetapi dengan ia
hanya benar jika bertepatan dengan sifat yang terdapat dalam
hadith-hadith sahaja. Selain dari itu ia bukan nabi dan tiada
percanggahan dengan hadith nabi tentang sesiapa yang melihatku dalam
mimpi maka ia telah melihatku.
Sekian